Dalam reaksi balas, akhbar milik Umno itu hari ini menyiarkan kenyataan dari pemimpin PERKASA, Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan juga kenyataan aktivis anti-PKR yang antara lainnya menyelar sikap “bongkak” dan “lupa diri” Azran.
Berang dengan tulisan Azran, pemangku presiden PERKASA Datuk Abdul Rahman Bakar dalam laporan Utusan berkata eksekutif tersebut “angkuh” kerana lupa bahawa beliau mungkin tidak mampu berada di kedudukan tersebut tanpa “kuasa Melayu yang diperjuang Utusan Malaysia”.
"Tidakkah Azran terfikir lesen yang dikeluarkan kerajaan kepada Air Asia adalah kerana pada peringkat awalnya syarikat penerbangan itu dimiliki orang Melayu?
"Dia menuduh kerana fikiran sempit Perkasa menyebabkan orang Melayu ketinggalan, tetapi tidakkah dia tahu dengan kuasa politik di tangan orang Melayu sahaja segala agenda dan kepentingan Melayu dapat direalisasikan sehingga kita mampu memiliki syarikat penerbangan yang sama sekali tidak terfikir boleh berlaku?," kata Abdul Rahman seperti dipetik Utusan.
Menurut laporan berkenaan, Azran menulis di Twitter dan Facebook bahawa beliau meluat dengan Utusan Malaysia dan menyalahkan akhbar tersebut kerana menyiarkan laporan muka depan bertajuk 'Apa lagi Cina mahu?'.
Roox Nie · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Kais Pagi Makan Pagi
OOoo asalnya milik Melayu... tapi apasal bagi Tonyyy Fernandess,, dia tu melayuu kah.. Melayu tolong melayukah.. atau melayu tipu melayu.. kah kah kah... PERKASA oh PERKASA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan