Polis
Perak hari ini mengesahkan kertas undi yang dibawa keluar petugas
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)
Manjung semalam adalah kertas undi yang belum digunakan.
Jurucakap media pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kontinjen Perak Supt Maszely Minhad berkata tindakan itu untuk tujuan semakan dan dibenarkan seperti yang dinyata dalam buku panduan pegawai pengurus, bab enam para dua di bawah tajuk 'menyemak keperluan dokumen dan peralatan pilihan raya oleh ketua tempat mengundi'.
"Kertas undi dalam kotak itu bukan kertas undi awal... ia adalah kertas undi yang belum digunakan untuk tujuan semakan," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak hari ini.
Katanya kejadian itu adalah salah faham dan polis tidak membuka kertas siasatan mengenai kes berkenaan.
Semalam, seorang calon daripada parti yang bertanding membuat laporan polis kira-kira pukul 2.30 petang, mengenai tindakan pihak SPR mengarahkan petugasnya mengeluarkan kotak-kotak berisi kertas undi di IPD Manjung.
Dalam kes berasingan, seorang pekerja kedai makan berumur 30 tahun cedera pada bahagian muka, mata kanan, hidung dan dahi akibat dipukul beberapa lelaki lain di Dataran Malim Nawar, Kampar dekat Ipoh semalam.
"Mangsa dalam konvoi motosikal dari pekan Malim Nawar menuju Dataran Malim Nawar. Sebaik tiba di dataran mangsa dapati ada sebuah motosikal jatuh dan mangsa cuba menolong namun sebaliknya mangsa dipukul oleh beberapa orang lelaki," katanya.
Beliau berkata polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga setahun atau denda hingga RM2,000, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
- Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan