Posted on Friday, April 19 @ 20:04:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: fairuzhafeez
"KUALA LUMPUR, 19 APR: Parti Tindakan Demokratik (DAP) mengesahkan akan bertanding menggunakan logo PAS pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) 5 Mei ini. Ini berikutan kegagalan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk menarik balik notis terhadap DAP seperti yang dituntutnya, semalam.
Ketika
dihubungi media, Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, keputusan itu
diambil kerana ‘tiada tanda-tanda surat itu akan ditarik balik oleh
ROS’.
“Kami akan teruskan apa yang diputuskan
semalam dan bertanding menggunakan lambang PAS di Semenanjung dan PKR di
Sabah dan Sarawak,” ujar beliau. ROS menghantar notis pada petang 17
April lalu mengatakan Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP tidak diiktiraf,
walaupun pada paginya bersetuju menangguhkan siasatan terhadap DAP
sehingga selepas pilihan raya umum.
Berikutan
tindakan yang disifatkan bermotif politik itu, DAP pada sidang media di
Ibu Pejabat DAP semalam; Setiausaha Agung PAS dan PKR bersetuju
mengeluarkan watikah membenarkan penggunaan logo parti itu bagi membantu
DAP yang teraniaya akibat kekalutan Barisan Nasional (BN).
– Roketkini.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan