"Itu pandangan peribadinya, ia tidak mewakilil parti,” kata Lim dalam sidang media selepas melawat Taman Jawi Jaya hari ini.
"Kami akan serahkan kepada DAP Johor untuk menanganinya,” tambahnya.
Fernandez dalam satu tulisan di blog meminta pengundi tidak memilih PAS di Johor agar masa depan mereka tidak terjejas.
Menurutnya, PAS akan melakukan apa saja untuk mencapai kekuasaan, disebabkan “pendirian unilateral” parti tersebut dan “keengganan untuk menjadi rakan sebenar dalam Pakatan Rakyat”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan