Surendran, anggota Parlimen baru Padang Serai berkata, Mohd Noor tidak sesuai memegang jawatan yang memerlukan kepercayaan awam.
"Kerajaan BN harus segera memecat Mohd Noor Abdullah daripada kedudukan yang memerlukan kepercayaan awam.
"Kenyataan Mohd Noor membuatkannya tidak layak untuk memegang sebarang kedudukan yang perlunya kepercayaan awam," katanya.
Surendran berkata, kenyataan Mohd Noor harus disiasat bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan, berhubung kenyataan yang mendatangkan khianat awam.
Mohd Noor antara lainnya menyeru golongan Melayu agar bertindak lebih agresif untuk mempertahankan hak serta menyusun semula masyarakat, ekoran keputusan pilihan raya umum 5 Mei.
Bercakap dalam seminar yang membincangkan mengenai kesan pilihan raya, Mohd Noor menyeru demikian kerana orang Cina didakwanya mengkhianati ikatan setia kawan orang Melayu melalui usaha merampas kuasa politik.
Steve Ng · Pengulas Tertinggi · Monash University
Betul kata Surendran Nagarajan
Saya juga terperanjat apabila membaca kata-kata oleh seorang bekas
hakim. Ini juga membawa malu kepada Tuan Hakim sekalian, dan menunjukkan
bahawa hakim-hakim di negara ini tidak lagi bermoral tinggi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan