Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

28.6.13

SEB: Gangguan mungkin bermula dari loji Bakun


 
Penurunan frekuensi pada sistem tenaga yang mencetuskan gangguan bekalan elektrik di sebahagian besar kawasan di Sarawak petang semalam mungkin bermula dari loji hidroelektrik Bakun, kata Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Energy Berhad (SEB) Torstein Dale Sjøtveit.

Beliau berkata sistem itu terpelantik yang membawa kepada kegagalan keseluruhan sistem SEB dan semua stesen SEB mengalami gangguan termasuk di Sejingkat di Kuching, Batang Ai, loji arang batu Mukah selain loji gas Bintulu dan Miri.

"Punca insiden yang bermula 5.36 petang masih belum diketahui sepenuhnya tetapi dengan fakta yang diperoleh setakat ini, kelihatan seperti penurunan frekuensi mungkin bermula dari loji hidroelektrik Bakun," katanya dalam kenyataan yang dihantar melalui e-mel kepada Bernama di Kuching.

Sambil memohon maaf atas kesulitan dan kerugian yang dialami pengguna akibat gangguan bekalan elektrik itu, beliau memberi jaminan SEB akan melakukan yang terbaik bagi mengembalikan keadaan itu seperti sedia kala pagi ini berikutan masalah luar jangka yang dialami bagi memulihkan sistem itu.

Beliau berkata semua sistem penghantaran SEB termasuk talian penghantaran Kemena-Bintulu, dipulihkan beberapa jam pertama selepas sistem itu terpelantik tetapi ia hanya mampu mendapatkan semula bekalan melalui dua daripada empat unit bekalan tenaga Bakun selepas 11 malam tadi.

"Sistem itu masih tidak stabil akibat impak besar itu tetapi buat masa ini, saya mempunyai satu pasukan lebih daripada 30 orang kami yang terbaik di Menara Sarawak Energy di sini bagi melihat dan memulihkan sistem itu peringkat demi peringkat," katanya.

Katanya ratusan petugas SEB juga digerakkkan di seluruh Sarawak di stesen-stesen janakuasa dan stesen kecil bagi menyokong dan memantau pemulihan sistem.

Beliau memberi jaminan siasatan sewajarnya akan dijalankan dengan input pihak ketiga bagi memaksimumkan apa yang boleh dipelajari SEB daripada insiden yang sangat serius ini.

Bekalan tenaga hampir dapat dipulihkan sepenuhnya di bandaraya Kuching menjelang 10.45 malam tadi manakala bekalan tenaga di sebahagian kawasan di Miri dan Bintulu dapat dipulihkan dengan Sibu masih mengalami gangguan.

Di Lawas, pengguna tidak terjejas dengan insiden itu dan menikmati bekalan tenaga kerana kawasan itu tidak disambung dengan grid utama.

-Bernama

Tiada ulasan: