Menurut Mohd Noor, sesebuah parti itu mesti menang dengan majoriti kerusi untuk membolehkan seseorang wakilnya dilantik sebagai menteri besar.
Bagi syarat yang kedua, seorang menteri besar atau ketua menteri mestilah orang Melayu dan beragama Islam, katanya.
Mengikut peruntukan tersebut, Raja atau Sultan bagaimanapun boleh melonggarkan syarat kedua menurut kuasa budi bicaranya bagi menepati syarat pertama.
Oleh itu, kelonggaran itu perlu dihapuskan untuk membolehkan hanya orang Melayu-Islam boleh dilantik ke jawatan tersebut, katanya dalam satu seminar di ibu negara hari ini.
“Maknanya, siapa dapat majoriti dalam DUN, maka dia boleh jadi menteri besar. Kalau DAP dapat majoriti, maka orang Cina yang jadi menteri besar. Macam mana?,” soal Mohd Noor, yang disambut dengan laungan “tak boleh!” daripada kira-kira 300 orang hadirin.
Berucap dalam 'Seminar pasca PRU-13' itu, Mohd Noor berkata mana-mana negeri yang menang dengan majoriti dua pertiga boleh memansuhkan syarat ketiga di dalam peruntukan undang-undang tubuh negeri masing-masing.
“Kalau tak boleh, maka pindalah perlembagaan negeri itu dengan sokongan dua pertiga. Beritahu di Melaka yang dapat dua pertiga, di Pahang yang dapat dua pertiga supaya mansuhkan klausa itu. Tak ada syarat yang ketiga itu,” katanya.
Namun, perlembagaan persekutuan tidak menyatakaan bahawa jawatan perdana menteri perlu diisi oleh seseorang berbangsa Melayu atau Islam, katanya.
Lim Mei Ren · Pengulas Tertinggi · UKM, Malaysia
Adakah
LGE KM Penang tak hormati agama Islam? Adakah MB di negeri2 BN
menghormati agama Islam dan Rajanya? Tepuk dada tanya selera wahai hakim
yg dihormati!
- Saifuddin Hashim · IkutiHanya Pulau Pinang, Melaka, Sabah & Sarawak sahaja boleh Ketua Menteri bukan melayu sebab tiada sultan kan ? Negeri lain menteri besar memang melayu, seperti kes di Perak 2008, DAP majoriti tapi Nizar jadi MB
Tiada ulasan:
Catat Ulasan