Sekumpulan
kartunis diketuai Zunar mengancam tidak mengiktiraf Datuk Seri Najib
Razak sebagai perdana menteri jika pilihan raya umum tidak diadakan
semula dengan pemantauan badan berwibawa seperti Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Beliau yang menubuhkan gerakan kartunis bagi memberi tekanan kepada kerajaan melalui kerja kreatif berkata, BN tidak layak dari segi perundangan untuk memerintah ekoran dakwaan penipuan pilihan raya.
Dikenali sebagai Kartunis Lawan Penipuan Pilihanraya (CAEF), mereka berpendapat, penipuan jelas kelihatan melalui angka undi popular yang menunjukkan Pakatan Rakyat mendapat 50.3 peratus berbanding BN yang hanya 46.8 peratus.
"Kami sedia bekerjasama dengan BERSIH serta lain-lain NGO di seluruh negara.
"CAEF juga akan berusaha menjalin rangkaian dengan gerakan kartunis dan NGO di peringkat antarabangsa di seluruh dunia atas tujuan yang sama," kata Zunar.
Antara kartunis terlibat, Mohd Afendi Ramli (Ronasina), Abdullah Jones, Nor Azlin Ngah (Jonos) dan Johnny Ong.
CAEF akan dirasmikan oleh ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar pada Sabtu ini di sebuah kompleks membeli belah di Petaling Jaya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan