Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

3.5.13

Isteri Guan Eng botak kepala bantah politik wang


12:32PM Mei 3 2013  
PULAU PINANG: Lebih 100 penyokong Pakatan Rakyat, termasuk pemimpin DAP dan orang ramai, berkumpul di Kuil Kek Lok Si untuk menyaksikan 'protes botak', yang diketuai oleh Betty Chew - isteri Lim Guan Eng - untuk menentang politik wang.

NONE"Acara ini dianjurkan oleh mereka yang menentang politik wang, oleh penyokong kita dan bukan oleh parti," kata Betty selepas membotakkan kepalanya.
Sementara itu di Kota Kinabalu, seorang lagi pemimpin Cabang PKR di Sabah melompat parti untuk menyertai BN - kali ini di Papar.

Akhbar The Borneo Post melaporkan bahawa Abdul Aziz Abdul Hamid kini menyertai tiga lagi bekas pemimpin cabang PKR yang melompat parti selepas hari penamaan calon.

Papar ditandingi oleh calon sekutu baru Pakatan Rakyat PPPS, ahli politik veteran Datuk Yahya Lampong atas tiket PKR.

NONEBeliau berdepan dengan penyandang Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.
 
Akhbar itu juga melaporkan bahawa calon Bebas Api-Api, Marcel Jude
Joseph (kanan) telah memfailkan saman terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya membuang 60,673 nama yang didakwa "meragukan" dalam daftar pemilih Sabah terutamanya di Api-api, Luyang dan Kota Kinabalu.

Peguam itu berkata, ini termasuk  pengundi dengan alamat yang tidak lengkap, nama yang sama terdapat lebih daripada sekali, dan jantina yang salah dan lain-lain.

Tiada ulasan: