Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

22.5.13

Pegawai SPR didakwa buka beg kertas undi

Seorang pemimpin cabang Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendakwa pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya membuka beg mengandungi kertas undi yang disimpan di pejabat jajahan di Ketereh, Kelantan dalam kejadian pada 7 Mei tanpa kebenaran dari Mahkamah Tinggi.



Ketua AMK Ketereh Mohd Sukirman Mustafa memberitahu Malaysiakini, beberapa orang anggota parti dan orang awam membuat laporan polis berhubung kejadian itu pada 16 Mei.

Menurut Sukirman, pegawai SPR hadir bersama anggota polis dan mendakwa memperolehi arahan dari pegawai atasan untuk berbuat demikian, walau peraturan pilihan raya menetapkan bahawa beg kertas undi hanya boleh dibukan dengan perintah Mahkamah Tinggi.

Bagaimanapun, pegawai yang membuka materi keselamatan di beg berkenaan tidak mengeluarkan apa-apa daripada beg yang disimpan di pejabat Majlis Daerah Ketereh.

“Mereka hanya membuka beg dan menyelongkar sedikit, tapi tidak mengeluarkan apa-apa,” kata Sukirman.

Katanya cabang PKR di situ dimaklumkan oleh seorang individu yang memberitahu bahawa beg tersebut dibuka oleh pegawai SPR pada kira-kira jam 11 pagi pada 7 Mei.

Sukirman berkata anggota PKR merakam gambar pegawai SPR tersebut yang membuka beg berkenaan dan kini menunggu penjelasan mengenai perkara itu daripada SPR.

Parti berkenaan kini menimbang untuk mengemukakan kes tersebut ke mahkamah. -MK

Tiada ulasan: