Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

9.6.08

BioFuel & BioDiesel

Jika kita amati tanggal artikel ini keluarkan telah bertahun lamanya, kita tidak nampak apakah perkembangan positif tentang kajian & penyelidikkan ini. Yang kita dengar kilang membuat biodiesel kerugian.

Terkini kita terperangkap dengan harga petrol yang menyiksa rakyat marhaen. Bagi golongan berada di Malaysia memang tidak terasa sangat akan kenaikkan minyak & harga barangan. Golongan marhaen seperti Peluit yang sakit & tenat meniti hidup ini.


05/07/2006 Rabu

Datuk Dr. Yee Moh Chai (Kota Kinabalu) minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan apakah dasar yang sedia ada mengenai 'bio-fuel'.

JAWAPAN :

Tuan Yang Dipertua,

Untuk makluman Yang DiPertua dan Ahli Yang Berhormat, Kementerian saya telah merangka Dasar Biofuel Negara dan ianya telah diedarkan kepada awam mulai 21 Mac 2006 semasa pelancaran ENVO Diesel oleh YAB Perdana Menteri di Putrajaya. Dasar ini menetapkan hala tuju industri biodiesel/biofuel negara yang bertujuan untuk mengurangkan penggantungan kepada bahanapi fosil, dan menggalakkan penggunaan bahanapi bio berasaskan sawit sebagai bahanapi yang mesra alam dan boleh diperbaharui.


Dasar Biofuel Negara menetapkan dua strategi iaitu Biofuel bagi penggunaan dalam negara dan untuk pasaran eksport. Untuk kegunaan tempatan, Kerajaan telah menetapkan agar penggunaan biofuel dimulakan dengan adunan B5 yang dipanggil ENVO Diesel iaitu adunan 5% minyak sawit proses (Refined, Bleached, Deodorised Palm Olein – RBDPO) dengan diesel petroleum.


Untuk pasaran eksport pula, Kerajaan menggalakkan penubuhan kilang-kilang biodiesel di Malaysia untuk memproses dan mengeluarkan biodiesel iaitu metil ester berasaskan minyak sawit. Produk ini mempunyai pasaran yang luas dan berpotensi terutamanya di negara-negara Eropah, Korea Selatan dan Taiwan. Pasaran biodiesel ini harus dititikberatkan memandangkan Malaysia adalah pengeluar terbesar minyak sawit dunia dan mempunyai bekalan minyak sawit yang cukup untuk diproses dan dijadikan biodiesel. Tambahan pula, harga biodiesel yang tinggi dapat memberi pulangan kepada nilai eksport Negara, disamping mempelbagaikan penggunaan minyak sawit. Walau bagaimanapun, Kementerian saya memandang berat akan keperluan minyak sawit untuk industri lain termasuk industri minyak masak dan oleokimia. Sehubungan itu, pertumbuhan kilang-kilang biodiesel akan dipantau dan diuruskan sebaik mungkin bagi memastikan bahawa bekalan minyak sawit mencukupi, baik untuk pengeluaran biodiesel, mahupun untuk tujuan makanan dan kegunaan-kegunaan lain.


Kerajaan juga menggalakkan penyelidikan dan pembangunan mengenai biofuel. Ini termasuk penyelidikan dan pembangunan dalam pengekstrakan produk-produk tambah nilai seperti glycerin, vitamin E, karotena dan lain-lain komponen bernilai daripada minyak sawit semasa proses pengeluaran biodiesel.


Dengan pelaksanaan usaha-usaha pengeluaran dan penggunaan biofuel dan biodiesel, negara akan dapat menjana industri pertumbuhan baru, mengurangkan kesan kenaikan harga minyak dan menyumbang kepada pengurangan pengeluaran gas-gas rumah hijau. Dengan perkembangan industri biofuel/biodiesel, permintaan untuk minyak sawit akan meningkat dan mudah-mudahan akan dapat menstabilkan harga minyak sawit pada paras yang lebih tinggi.


Ministry Of Plantation Industries and Commodities

2 ulasan:

anis berkata...

Salam, syarikat kami adalah salah sebuah pengusaha kilang biodiesel.Rasanya, kami mungkin tidak dapat bertahan lagi dengan keadaan yg terlalu meruncing,harga CPO,tak dapat subsidi minyak masak, bekalan gas tidak diperoleh, Indonesia menjalankan penstrukturan cukai eksport sawit dll.
Dahulu, industri yang telah mendapat sokongan dr kerajaan ini, dan kami sebagai syarikat bumiputra telah menyahut seruan kerajaan untuk menggalakkan penubuhan kilang biod.
Boleh kami tahu, saluran manakah yang boleh membantu kami dan bgaimanakah kami ingin menyelamatkan periuk nasi pekerja2 kami?

mintak tolong bg panduan,tima kasih

RangBulan berkata...

Cuba mengadu kepada Biro Pengaduan Awam di JPM di sana insya-Allah mereka akan cadangkan di mana boleh merujuk masalah tuan... google Biro Pengaduan Awam dan buat aduan melalui online biasanya dalam tempoh 5 hari masalah tuan akan selesai. Cubalah.