Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

19.4.13

Masanya untuk "Magic". PAS untuk Semua !


Posted on Friday, April 19 @ 20:33:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Artikel Oleh: fairuzhafeez

"Tindakan kotor dan jijik SPR untuk halang DAP bertanding nampaknya akan makan diri. Ternyata SPR menjadi alat untuk kerakusan BN yang begitu kecut telur untuk bertanding secara adil di PRU 13. Mengapa sekarang baru nak kecoh pasal benda ni ? Sah bahawa BN mahu bertanding di pentas senget sebelah dengan tangan lawan diikat. Dah la tak tahu malu guna premis dan jabatan kerajaan untuk kempen.

Image

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan tindakan Pendaftar Pertubuhan (ROS) menggantung jawatankuasa pusat DAP tidak akan menghalang parti itu parti itu untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 ini.

"Tidak affect boleh bertanding," kata Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff melalui SMS kepada Malaysiakini.

Image
 
Kredit gambar :  http://alditta.blogspot.com/
Iyelah tu, nanti bila dah bertanding guna lambang DAP, dan bila PR menang 2/3 majoriti, aku tak hairan SPR akan sekonyong-konyong membatalkan semua kemenangan DAP dan akhirnya BN menang secara tipu muslihat. Dulu Projek IC dan penyempadan semula dengan nisbah penduduk yang berbeza-beza, kini taktik budak 10 tahun digunakan.

Tiba masanya untuk DAP tetapkan pendirian untuk bertanding atas tiket PAS di semenanjung dan tiket PKR di Sabah & Sarawak. Usah biarkan mereka memperbodohkan kita lagi. Terus NEKAD untuk bertanding atas nama PAS !

Dengan telah terwujudnya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dan PAS telah pun meletakkan calon bukan Islam pada PRU kali ini, bukan satu perkara pelik bila calon DAP guna lambang bulan. Imej komunis dan rasis yang ditempelkan oleh BN kepada DAP nampaknya tidak relevan lagi. Masyarakat bukan Islam pula tidak akan mengalami PAS fobia lagi. Terima kasih TGNA kerana sambut hari lahir di rumah Karpal, mantik yang digunakan penuh strategik.

Ini kali lah MAGIC yang halal akan tercipta.Ini kali lah bendera bulan purnama akan menguasai segenap pelusuk negara. Ini kali lah, Islam akan lebih terjulang. Ini kali lah kita tanamkan BN ke dalam liang lahat bersama dendam kesumat mereka yang tidak pernah padam. Allahuakbar !

Tiada ulasan: