Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

22.4.13

13 hari lagi


Posted on Tuesday, April 23 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Respon Oleh: IbnuSabah

"Ya Allah kurniakanlah kami pemimpin-pemimpin yang bertaqwa, yang amanah, yang beriman, yang ikhlas, yang adil, yang bersih  untuk mentadbir dan memimpin negeri dan negara kami..amin, amin, amin ya Rabbal'alamiin.


Tinggal 13 hari lagi Negara kita Malaysia akan dibebaskan dari belenggu dan cengkaman fahaman dan khurafat politik hanya umno/BN saja pandai mentadbir negeri dan Negara.

Fahaman dan khurafat itu sudah robek dalam PRU 12 bila Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah dikuasai oleh Pakatan Rakyat PAS/PKR/DAP dan Kelantan terus dikuasai PAS sejak 1990 hingga sekarang.

Khurafat politik yang mencengkam minda rakyat Malaysia, konon umno/BN itu adalah kerajaan, kerajaan Malaysia itu adalah umno/BN.

Akibat khurafat politik ini terlalu lama mencengkam jiwa raga dan akal rakyat lebih 50 tahun, orang Melayu terutamanya semacam hilang akal kalau umno/BN kalah dalam pilihanraya matilah Melayu.

Seolahnya bila umno/BN kalah, bodohlah Melayu, hilanglah kuasa Melayu, hilanglah keistimewaan Melayu.

Terbukti bila Melayu umno/BN kalah pilihanraya di Selangor, Kedah, Perak, Pulau Pinang dalam PRU 12 dan Melayu Kelantan pula sudah 23 tahun berkuasa di Kelantan, orang Melayu di negeri-negeri ini tetap berkuasa, malah keistimewaan dan kuasa Melayu terus kekal dan dipertahankan sebab Melayu yang menang dan pegang kuasa ialah Melayu/Islam PAS/PKR yang cerdik, berwibawa, amanah dan tidak amalkan rasuah.

Khurafat politik yang diratibkan setiap malam oleh umno/BN untuk pengaruhi orang Melayu di kampung-kampung ini MESTI dan WAJIB dihapuskan untuk orang Melayu maju, hebat dan berjiwa besar seperti Melayu Kelantan, Kedah, Perak, Selangor dan Pulau Pinang.

Terbaiknya dalam PAS/PKR membawa wadah dan reformasi politik baru mengajak orang Melayu/Islam, mereka mengajak semua kaum dan bangsa bersama sekali, mereka TIDAK menghidupkan api perkauman, sebaliknya mengenengahkan idea persefahaman dan perpaduan semua bangsa dan kaum di bumi Malaysia.

Wadah dan reformasi ini diterima baik semua bangsa dan kaum di bumi Malaysia dari Perlis hingga ke Johor terus menyeberang Laut China Selatan ke bumi Sarawak, Sabah dan Labuan.
Ertinya nyawa perkauman umno/BN, MCA, Gerakan, MIC, PERKASA dan lain-lain organisasi yang hidup dengan sokongan tong oksigen perkauman akan berakhir selepas PRU 13.

Insya Allah, Pakatan Rakyat PAS/PKR/DAP dan rakan NGO's yang mendokong wadah politik baru akan dinobat sebagai partai pemerintah di Putrajaya untuk membawa Malaysia yang lebih berdaya dan berwibawa, Malaysia yang bersih dari segala noda perkauman, noda penipuan SPR, noda pengkhianatan elit politik umno/BN yang menjadi dalang pemberian IC kepada warga asing yang mengancam keselamatan rakyat dan Negara.

Bersedialah rakyat Malaysia untuk sebuah parti pemerintah yang baru.

Ya Allah jauhilah kami, negeri dan Negara kami daripada pemimpin-pemimpin yang khianat, yang tidak amanah, yang rasuah, yang zalim, yang jahat, yang menipu dari menjadi pemimpin kami.

TaqabalaLlahu minna wa minkum...

UNDILAH CALON-CALON PAKATAN RAKYAT PAS/PKR/DAP DITEMPAT ANDA!!!
INI ADALAH PELUANG TERBAIK UNTUK MALAYSIA YANG BERSIH...
"

Tiada ulasan: