Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

6.4.13

Ajaran songsang

Kuala Lumpur: “Dia (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) bersifat macam tuhan sedangkan dia kata dia tokoh agama. Bila dia mengeluarkan fatwa sebegitu menghukum bahawa sembahyang orang UMNO ini tak dapat pahala kerana katanya UMNO menolak dan tidak memperjuangkan Islam, ini adalah satu kenyataan songsang,” kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS yang mendakwa solat orang UMNO tidak mendapat pahala dalam satu ceramah, Rabu lalu.

Sambil menjelaskan bahawa kenyataan Nik Aziz itu disanggah tokoh agama kerana tidak benar, Muhyiddin berkata, orang Islam di negara ini memiliki ilmu untuk mengetahui pahala atau dosa seperti dipelajari dalam pendidikan agama selama ini.

“Kalau sembahyang yang dikira sebagai tuntutan agama tak kira apa juga latar belakang politik, (tetapi) dipolitikkan oleh PAS mengatakan itu tidak mendapat pahala, dia (Nik Aziz) sudah mengatasi Tuhan.

“Yang nak memberi pahala dan dosa itu bukan dia, tapi dia sudah menghukumkan itu, bagi saya ini satu perbuatan yang bukan saja dianggap sebagai satu ajaran songsang, tapi sesuatu tidak sepatutnya timbul daripada seorang yang menggelarkan dirinya sebagai tokoh agama,” katanya pada pogram lawatan sarapan pagi di sekitar Kondo Rakyat Desa Pantai..

Muhyiddin berkata, ini bukan kali pertama pemimpin PAS menghukum orang lain dengan pelbagai fatwa termasuk mengkafirkan UMNO dan Amanat Haji Hadi membuktikan parti itu menggunakan agama untuk tujuan politik.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan Mursyidul Am PAS itu akan menafikan perkara itu dan mengaitkannya dengan cubaan UMNO untuk memutarbelitkan kenyataan seperti kes terdahulu.

“Dia akan buat begitu. Bila keluar dalam surat khabar dia akan salahkan... kata salah lapor. Macam kes yang terdahulu, bila kita tengok balik dalam video, itulah yang dicakapkannya. Dalam situasi dunia siber pada hari ini, kita tahu apa yang mereka lakukan dan itu tidak harus dinafikan.

“Sebab itu sebelum dia celupar mulut, dia kena jaga mulut dia, jangan dah terlepas menyalahkan orang lain dan tidak mengaku apa yang disebutkan,” katanya.

Sementara itu, menjawab soalan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengumumkan akan mempertahankan kerusi Permatang Pauh, Muhyiddin menyifatkan Ketua Umum PKR itu sebagai penakut walaupun sebelum ini sudah memutuskan untuk beralih ke tempat baru di Perak.

Katanya, tindakan Anwar itu tidak sepenting apa yang akan pengundi di kawasan berkenaan lakukan kerana mereka sudah lama mengenali Ketua Pembangkang itu.

“Saya fikir dia gementar kerana mendengar BN akan meletakkan calon yang hebat. Jadi dia sudah berkira-kira kalau duduk lama, mungkin tak boleh bertahan, tapi bila Perdana Menteri cabar, dia rasa malu dan patah balik ke Permatang Pauh. “Saya percaya waktu ini pengundi di Permatang Pauh bijak menilai siapa sebenarnya Anwar Ibrahim,” katanya.

Tiada ulasan: