Beliau mengangkat sumpah dan membaca ikrar aku janji sebagai menteri besar di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Balai Rong Seri istana tersebut pada jam 10.10 pagi ini.
Selepas itu, Khalid yang juga ADUN Pelabuhan Klang menandatangani Aku Janji Menteri Besar Selangor yang disaksikan oleh Hakim Utama Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.
Pemilihan Khalid sebagai menteri besar mendapat sokongan daripada ketiga-tiga parti gabungan dalam Pakatan Rakyat walaupun pada peringkat awal tercetus kontroversi pemilihannya.
Menurut setiausaha politik kepada menteri besar, Faekah Husin antara tetamu yang dijemput menghadiri istiadat tersebut adalah kerabat di raja dan ketua-ketua jabatan berkaitan kerajaan.
ADUN Pakatan Rakyat dan BN tidak hadir dalam istiadat pelantikan tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan