Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

17.5.13

Kit Siang gesa Parlimen cela Zahid


7:46PM Mei 17 2013
Ketika Khairy Jamaluddin berkata pandangan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya berhijrah ke negara lain dianggap padangan peribadi, ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang pula menggesa parlimen mencela menteri dalam negeri itu.

Dalam kenyataannya Lim berkata tidak memadai bagi Khairy yang baru dilantik menteri belia dan sukan untuk mengelak daripada menjawab isu tersebut dengan menyatakan ia "pandangan peribadi" dan tidak mencerminkan pendirian kerajaan.

"Bagaimana Khairy tahu bahawa kenyataan Ahmad Zahid yang memalukan itu tidak mencerminkan kedudukan kerajaan BN? Adakah Khairy telah mendapat jaminan perdana menteri atau timbalan perdana menteri bahawa kabinet baru akan menolak kenyataan Zahid dengan satu kenyataan rasmi?" tanya pemimpin DAP itu.

"Adakah Khairy akan mengambil inisiatif sewaktu mesyuarat kabinet untuk mencadangkan jemaah menteri menjarakkan diri dan menolak kenyataan Zahid itu?" tanya Lim lagi.

Lim berkata, seseorang akan menjangka, ekoran keputusan pilihan raya umum ke-13 yang menunjukkan BN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak mendapatkan 48 peratus undi popular berbanding dengan 51 peratus untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat, seseorang itu akan menjangka para menteri bersikap merendah diri, mudah didekati dan sensitif.

Tetapi malangnya, kata Lim, rakyat melihat keangkuhan Ahmad Zahid ketika menjadi salah seorang menteri kanan dalam kabinet Najib selepas pilihan raya umum itu.

RangBul@n:

Secara peribadi semua rakyat Malaysia sentiasa melihat politik tanah air secara terbuka. Tak kira mana parti baik BN atau PR: kalangan YB ada yang ego ada yang neutral & baik. Malahan ikut sejarah pun ahli PKR asalnya jua dari BN; UMNO lam lama pun pernah bergabung dengan PAS. Malahan sy yakin masa PRU13 bukan mustahil kalangan ahli BN pun ada yang undi PR. Buktinya ahli MCA  kebarangkalian ada mengundi DAP.

Dalam isu ini adalah lebih baik menjadi politik matang jangan kebudak-budakan; naif amat kita. Bila terlepas cakap akan jadi bagai bidalan orang tua-tua... terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya. Bila hati kelayak ramai rakyat terguris akan pasti ramai rakyat akan TAK PANDANG lagi YB yang begini. Akan jadi TAMBAH tak popularlah nanti aduhai BN. Sy tetap hormat pandangan YB Khairy ♥.

Tiada ulasan: