Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

16.5.13

Kabinet: Terengganu cipta sejarah


16 Mei 2013
Ahmad Said
KUALA TERENGGANU - Pelantikan dua menteri penuh dan seorang timbalan menteri dari Terengganu merupakan sejarah baru dan penghormatan tertinggi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada rakyat negeri ini.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata pelantikan Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi II, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia serta timbalannya Datuk Jailani Johari mampu memantapkan lagi barisan Kabinet kerajaan pusat yang diterajui Najib.

"Syukur kepada pelantikan menteri dan timbalan menteri dari Terengganu dan saya ucapkan terima kasih kepada rakyat dan Perdana Menteri atas kepercayaan yang diberikan kepada Terengganu," katanya kepada pemberita di Seri Iman malam tadi.

Ahmad berkata pelantikan Idris diharap dapat membantu meningkatkan tahap pendidikan bukan sahaja di Terengganu malah seluruh negara.

Menurutnya, pencapaian cemerlang Terengganu sebagai negeri anjung ilmu boleh menjadi contoh kepada negeri lain kerana Idris mempunyai pandangan yang hebat dalam bidang itu.

Idris merupakan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) (mulai 2008) dan pernah memegang jawatan Menteri Besar Terengganu (2004-2008) dan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan (1995-1999).

Ahmad Shabery pernah menjawat jawatan Menteri Penerangan pada Mac 2008 hingga April 2009 sebelum dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Jailani yang berkelulusan undang-undang dari Universiti Malaya, sebelum ini merupakan Ketua Pegawai Kawal Selia dan Pengawasan Industri dan Komunikasi Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).

Sementara itu Ahmad menafikan terdapat Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun)  yang meninggalkan Barisan Nasional dan menyertai pembangkang.

Beliau berkata 17 Adun tetap kekal bersama BN dan akan memfokus kepada usaha menabur khidmat kepada rakyat. - Bernama

Tiada ulasan: