Tangkapan aktivis siswa Adam Adli akan menjadi pencetus kebangkitan
anak muda dan akan menyemarakkan mood kemarahan rakyat terhadap dakwaan
penafian demokrasi secara melampau oleh kerajaan, kata sebuah NGO anak
muda.
Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin berkata, pada hari pertama tahanannya sahaja sudah 100 aktivis berkumpul bagi menunjukkan solidariti di hadapan lokap yang dihuninya.

Badrul (kanan)
yang lebih dikenali sebagai Chegubard mempersoalkan kenapa pemimpin
Umno yang didakwanya berulang kali mengeluarkan ucapan berbaur perkauman
dan kebencian antara agama tidak dikenakan sebarang tindakan walaupun
ratusan laporan polis dibuat.
"Malah pemimpin Umno,
proksi Umno dan pemimpin mesra BN ini juga telah dilindungi dan kebal
dari hukuman, menjelaskan lagi betapa negara ini mempunyai dua set
undang-undang," katanya.
Dalam kenyataannya semalam, Barul juga membidas menteri dalam negeri yang baru Datuk Zahid Hamidi apabila "memilih untuk mula berkasar terhadap rakyat".
"Sedangkan ucapan Zahid Hamidi sendiri harus mengundang hasutan apabila mengarahkan rakyat meninggalkan negara ini sekiranya tidak setuju dengan 'demokrasi yang mati'," katanya, merujuk kepada tulisan kontroversi Zahid di Utusan Malaysia baru-baru ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan