Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

15.5.13

Umno-BN kena taubat nasuha

Saifuddin: Umno-BN kena taubat nasuha
JAMILAH HAMZAH
15 Mei 2013
Wacana Sinar siri ke-20 : Pasca PRU13
Wacana Sinar siri ke-20 : Pasca PRU13
SHAH ALAM - Umno-Barisan Nasional (BN) perlu melakukan taubat nasuha apabila rakyat mula menegur dalam beberapa siri pilihan raya umum mengenai isu pentadbiran dan rasuah, kata Ahli Majlis Tetinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah.

Menurutnya, Umno-BN perlu mengikut "garis putih" yang telah ditetapkan untuk mendapat sokongan rakyat secara berterusan pada pilihan raya akan datang.

Beliau berkata, transformasi untuk ke arah sistem pentadbiran kerajaan yang lebih baik telah dimulakan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mula menjawat jawatan perdana menteri.

Bagaimanapun, Saifuddin berkata pasukan BN turut perlu memberi komitmen dan serius dengan tranformasi yang dibawa oleh pengerusinya untuk mencapai sasaran tersebut.

"Apabila kerangka program transformasi dirangka, kita utamakan masalah rasuah, kita akui masalah itu berlaku.

"Setiap tender kerajaan sekarang dikenakan satu indeks akauntabiliti yang telah dilaksanakan sebanyak 82 peratus, tapi sepatutnya ia dilaksanakan 100 peratus.

"Ini yang dikatakan tidak mencukupi, kita sepatutnya perlu tingkatkan komitmen dan menunjukkan keseriusan itu.

"Kita terima teguran-teguran rakyat terutamanya pada PRU13, baiklah kami ditegur pada PRU 2004 dan 2008, kami ditegur 2013, taubat nasuha," katanya pada Wacana Sinar Siri ke-20 yang berjudul Pasca PRU13: Ke Mana Haluan Politik Melayu di sini, hari ini.

Tiada ulasan: