20.4.13
Walaupun RM1,000
Posted on Tuesday, April 16 @ 19:37:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: IbnuSabah
"Kisah sogok-menyogok di musim pilihan raya sudah sebati dalam jiwa dan hidup orang umno/BN. Ada cerita di sebuah kampung di Sabah pada malam mahu mengundi esoknya, malam itu akan bergerombolanlah agen-agen umno/BN datang rumah ke rumah untuk merasuah rakyat di kampung-kampung sebagai sogokan atau dalam bahasa lain sebagai minyak pelincir.
Begitu sekali umno/BN terdesak untuk mendapatkan undi dan kuasa, sanggup melayan rakyat seperti pengemis yang kelaparan di malam hari.
Mendengar telatah dan sikap bawaan politik 'kebendaan' umno/BN ini, adalah sangat memalukan. Rakyat diasuh dengan cara kebendaan bila nak berkuasa mesti guna wang sogokan.
Rakyat tidak diasuh dengan kecerdikan dan budaya ilmu. Sedang ilmu akan membina akal rakyat yang berjiwa besar dan tamadun. Kebendaan akan mematikan usaha sekaligus menjadikan rakyat berjiwa subsidi dan malas.
Inilah pendekatan politik hamba dan pengemis. Benar wang ringgit diperlukan setiap orang. Namun, budaya sogokan untuk berkuasa akan menjadikan 'rasuah' menjahanamkan daya saing secara sihat dan semangat berusaha akan mati.
Nanti satu masa akan muncullah rakyat seperti hamba orang politik atau pengemis politik yang tidak bertamadun. Lebih dahsyat lagi bila rakyat dijadikan lembu tunggangan para pemimpin umno/BN yang tiada jati diri seorang pemimpin yang berwibawa dan berwawasan.
Cerita beberapa kawan pula di pejabatnya ada kawan-kawannya kata kalau umno/BN tak bagi duit tambang, duit minyak atau tak bagi RM tak akan turun ngundi.
Hal ini juga sudah dicerita kawan penulis sebelum ini. Betapa teruknya budaya sogokan pilihan raya ini. Untuk memilih pemimpin negeri dan negara mesti pakai duit baru boleh gerak kaki ke pusat mengundi.
Siapa yang mengasuh rakyat sedemikian? Kalau bukan umno/BN.
Murahnya harga satu undi untuk memilih seorang pemimpin bagi orang umno/BN. Pasal itu juga mereka sedia jual IC dan gadai maruah negeri dan negara kepada warga asing.
Apakah pemimpin bernilai RM20, RM30, RM50 atau kain pelikat atau sebiji tangki air atau sekeping zink atap rumah atau pemimpin pengkhianat menjual IC kepada warga asing untuk undi umno/BN setiap pilihan raya yang hendak dipilih lagi kali ini.
Tepuk dada tanya iman. Ketuk kepala tanyalah otak.
Ini Kali Lah...rakyat Malaysia mesti dan wajib tukar pemimpin umno/BN kepada pemimpin Pakatan Rakyat/PAS/PKR/DAP/PPPS/APS/PSM untuk mentadbir dan memimpin negeri dan negara kita ke arah lebih baik.
Contoh dan bukti kepimpinan terbaik sudah ada depan mata, walaupun kisah dan cerita kebaikan negeri Kelantan, Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Perak (dulu sebelum dikudeta umno/BN)
Seorang sahabat menegaskan walaupun mereka beri RM1,000, saya tetap undi calon Pakatan Rakyat. Inilah rakyat Malaysia yang berjiwa besar, wang ringgit boleh dicari, nilai seorang pemimpin untuk memimpin negeri dan negara bukan pada RM atau harta peribadinya, tetapi wibawa, akal, ilmu, akhlak dan taqwanya.
Insya Allah, jika rakyat Malaysia berjiwa besar, tidak akan memlih dan mengundi kerana sogokan RM.
Sekian dulu...Jangan lupa UNDI CALON-CALON PAKATAN RAKYAT DI KAWASAN ANDA.
"
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan