Timbalan
Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Norman Zahalan hari ini menafikan
terlibat dengan kekecohan pada Isnin malam lalu dalam acara nyalaan
lilin bagi menunjukkan kebersamaan dengan aktivis Adam Adli Abdul Halim
yang ditahan polis di Kuala Lumpur.
Adam kini ditahan di lokap di Jinjang, Kepong bawah akta hasutan.

Norman
hari ini membuat laporan polis di balai polis Sungai Nibong terhadap
anggota Parlimen Serdang Ong Kian Ming yang dalam tweetnya mendakwa
Norman terlibat dengan insiden gangguan oleh sekumpulan 15 individu.
Norman juga membuat laporan, kereta Proton Perdana beliau rosak, dengan cermin depan berkecai selepas insiden itu.
Acara
yang dihadiri kira-kira 30 orang di depan Universiti Sains Malaysia
(USM) itu turut menyaksikan dua wartawan dikasari oleh kumpulan
pengacau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan