Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

22.4.13

Bertapa sukarnya menghindari ideologi wang Regim UMNO/BN.

Posted on Tuesday, April 23 @ 06:43:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Artikel Oleh: watpulok

"Kelibat tokey tokey besar sudah turun menemui calun calun UMNO/BN di lobi lobi hotel. Apa tidaknya, inilah senjata terakhir mereka mempengaruhi pengundi dengan habuan dan taburan duit.

Malah diberitahu pada mulanya pondok UMNO/BN gelap dan sunyi tiada penghuni, namun telah dirancakan oleh golongan rempit yang diberi duit RM80/- Ke RM100/- setiap malam untuk memeriahkan Markas tersebut. Makan mereka sudah tentu percuma serta gerak kerja mereka boleh dikatakan kasar tanpa pedulikan warga tua sekeliling.

Maka tidak hairan logo dan bendera BN dipasang dikawasan PR malah dengan sengaja mereka melingkari kawasan logo dan bendera PR supaya tidak kelihatan pada pandangan umum. Hatta bila ruang sudah tiada mereka sanggup menurunkan bendera PR dan memasang bendera BN. Seorang Pak Cik memberitahu bahawa mat mat rempit itu tidak mengundi pun.
Apabila melihat gelagat mereka itu hati ini cukup sayu dan berfikir, memang benar ianya perancangan UMNO/BN selama 56 tahun memerintah Malaysia. Kerajaan BN dengan sengaja tidak membuat perancangan serta plan untuk mereka bekerja dan dibiarkan mereka mereka ini menganggur dan menjadi mat rempit serta penagih dadah, sebabnya senang mereka mereka ini dijadikan kuda tungangan UMNO terutama menjelang PRU. Yang UMNO ingat ialah mengekalkan kuasa dan memerintah Malaysia demi memperkayakan keluarga. Sebab itu bila nama tersenarai sebagai calun BN sudah jelas kelihatan lubuk emas yang mereka dapat.

   Seorang kawan memberitahu saya, adalah bodoh kiranya menolak kekayaan yang berada dihadapan kita dan sekadar berjuang untuk kesenangan orang lain. Zaman sekarang tidak boleh pakai corak pemerintahan macam itu.. cuba cari negara mana dalam dunia ini pemimpin nya macam itu.. jangan dikira dengan negeri Kelantan, sebabnya negeri itu masih peringkat permulaan bila dah maju akan kearah itu juga" katanya.

    Petang semalam aku cuba bertanyakan seorang tokey yang cukup aku kenal. Kalau ada sebarang keraian oleh mana mana VIP mesti dia datang. Aku cuba bertanya situasi sekarang pada beliau.." Ayoo, cukup susah sekarang lah.. kami terpaksa turun dan diminta untuk menghulurkan dana sponsor kepada bahagian bahagian tertentu untuk memenangkan BN. kalau tidak Bisness kami terganggu bila mereka memerintah nanti.. kita juga terfikir mengapa rakyat negara ini tidak cuba mehu merubah dengan kerajaan baru.. dan kita juga boleh melihat bagaimana kerajaan yang baru ini akan memerintah. Saya juga minta untuk rakyat Malaysia beri undi pada PR.. sedangkan kita cxukup susah untuk mendapatkan sesuatu dari kerajaan BN.. inikan pula rakyat". tambahnya lagi.
"

Tiada ulasan: