Najib bertambah seksa selepas menang
Posted on Wednesday, May 15 @ 12:48:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Sumber Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Setelah menang, Presiden Umno sepatutnya gembira dan senyum lebar tetapi nampaknya Datuk Seri Najib Razak bertambah seksa selepas menang.
Yang paling ketara, beliau gagal markah lulus 'kembalikan 2/3 majoriti BN bahkan merosot pula iaitu dari 140 kerusi Parlimen merosot kepada 133.
"Ia pula adalah hasil sumbangan Borneo yang masih tidak terkena tsunami semenanjung," kata Dr Dzulkefly Ahmad (gambar kiri) dalam analisis awalnya tentang pilihan raya umum kali ini.
Dr Dzulkefly, Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP) berkata, Najib juga malu besar apabila gagal projek 'tawan Selangor'nya.
Sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Selangor dan menyerang Pakatan habis-habisan, kononnya rakyat tersiksa dan jangan ulangi kesilapan, namun semuanya gagal.
"Sebaliknya PR semakin kuat dan menguasai 2/3 majoriti di DUN Selangor," kata Dr Dzulkefly.
Kata beliau, Najib (gambar kanan) kini adalah PM sebuah kerajaan minoriti pertama dalam sejarah politik tanah air.
Undi popular BN yang diketuai Najib merosot ke paras 48% sementara PR mendapat 52%.
Ini bermakna, lebih ramai rakyat yang mahukan PR atau lebih ramai rakyat yg menolak BN, katanya.
BN hanya menang kerana sistem British yang berasaskan pertama lepasi tiang atau 'First pass the post'.
Kalau kalau sistem 'perwakilan berkadar' (Proportional Representation), sudah sah BN sudah tumbang, tambahnya.
Katanya lagi, yang paling malang bagi Najib kini rakyat tahu bahawa 'BN menang dengan pelbagai penipuan'.
"Ia macam budak yang meniru diangkat menjadi ketua kepada pelajar cemerlang, masakan mahu diterima rakan-rakan seangkatannya. Ekoran itu, kerajaan Najib telah menjadi begitu buruk," tambah beliau.
Menurut beliau yang juga timbalan pengerusi pasukan Post Morterm PRU 13 yang ditubuhkan PAS, pelbagai faktor serta bukti sedang dihimpunkan.
Antaranya membeli, menyogok dan merasuah pengundi dengan bayaran RM300 ke RM1000 satu undi.
"Petisyen akan dimajukan sebaik saja pewartaan keputusan PRU dibuat. Andainya mahkamah masih punya kewibawaan kerajaan minoriti diramalkan akan bakal tumbang dalam enam bulan pertama..insya-Allah.
"Kita reda takdir tetapi tidak sama sekali boleh menerima penipuan.... sampai bila mahu begini?" katanya tegas.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan