Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

20.6.13

NIAT akan demo bantah Interlok, Tanda Putera


 
NGO Badan Hak Asasi Kaum India Kebangsaan (NIAT) merancang untuk mengadakan perhimpunan berhampiran bangunan Parlimen ketika Dewan Rakyat mula bersidang pada 24 Jun dengan membawa tiga tuntutan utama.
Pengerusi NIAT Datuk Thasleem Mohamed berkata, ia antara lainnya bagi menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC), meminta agar tayangan filem kontroversi Tanda Putera dibatalkan.

Selain itu, ia juga bagi mendesak agar novel karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Huseein, Interlok dihapuskan, katanya dalam satu sidang media hari ini.

"Memang (novel) sudah tidak digunapakai lagi. Tetapi ia masih ada dalam simpanan. Mungkin satu hari nanti akan diguna kembali. Jadi buku ini mesti dihapuskan," katanya.

Katanya, NIAT kini menunggu maklum balas dari Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berhubung permohonan mereka, dua hari lalu, untuk mengadakan perhimpunan di kawasan terbabit.

"Kita dah beri (surat) dua hari lepas tapi tak ada respon. Kita bagi pada datuk bandar DBKL," katanya dalam sidang media di Dewan Himpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur.

Selain itu, Thasleem juga berkata, surat permohonan sama juga diberi kepada Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan pada 14 Jun lalu berhubung perkara sama.

Bagaimanapun, pada 17 Jun, pihak polis daerah Sentul membalas surat tersebut dengan mengatakan bahawa permohonan NGO itu tidak mengikut kehendak Seksyen 11 Akta Perhimpunan Aman 2102 kerana tidak menyertakan permohonan bertulis daripada pemilik tapak lokasi aktiviti yang ingin dijalankan.

"Tetapi masa menerima surat itu saya sudah cakap pada ASP Zakaria yang kami akan mengikut dan patuh pada semua arahan dan akta. Tidak akan sebabkan kesesakan lalu lintas dan sebagainya. Dan beliau bersetuju.

"Cuma sekarang ini ialah kami sedang tunggu surat daripada DBKL sahaja sebab dia pemilik tapak. Bila mereka (DBKL) sudah balas, polis pun boleh beri kebenaran. Buat masa ini ASP Zakaria hanya cakap boleh sahaja tapi tak ada surat lagi," katanya.

Menurut Thasleem, antara NGO yang akan turut serta pada perhimpunan tersebut ialah Jihad For Justice serta 15 NGO lain.

Beliau juga menjangkakan hanya seramai 200 orang peserta yang akan turut serta dalam perhimpunan Isnin depan bagi mengelakkan berlakunya kekacauan dan kesesakan lalu lintas.

Tiada ulasan: