Menteri
Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berada di kedudukan lebih tinggi daripada
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Razak daripada aspek penerimaan umum, menurut sebuah kajian.

Menurut
kajian Universiti Selangor (Unisel), kepimpinan Khalid dihormati oleh
63 peratus daripada 1,015 responden di seluruh Selangor.
Manakala Anwar hanya mendapat 58.4 peratus dan Najib sebanyak 51.2 peratus.
Dapatan
kajian juga mendapati inisiatif air percuma 20 meter padu sebulan pula
sangat popular dengan 91 peratus responden menyokongnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan