Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Zulkifli Noordin berkata ini kerana tindakan Anwar itu adalah penghinaan kepada rakyat Malaysia yang memilih Barisan Nasional (BN) untuk terus berkuasa.
"SPR perlu menyaman Anwar dan polis perlu mengambil tindakan mengikut undang-undang sedia ada terhadap Anwar kerana terus mempertikai keputusan PRU13.
"Cara yang dia (Anwar) buat sekarang adalah menghina dan mengkhianati rakyat Malaysia," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program 'Wacana Post Mortem PRU13: Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah' anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung dan Persatuan Alumni Universiti Teknologi Mara hari ini.
Pakatan pembangkang mengadakan perhimpunan membantah keputusan PRU13 di Stadium Kelana Jaya, Rabu lepas, semalam di Pulau Pinang, dan hari ini dilapor akan berbuat demikian di Ipoh.
Zulkifli, yang juga bekas Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu, berkata siasatan suruhanjaya khas berkaitan dalang insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah perlu disegerakan bagi mengheret pihak terbabit ke muka pengadilan.
Beliau berkata ini penting kerana terdapat dakwaan pemimpin pembangkang terbabit dalam isu insiden itu, yang mengorbankan lapan anggota polis dan dua anggota tentera terkorban selepas bertempur dengan musuh.
- Bernama
Mamat Jambu · Pengulas Tertinggi
rakyat
berhak berhimpun yatakan bantahan..spr kena ler siasat undi yg tipu
2..rakyat sukarela keluar..tandanya spr memang xbetul...bukan sedikit
keluar 2..ratus ribu...kalau Bn benar ..tunjukkan rakyat yg sokong tanpa
di bayar mcm di kelana jaya...buktikan sokongan ,bukan di paksa2!!
Shaifuddin Qudeen · Pengulas Tertinggi · High School Klang
sampai bila msia khasnya melayu nak maju dan ada tamadun sendiri...tak habis2 punyai sikap tamak haloba dgn kuasa tp syg kuasa yg diamanahkan digunakan utk kepentingan diri, keluarga dan kroni....mrk ni gunakan Islam utk menipu org melayu....kesian org melayu mudah ditipu dek propaganda puak munafik ni....dah jelas spr menipu...dah jelas ada projek ic di sabah...tp puak ni tanpa rasa malu....menipu rakyat yg mrk la pembela bangsa, agama dan negara...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan