Posted on Friday, April 19 @ 19:59:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: DUKUNPASIR
"AKAN TERLERAIKAH FITNAH MEREKA BILA JADI BEGINI?
Penulis tak mahu ulas panjang isu DAP menggunakan lambang PAS ,cuma penulis nak ulas ialah .....GEMBIRA kerana KESANNYA AMAT BESAR pada perjuangan Pakatan Rakyat dan kesannya AMAT BURUK pada Barisan Nasional.......
TERKINI dari Dato Nik Aziz
Penggunaan Logo PAS Oleh Calon DAP : Akhirnya Roket Mendarat Di Bulan
Saya
membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi DAP Karpal Singh pada
petang ini bahawa calon-calon DAP akan menggunakan logo PAS di
Semenanjung Malaysia dan logo PKR di Sabah dan Sarawak di dalam
pilihanraya umum 5 Mei ini. Ini berikutan sehingga jam 3 petang hari
ini, DAP belum mendapat mendapat sebarang respon penarikan balik surat
penggantungan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti itu daripada
Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan juga tiada tanda-tanda surat itu akan
tiba.
Saya
ingin melahirkan simpati kepada DAP di atas tragedi yang menimpa mereka
di saat-saat akhir penamaan calon besok hari. Sudah tentu tidak dapat
dibayangkan kesedihan yang melanda ekoran terpaksa mengenepikan lambang
rasmi yang telah digunakan zaman berzaman. Isu logo sekalipun mungkin
nampak kecil bagi sesetengah pihak, tetapi ia melambangkan maruah dan
harga sebuah perjuangan.
Dari
sudut yang lain, kesediaan DAP menggunakan logo PAS ini saya sifatkan
sebagai detik bersejarah dalam perjuangan PAS semenjak lebih separuh
abad ia ditubuhkan. Dalam melayari bahtera politik tanah air, PAS dan
DAP sering dilagakan oleh UMNO/Barisan Nasional. Di hadapan bangsa
Melayu, pemimpin UMNO menakut-nakutkan mereka dengan bahaya DAP dan
begitu juga sebaliknya di hadapan bangsa Cina, mereka digembar-gemburkan
dengan imej PAS sebagai taliban, radikal dan sebagainya. Natijahnya,
Melayu Islam dan bukan Melayu terus hidup dalam keadaan syak wasangka
antara satu sama lain.
Hari
ini, benteng tersebut telah runtuh sepenuhnya. DAP tanpa takut-takut
lagi telah merobohkan persepsi ini apabila bertindak berani memilih logo
PAS untuk bertanding di kawasan-kawasan yang telah diperuntukkan kepada
mereka khususnya kawasan yang mempunyai majoriti pengundi Cina. Saya
kira, inilah saat di mana perjuangan PAS sudah tidak menjadi kegerunan
lagi kepada bangsa Cina. Sekalipun ia masih belum diterima sepenuhnya,
namun sedikit demi sedikit ia telah hilang.
Saya
mengimbau kembali saat ketika Perjanjian Hudaibiyyah dimeterai antara
Rasulullah SAW dan orang-orang Musyrikin Mekkah. Kabilah-kabilah Arab di
sekitar Madinah yang masih belum memeluk Islam mengambil keputusan
untuk bernaung di bawah naungan kerajaan Islam Madinah. Di saat itulah,
sahabat-sahabat Rasulullah SAW diuji dengan rasa terhina akibat melihat
secara zahir bagaimana perjanjian tersebut berat sebelah. Namun
kesabaran mereka segera diganjari oleh Allah SWT apabila perjanjian
tersebut membuka peluang Rasulullah SAW menakluki kota Makkah apabila
perjanian tersebut dilanggar di mana Bani Khuzaah yang masih belum
memeluk Islam dan berlindung di bawah naungan Islam diserang oleh kaum
Musyrikin.
Alhamdulillah,
ketika UMNO masih menjaja keris tumpulnya merata-rata, perjuangan PAS
sudah mula diterima di kalangan non muslim. Ketika UMNO main kayu tiga
dengan perjuangan bangsa Melayu, PAS terus ke hadapan membawa misi
dakwah dengan slogan PAS for All. Non Muslim di sana sini tidak lagi
segan silu membawa bendera PAS dan sebaliknya tidak pernah kita saksikan
mereka membawa bendera keris tidak bersarung milik UMNO.
Saya
yakin, benih Islamphobia yang disemai UMNO semakin mati tunasnya.
Keputusan DAP ini insya-Allah satu rahmat besar buat PAS. Ia sebenarnya
rezeki buat perjuangan Islam. Mungkin Barisan Nasional merasakan langkah
ini bakal membantutkan gerak langkah Pakatan Rakyat, namun sesungguhnya
ia mengandungi rahmat yang sangat besar. Jika Perjanjian Hudaibiyyah
membuka jalan kepada pembukaan kota Makkah, maka tidak mustahil langkah
kerajaan Barisan Nasional ini sedang membuka kepada pembukaan Putrajaya
dan pembinaan Malaysia Baru. Tidak mustahil tarikh 6 Mei 2013 nanti,
perayaan besar-besaran kemenangan rakyat akan berlangsung di seluruh
negara menyaksikan keruntuhan Barisan Nasional.
Yakinlah
keputusan ini membuka pintu sejarah yang akan dikenang zaman berzaman.
Inilah saatnya di mana akhirnya roket berjaya mendarat di bulan!
Salam hormat,
NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)
Bertarikh : 8 Jamadil Akhir 1434H bersamaan 19 April 2013M
Tiada ulasan:
Catat Ulasan