Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

15.5.13

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sokong judi ke ?


Posted on Wednesday, May 15 @ 11:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Analisis Oleh: tokpepijat

"

NGO yang menguruskan hal ehwal orang Islam seperti Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sepatutnya dapat membezakan antara Rasis dengan Islam.

Apabila NGO ini membiarkan ianya diresapi oleh juak-juak UMNO, maka perjuangan NGO ini sudah menyimpan dari landasan sebenar.

NGO ini sepatutnya berorganisasi seperti CAP yang diterajui oleh SM Idris. CAP yang berpusat di Pulau Pinang sering kali menegur kerajaan PR atas dasar pemeliharaan alam semula jadi. CAP juga banyak menegur dasar kerajaan Pusat terutama hak pekerja,pengguna dan sebagainya.

Dalam bab tegur menegur, CAP tidak pilih bulu samada BN atau PR. Ini barulah organisasi professional.

Sekonyong-konyong PPIM yang diterajui oleh Datuk Nadzim Johari mengeluarkan kenyataan yang berbaur perkauman. Inikah NGO yang berteraskan Islam ?

Suatu yang menjengkelkan apabila Nadzim ajak umat Islam boikot perniagaan Cina yang sokong pembangkang.

Marah betul Nadzim kepada pembangkang. Emosinya Nadzim seperti calon Rasis PERKASA Shah Alam yang kalah teruk dalam PRU 13!

Tahukah Nadzim, pembangkang yang turut didanai oleh orang Cina termasuk PAS. PAS adalah parti Islam. Bukan sekadar DAP dan PKR sahaja.

Dan tahukah Nadzim syarikat-syarikat Cina yang tidak membantu pembangkang adalah Magnum, Genting,Astro, Da Mai Cai. Semua syarikat ini adalah kroni Mahathir dan syarikat perjudian.

Oleh itu seruan PPIM seolah menyeru orang Islam/Melayu memboikot syarikat Cina yang sokong PAS,DAP dan PKR manakala terus mengunjungi Magnum, Kedai Nombor Ekor kerana syarikat judi ini banyak mendanai UMNO dan BN dalam PRU 13. Dulu,kini dan selamanya!

Elok tukarlah nama Persatuan Pengguna Islam Malaysia kepada Persatuan Pengguna Melayu UMNO.

PPIM jangan cemarkan nama Islam demi mengampu kepada UMNO!

Tiada ulasan: