Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

19.4.13

DAP Semenanjung Guna Logo PAS.


Posted on Friday, April 19 @ 18:22:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Umum Oleh: mohdnoorawang

"

SEJARAH TERCIPTA. PARTI DAP di Semenanjung menggunakan logo PAS. Semua calon DAP yangb bertanding dalam pilihanraya umum ke-13 menggunakan logo PAS.

PAS dan DAP bijak menghadapi suasana yang getir. Satu keputusan yang baik syabas kepada pemimpin PAS pusat. Jelas setiakawan dan persahabatan makin erat.

Disaat DAP akan dipancung pada 5/5/2013 oleh ROS yang didalangi oleh BN/UMNO kita menghulur jambatan emas sebagai menyelamat pakatan rakyat dalam cita cita menawan Putrajaya.

Barisan Nasional telah terhidu kekalahan pada pilihanraya umum ke-13. Malah pengkaji politk semasa meramalkan Pakatan Rakyat mendapat 145 kerusi parlimen.

Dengan cara mengheret DAP dalam akta ROS, semua calon DAP akan terbatal jika calon DAP bertanding menggunakan logo DAP. Inilah perangkap ROS yang dihidu oleh DAP dan pakatan Rakyat.

DAP mengambil jalan selamat dan menyelamatkan semua calon DAP yang bertanding kerusi DUN dan Parlimen dengan menggunakan simpol atau logo PAS pada 5/5/2013.

Cabaran kepada pemimpin PAS dan penyokong PAS disegenap bandar, desa, kampung dan desa bagi menerangkan mengapa dan sebabnya kepada pengundi Melayu, China seluruh Malaysia.

Memang ada sedikit kekeliruan. Malah pemgundi China mungkin keliru, pengundi Melayu pula terkejut. Kita mengharap semua pengerak parti paktan rakyat dibekal dengan maklumat dan mengapa kes yang sedemikian menimpa DAP.

Inilah kerja Barisan nasional dan UMNO bagi mengagalkan pakatan rakyat menawan Putrajaya.
Ayuh kita bangkit dan bangkit dengan sejuta kesabaran dengan satu tekad mahu menjatuhkan kerajaan rasuah barisan nasional dan umno pada 5/5/2013. 
"

Tiada ulasan: