Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

28.4.13

Isu 13 Mei muncul dalam kempen di Johor


 
Suasana pertandingan yang sengit di Johor kini bertukar menjadi buruk apabila isu kaum dan peristiwa 13 Mei kembali ditimbulkan untuk mencetus ketakutan khususnya di kalangan pengundi Melayu.

Malaysiakini pada Jumaat lalu menyaksikan jentera kempen BN mengedarkan risalah di satu pasar malam di Taman Universiti, Skudai yang mendakwa calon Gelang Patah DAP Lim Kit Siang menjadi perancang tragedi tahun 1969 itu.

Risalah itu juga memuatkan satu wawancara akhbar milik Umno Mingguan Malaysia dengan ketua pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Datuk Noordin Abdul Razak yang mendakwa beliau melihat Kit Siang bersama penunjuk perasaan anti-Melayu semasa insiden tersebut.

Semalam, jentera kempen DAP di Tanjung Piai menunjukkan satu buku risalah bertajuk 'DAP Rasis' kepada Malaysiakini, yang didakwanya disebarkan oleh pasukan lawan di kampung-kampung Melayu.

Risalah setebal 26 halaman itu mendakwa DAP menjadi penyebab insiden 13 Mei, selain menjadi proksi kepada parti PAP Singapura untuk menyebarkan pengaruh perdana menteri negara tersebut pada masa itu, Lee Kuan Yew di semenanjung dan menjadikan Pulau Pinang sebagai “Singapura kedua”.

Ia turut menyenaraikan kenyataan oleh pemimpin DAP termasuk oleh setiausaha agung Lim Guan Eng, pengerusinya Karpal Singh, setiausaha publisiti kebangsaan Tony Pua dan ketua DAP Perak Ngeh Koo Ham yang menyokong dakwaan bahawa DAP anti-Melayu dan anti-Islam.

Tiada ulasan: