Beliau berkata, Lembaga Disiplin parti telah melantik pemantau di setiap kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memantau dan melaporkan kes-kes sabotaj parti semasa Pilihan Raya Umum ke-13 berlangsung.
"Laporan-laporan akan dihantar langsung ke ibu pejabat dan tindakan tidak akan ditunggu selepas pilihan raya, sebaliknya dibuat ketika pilihan raya berlangsung.
"Tindakan disiplin akan dilakukan kerana pengerusi lembaga disiplin telah mengumumkan beberapa tindakan telah ditetapkan," katanya kepada pemberita selepas majlis Mesra Rakyat di Kampung Sungai Batang di sini hari ini.
Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen sebelum ini berkata anggota parti yang didapati bersalah melakukan perbuatan sabotaj boleh dipecat dan digantung keanggotaan. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan