Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

13.5.13

Perhimpunan malam 13 Mei tolak perkauman


11:54AM Mei 14 2013  
Sekumpulan aktivis NGO mengadakan perhimpunan berbilang kaum di Kuala Lumpur pada malam 13 Mei bagi menolak agenda perkauman yang dimainkan, termasuk di media, selepas keputusan pilihan raya umum 5 Mei lalu.

Berkumpul dekat stesen bas Pudu Sentral di Kuala Lumpur malam tadi, lebih 100 orang, kebanyakannya berpakaian hitam, menyanyikan lagu, membaca sajak dan berucap menentang agenda perkauman.

Masing-masing bertemankan sebatang lilin dan membawa plakad menolak prejudis perkauman, mempromosi kasih sayang rentas kaum dan menolak rasisme yang dianggap sudah ketinggalan zaman.

"Kami berkumpul di sini untuk menentang retorik perkauman politik. Kita perlu suarakan perkara ini," kata Ng Yap Hwa, yang juga penyelaras kumpulan yang memperjuangkan keadilan untuk mendiang pembantu politik DAP Teoh Beng Hock.

"Ahli-ahli politik kita gemar memomokkan kita dengan rusuhan 13 Mei 1969 yang tidak patut digunakan untuk menakut-nakutkan rakyat."

Tiada ulasan: