Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

28.6.13

Bekalan elektrik di Kuching pulih jam 10.45 malam


 
Bekalan elektrik di hampir seluruh kawasan bandaraya Kuching telah dipulihkan sepenuhnya setakat 10.45 malam tadi manakala beberapa kawasan kediaman di bandaraya Miri dan Bintulu dipulihkan secara berperingkat.

Bekalan elektrik di seluruh negeri itu terputus akibat litar di talian penghantaran Kemena-Bintulu terpelantik pada pukul 5.40 petang semalam.

Pengurus Komunikasi Korporat Sarawak Energy berhad (SEB) Ahadiah Zamhari memberitahu Bernama bahawa jurutera dan juruteknik SEB masih sedang berusaha untuk memulihkan bekalan elektrik di kawasan-kawasan lain di negeri itu.

Bagaimanapun, katanya bekalan elektrik di Sibu masih belum dipulihkan manakala Lawas tidak mengalami gangguan kerana bekalan elekrik ke bandar itu tidak disambung kepada grid utama.

Bekalan elektrik yang dipulihkan secara berperingkat di kawasan Kuching melibatkan Poh Kwong Park, Stampin, Matang Jaya, Desa Wira di Jalan Batu Kawa dan kawasan komersil Satok serta kawasan-kawasan kediaman di Miri.

Gangguan tersebut menyebabkan kesesakan lalu lintas sepanjang dua kilometer di jejambat Jalan Satok dan persimpangan Jalan Tun Abang Openg dan juga laluan lain kerana lampu isyarat jalan tidak berfungsi.

Sementara itu, seorang sumber memberitahu Kompleks Petronas Gas Asli Cecair (LNG) Bintulu besar kemungkinan tidak terjejas akibat gangguan bekalan elektrik kerana kompleks itu dirancang untuk menjana bekalan kuasa dalaman melalui turbin stim dengan kapasiti 1,200 Megawatt.

Beliau berkata gangguan bekalan elektrik itu tidak menjejaskan kompleks tersebut kerana ia tidak bergantung kepada sumber kuasa dari luar termasuk yang dibekalkan oleh SEB melalui grid utama.

Sementara itu di Bintulu, seorang penjawat awam Yati Jaya memberitahu Bernama bahawa bekalan elektrik dipulihkan sepenuhnya pada pukul 8.30 malam.

Di Miri, penduduk masih bergelap setakat 8.30 malam manakala di Limbang gangguan berlaku minimal sekitar pukul 6 petang tetapi kembali normal selepas itu.

-Bernama

Tiada ulasan: