Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

3.5.13

Beratus "pengundi meragukan" RCI didaftarkan di Klang


 
Sehingga 571 orang yang didakwa menerima kad pengenalan secara meragukan di Sabah, kini didaftarkan sebagai pengundi di kawasan Parlimen Klang, dakwa penyandang Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago hari ini.

NONECharles (kiri) berkata 571 pengundi itu disemak berdasarkan senarai lebih 60,000 individu yang Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin di Sabah, percaya memperolehi IC mereka melalui cara yang boleh dipersoalkan.

"Daripada jumlah itu, 2,000 daripada mereka didaftar di Selangor, dengan Klang mempunyai jumlah teramai dengan 571 pengundi tersebut, diikuti oleh Kota Raja dengan 352 orang," katanya ketika
dihubungi Malaysiakini.

"Nama-nama ini hanya dari RCI Sabah dan bukan dari bahagian lain di Malaysia," katanya.

Charles berkata, beliau akan memfailkan aduan kepada Suruhanjaya berhubung nama-nama tersebut.

Beliau kemudian akan menggunakan ejen-ejen mengundi untuk memantau sesiapa yang hadir untuk mengundi bagi pihak mereka yang disenaraikan sebagai pengundi yang 'meragukan' atau yang 'dipersoalkan' oleh RCI.

"Persoalannya, siapakah yang akan hadir pada hari Ahad untuk mengundi bagi pihak mereka?" soalnya.

Tiada ulasan: