Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

5.4.13

DAP: Apakah Taib lebih tinggi daripada SPRM, Najib?


2:39PM Apr 5 2013  
Kenyataan Abdul Taib Mahmud untuk tidak memberi kerjasama dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membayangkan ketua menteri Sarawak mengatasi badan itu dan juga perdana menteri, kata DAP.

Tokoh pembangkang Lim Kit Siang berkata kenyataan Taib semalam bagaikan satu tamparan kepada Najib Abdul Razak dalam usahanya membasmi rasuah.

Dalam kenyataannya, Lim menambah perdana menteri harus bertindak tegas dalam perkara ini bagi membuktikan beliau benar-benar berpegang teguh dengan ikrar integriti pilihan raya Transparency International-Malaysia (TI-M) yang ditandatangani pada 20 Februari.
lim kit siang storyJika tidak, katanya, Taib akan 'memberi pukulan maut' terhadap dakwaan Najib untuk meningkatkan 'pembasmian rasuah' sebagai agenda utama program transformasinya, sedangkan Taib bukan sahaja lebih kuat dari SPRM, tetapi juga daripada perdana menteri.

Sehubungan itu Lim mencabar Najib supaya meminta SPRM untuk meneruskan siasatannya.

"Bola kini di gelanggang Najib. Adakah SPRM akan berundur atau Najib akan mengarahkan SPRM meneruskan membuka siasatan penuh, atau lebih baik lagi, menubuhkan sebuah suruhanjaya siasatan diraja (RCI) terhadap semua tuduhan rasuah yang telah dibuat terhadap Taib dan keluarganya? "

Lim berkata walaupun untuk menubuhkan RCI kini di luar kuasa Najib sebagai Perdana Menteri Sementara, tetapi Pakatan bersedia membuat pengecualian untuk menyokongnya.

Semalam, Taib dilaporkan berkata demikian bagi mengulas siasatan SPRM terhadap tuduhan yang dibangkitkan dalam video NGO antarabangsa Global Witness yang dikeluarkan bulan lepas.

Ketua menteri Sarawak itu dilaporkan berkata SPRM tidak layak mendapat kerjasamanya kerana mereka 'nakal dan tidak jujur'.

Tiada ulasan: