Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

22.5.13

Kementerian Pertahanan, KDN terus kerjasama

Kementerian Pertahanan, KDN terus kerjasama  
 
Hishammuddin melambai kepada kakitangan KDN pada majlis perpisahan di Putrajaya, semalam. - Foto Effendy Rashid/bh]
 
Putrajaya: Pengalaman menangani pencerobohan pengganas di Lahad Datu dan perhimpunan BERSIH selaku Menteri Dalam Negeri, akan dijadikan panduan oleh Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam menggalas tugas baru sebagai Menteri Pertahanan.

Namun, katanya, beliau akan terus bekerjasama Kementerian Dalam Negeri (KDN) dipimpin Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, bagi menangani isu semasa dalam negara.

Proses peralihan lancar


“Kementerian Pertahanan dan KDN cukup yakin proses peralihan ini berjalan lancar, malah saya dan beliau (Zahid) pernah bekerja rapat sebelum ini dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk mengurangkan jenayah dan Ops Daulat.

“Beliau (Zahid) akan memperkukuhkan apa yang sudah wujud di KDN di mana setiap lapisan kepemimpinan di KDN sudah dididik untuk bergerak senada,” katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis perpisahan bersama warga KDN di sini, semalam.

Hadir sama, isterinya, Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah; bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Abd Rahim Mohd Radzi.

Mengulas lanjut, beliau yakin kepemimpinan Zahid menerajui KDN dan percaya kerjasama kedua-dua kementerian dapat dilaksanakan sebaik mungkin.

Tiada ulasan: