Pekerja
parti tersebut menjeritkan "Bunuh Tian Chua" apabila naib presiden Umno
itu menggesa mereka bersatu di belakang Barisan Nasional (BN) dan
"menghapuskan pengkhianat" seperti naib presiden PKR - lebih dikenali
sebagai Tian Chua di mana sekutunya dalam Pakatan Rakyat (PR) telah
dituduh menghasut serangan Sulu terhadap Sabah. - petikan Malaysian Insider
Discussing the battle against a Muslim warlord in Somalia, Boykin told another audience, "I knew my God was bigger than his. I knew that my God was a real God and his was an idol." - petikan Lt Gen William G "Jerry" Boykin dari Los Angles Times
Dua petikan laporan media di atas adalah kenyataan rasis. Para pembaca pasti akan bertanya bagaimana cara untuk memahami makna dan tanda kenyataan tersebut. Justeru, pembaca akan bertanya apa itu rasisme? Dari mana datangnya rasisme? Bagaimana rasisme berkembang? Dari mana sejarah punca rasisme?
Ini adalah soalan-soalan wajib dihuraikan agar kita semua mendapat pencerahan. Pencerahan ini juga diharapkan akan dapat digunakan untuk kita menilai diri kita sendiri. Menilai dan bertanya pada diri sendiri: apakah aku ini seorang rasis?
Satu jalur rasisme ialah fahaman perkauman. Fahaman perkauman akan membenci orang asing yang berbeza dari kumpulan sendiri. Jangan silap faham rasisme bukan hanya dimiliki oleh yang berkulit putih. Yang berkulit hitam, berkulit sawo matang atau berkulit kuning pun berkeupayaan untuk menjadi rasis. Asas rasisme bukan warna kulit.
Kebencian dan tidak suka kepada orang lain sahaja bukan rasisme. Kebencian tak tentu hala ini timbul dari prasangka yang disalut dengan kebodohan. Misalnya ada kenalan kita yang tidak suka orang lain kerana orang lain tidak bersunat. Atau tidak suka kerana orang lain ini makan pakai penyepit. Dan, dan, dan... ini bukan rasis. Ini sikap orang bodoh.
Rasisme sebagai satu jalur fahaman berkait rapat dengan kuasa. Yang TIDAK memiliki kuasa PASTI tidak akan memiliki keupayaan untuk menjadi rasis. Untuk rasisme bergerak ia wajib dibantu dan disokong oleh kuasa. Tanpa kuasa tidak wujud rasisme. Kuasa pula wajib disokong oleh modal. rasisme berpunca dari pemilikan harta kekayaan. Justeru, asal usul rasisme ialah perebutan harta kekayaan.
Kuasa imperial Anglo-Amerika yang menakluk dunia hari ini berasaskan rasisme. Amerika diteroka dan menjadi kaya raya dengan tenaga hamba abdi yang ditangkap dari Afrika. Justeru untuk menghalalkan penghambaan ini disebarkan ajaran tentang warga Afrika yang berkulit hitam ini bodoh, bebal dan hanya boleh bekerja di ladang.
Justeru orang kulit hitam dipaksa untuk jadi hamba. Tujuan memiliki abdi ini ialah untuk menggunakan tenaga mereka di ladang kapas. Tujuan berladang ialah untuk mengumpul harta kekayaan. Terbukti jelas asas rasisme ialah pengumpulan harta kekayaan. Di belakang fahaman ini ialah kuasa senjata tuan empunya ladang.
Fahaman dan falsafah rasis ini juga dibantu oleh agama. Ajaran agama yang mengajar dan mendidik manusia untuk hormat menghormati sesama manusia kini disongsangkan. Ada rabai, rahib, imam atau paderi yang menggunakan ayat-ayat suci untuk mengolah persetujuan mencari pengaruh. Lalu para agamawan ini mengakui bahawa agama anutan mereka sahajalah yang tepat. Hanya Tuhan mereka sahajalah yang benar. Hanya bangsa dan kaum mereka sahajalah dipilih oleh Tuhan.
Teknik penjajahan dan penghambaan di Amerika juga dijalankan oleh penjajah British di Tanah Melayu. Disebarkan propaganda tentang orang Melayu malas. Justeru melalui hujah ini, tanah dan bumi Melayu diambil. Dengan hujah ini British memiliki sebab untuk membawa masuk imigran India dan China ke Tanah Melayu. Sikap rasis British ini bertujuan untuk memunggah harta kekayaan bumi Melayu.
Konsep Melayu malas ialah falsafah, ideologi dan faham rasis dari British. Malah semua kuasa yang mengamalkan dasar rasis akan memiliki ajaran falsafah yang memperkecil, menghina atau membodohkan sesuatu kumpulan atau bangsa yang ingin dijajah. Kuasa British menghina Bangsa Melayu kerana kaum pemodal British mahu bijih, emas dan perak yang tersimpan dalam perut Tanah Melayu.
Setelah memahami konsep dan asal usul rasisme mari kita lihat politik terkini, lihat bagaimana penyokong United Malays National Organisation melaungkan "bunuh Tian Chua". Ini adalah laungan rasis yang disokong oleh kuasa. Bukan semua penyokong parti politik bebas melaungkan bunuh Si Polan atau Si Anu. Kalau para aktivis Angkatan Muda Keadilan bangun dan melaungkan "bunuh Najib" pasti dalam sekelip mata sahaja mereka akan digari. Di sini jelas peranan kuasa yang menjadi pemandu rasisme.
Kumpulan Pemuda United Malays National Organisation itu sedar bahawa mereka boleh melaungkan "bunuh Tian Chua" kerana mereka tahu di belakang mereka adalah kuasa yang menghalal dan mempertahankan perbuatan mereka.
Tian Chua dipilih untuk dibunuh bukan kerana sandiwara Lahad Datu atau kerana Tian Chua berkata "soldadu Mati Ibrahim Ali". Semua ini tidak betul. Tian Chua TIDAK pernah menyuarakan pendapat sedemikian. Tian Chua hendak dibunuh kerana Tian Chua China.
Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin dalam ucapannya pada ceramah Pakatan Rakyat di Dataran Sungai Air Tawar, dengan lantang menyatakan Lahad Datu adalah ‘wayang' yang dipentaskan oleh United Malays National Organisation bagi tujuan untuk menakut-nakutkan rakyat di Sabah. Tetapi Lajim TIDAK diusik kerana Lajim Melayu.
Banyak blog, banyak laman, ramai warga Sabah malah saya sendiri tidak pernah berhenti menganalisa Lahad Datu untuk menerangkan kepada pembaca bahawa Lahad Datu ini hanyalah satu sandiwara. Tetapi hanya Tian Chua dipilih kerana Tian Chua Cina.
Strategi rasis United Malays National Organisation ini mula disusun terperinci apabila parti ini tewas dalam pilihan raya 1969. Sebelum 13 Mei 1969 yang wujud hanyalah sikap prasangka antara kaum-kaum - Melayu tak suka China, India tak suka Melayu atau China tak suka Melayu. Sikap prasangka yang sedia wujud ini telah diolah untuk dijadikan satu ideologi yang disokong oleh kuasa daulah.
Ideologi rasisme disusun dan distrukturkan. Kemudian pada tahun 1974 lembaga Biro Tata Negara (BTN) diwujudkan untuk mengembangkan ideologi rasis ini. BTN sebagai satu organisasi boleh disamakan dengan kumpulan Brown Shirt yang membantu Hitler mewujudkan kuasa Nazi di Jerman. BTN bawah Jabatan Perdana Menteri, menyebar dan mengembangkan ideologi rasis Ketuanan Melayu yang menjadi falsafah pegangan United Malays National Organisation.

Kalau Brown Shirt bergerak untuk memboikot perniagaan orang Yahudi di Jerman. BTN pula menyebarkan pandangan bagaimana orang Melayu telah hilang harta kekayaan kerana kaum China dan India. China dan India ditakrif sebagai imigran yang wajib dimusuhi dan dicurigai. Lirik lagu Anak Anak Kecil Bermain Api - lagu resmi BTN - menjadi pedoman ideologi rasis BTN.
BTN mengembangkan ideologi rasis untuk menyokong dan memperkasa Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan pada tahun 1971. DEB ini berhujah bahawa Orang Melayu miskin kerana harta kekayaan negara ini dibolot oleh orang Cina. Keseluruhan Orang Cina mengikut istilah rasis BTN dilihat sebagai musuh untuk keseluruhan Orang Melayu.
BTN mengadakan kuliah dan bengkel tertutup. Anak-anak mahasiswa Melayu sahaja yang diwajibkan datang ke khemah BTN. Malah jika ada pelajar enggan datang ke khemah BTN mereka akan disenarai hitam. Para pelajar Melayu yang ingin menyambung pelajaran ke luar negara menjadi mangsa BTN. Jika gagal datang ke khemah BTN biasiswa akan ditarik dan mereka akan dinafikan hak belajar ke luar negara. Kuliah dan bengkel BTN juga diwajibkan untuk pegawai-pegawai kerajaan yang berbangsa Melayu. Dalam strategi BTN, untuk DEB berjaya maka para profesional Melayu wajib mendapat suntikan rasis. DEB memerlukan sokongan ideologi Ketuanan Melayu dari kaki tangan kerajaan.
Laungan "bunuh Tian Chua" yang kita dengar itu adalah hasil dari penyebaran fahaman rasisme Melayu. Fahaman rasisme Melayu ini semakin berkembang. Ini kerana lembaga BTN ini masih lagi wujud dan bergerak cergas. United Malays National Organisation yang kini terdesak amat-amat memerlukan ideologi rasis untuk terus bergerak. BTN diperlukan sebagai wadah fahaman rasis ketuanan Melayu dapat dikembangkan.
Orang ramai dan bakal pengundi tidak lagi menyokong konsep rasis Ketuanan Melayu. Kerana itu parti Ketuanan Melayu ini dengan bijak menggunakan pelbagai NGO sebagai anak syarikat untuk terus mengembang fahaman rasis. Badan NGO tajaan United Malays National Organisation ini sedang menyebarkan fahaman rasis dengan berselindung di belakang raja, bangsa dan Islam.
Jangan terperanjat jika saya nyatakan bahawa ‘muka-muka' besar dari BTN ini sedang bergerak cergas menyebarkan fahaman rasisme. Ramai pegawai-pegawai atau bekas pegawai BTN ini telah menyelinap masuk ke dalam pelbagai parti politik dan badan agama. Hasan Ali ‘taiko BTN' pada awalnya masuk ke dalam parti PAS, kini menjadi taiko Tiga Jalur. Roslan Kassim yang juga ‘taiko' BTN, pada awalnya memasuki PKR - kini bergerak cergas sebagai ketua penerangan Perkasa.
Di mana akan berakhirnya laungan rasis "bunuh Tian Chua" masih belum jelas. Apa yang jelas pada tahap ini kita wajib terus menentang dan menelanjangi rasisme ajaran BTN. Kita juga wajib tegas dan berani melawan ‘tunggul-tunggul' BTN yang bertaburan atau yang sedang menyamar sebagai Pak Lebai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan