Kerajaan
Pulau Pinang akan membentuk suruhanjaya peringkat negeri bagi menyiasat
dakwaan salah laku pilihan raya dalam pilihan raya umum ke-13 pada 5
Mei lalu.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng (
kiri)
berkata, beliau sudah mendapatkan pandangan pakar perlembagaan Tommy
Thomas berhubung perkara itu dan disaran meneruskan suruhanjaya dengan
"terma rujukan yang luas" jika mahu membentuknya.
Lim akan membentangkan cadangan itu dalam mesyuarat exco pertama untuk penggal ini esok.
"Kami
akan lakukannya sejarar dengan laporan kepada polis, SPR (Suruhanjaya
Pilihan Raya) dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).
"Kami
tidak yakin sangat dengan agensi ini, itulah sebabnya timbulnya idea
suruhanjaya siasatan itu," kata Lim dalam sidang media di Komtar hari
ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan