Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

12.6.13

K'jaan tak akan lesenkan portal berita atas talian


 
Kerajaan tiada perancangan untuk memperkenalkan sistem pelesenan untuk portal berita atas talian, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Bercakap dalam majlis Anugerah Akhbar MPI-Petronas di Kuala Lumpur malam ini, Najib berkata, kerajaan akan meneruskan penggunaan undang-undang sedia ada bagi memastikan tiada batasan perundangan dilangkaui oleh entiti media.

"Kita akan kuatkuasakan undang-undang untuk memastikan tiada sesiapa pun menggunakan isu kaum atau bahasa untuk menyebarkan ketidakharmonian dalam negara atau bertindak menentang amalan demokrasi berparlimen," katanya.

Semalam, Menteri Komunikasi Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dilapor berkata, kerajaan tidak mempertimbangkan untuk menggubal undang-undang bagi mengawal media Internet.

Beliau diminta menjelaskan perkara itu, susulan kenyataan menteri berkenaan pada Isnin lalu bahawa kerajaan BN sedang mengkaji kemungkinan mengawal portal berita seperti yang dijalankan di Singapura.

Singapura mengumumkan bahawa semua portal berita di negara itu, yang mencapai sekurang-kurangnya 50,000 pembaca sebulan, perlu mendapatkan lesesn dari pihak berkuasa.

Dasar yang berkuatkuasa pada 1 Jun itu dilihat oleh pemerhati sebagai usaha Parti Tindakan Rakyat Singapura untuk mengawal penentangan dari kalangan warga maya.

Tiada ulasan: