Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

1.4.10

Kahwin Ketika Mengandungkan Anak Zina

Soalan

Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya
seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?


Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia
mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?

Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?

ammar : http://www.ammarsunnisalafi.blogspot.com/

Jawapan:

Penulis berpendapat bahawa dibenarkan untuk perempuan itu berkahwin terumatanya dengan lelaki yang telah menyebabkannya mengandung dan perkahwinan itu adalah sah.Tetapi andaikata dia berkahwin dengan selain dari lelaki yang menyebabkannya mengandung, maka tidak dibenarkan bersetubuh kecuali setelah melahirkan anak.

Berikut adalah penjelasnnya.

Ulama’ bersepakat bahawa perempuan yang diceraikan oleh suaminya ataupun kematian suami maka perempuan itu haram berkahwin selagi beada didalam tempoh iddah.Tetapi mereka berbeza pandangan berkenaan perempuan yang berzina , adakah diwajibkan untuk menunggu sehingga tamat tempoh iddah sebelum berkahwin ataupun dibenarkan berkahwin terus tanpa menunggu tamat tempoh iddah.

Pandangan ulama’ di dalam bab ini .

1 Abu Hanifah, Muhammad Bin hasan dan Abu Yusuf berpandangan bahawa perempuan yang mengandung disebabkan zina dibenarkan berkahwin tetapi tidak dibenarkan bersetubuh melainkan selepas perempuan itu melahirkan anak.(al-muhalla)

2 Imam asy-Syafie berpandangan perempuan yang berzina dibenarkan untuk berkahwin dan terus bersetubuh dengan suaminya kerana hubungan zina tidak menyebabkan pertalian keturunan. (majmu’ al-fatawa)

3 Imam Malik dan Ahmad berpendapat diharamkan bagi perempuan yang mengandung anak luar nikah untuk berkahwin kecuali setelah melahirkan anak(al-muhalla & majmu’ al-fatawa)

4 Sebahagian Pendapat dari Ahmad dan Malik melarang perempuan yang berzina untuk berkahwin melainkan setelah menunggu sekali haid (istibra’) bagi memastikannya tidak mengandung(Majmu al-Fatawa)

5 Imam Zufar , al-Qadi Abu Ya’la dan sebahagian riwayat dari Ahmad dan Malik mewajibkan perempuan yang berzina menunggu sehingga tiga kali haid sebelum dibenarkan berkahwin (al-Muhalla & Majmu’ al-Fatawa)

Ulama’ yang mengharamkan perempuan yang mengandung anak luar nikah daripada berkahwin berpegang dengan ayat al-Quran

“Dan perempuan yang mengandung maka tempoh iddahnya adalah sehingga melahirkan anak”(At-Thalaq : 4)

Maka perempuan yang mengandung tidak dibenarkan berkahwin melainkan setelah melahirkan anak.

Bagi Ulama’ yang membenarkan perempuan yang mengandung anak luar nikah untuk berkahwin pula menyatakan bahawa ayat ini berkenaan dengan perempuan mengandung yang diceraikan oleh suaminya bukannya perempuan yang mengandung disebabkan zina. Disebabkan itu Allah menyebutkan di dalam ayat 6 Surah yang sama

“……Berikanlah mereka rumah kediaman sebagaimana yang kamu diami mengikut kemampuan kamu”

Terdapat khabar dari Umar yang membenarkan perempuan yang mengandung anak luar nikah untuk berkahwin.

Daripada Abu Yazid “sesungguhnya Siba’ bin Harith dengan anak perempuan Mauhib Binti Rabah sedangkan dia mempunyai anak perempuan dengan suami yang terdahulu. Begitu juga Siba’ mempunyai anak lelaki dengan isterinya yang terdahulu. Maka kedua-dua anak mereka berzina sehangga mengandung. Mereka dibawa kepada Umar Al-Khattab untuk diputuskan hukuman , maka Omar menjalankan hukuman hudud dan mengarahkan mereka untuk berkahwin tetapi lelaki itu enggan berkahwin.(Al-Muhalla).

Bagi mereka yang berkahwin dengan perempuan yang mengandungkan anak luar nikah, sedangkan dia bukan merupakan bapa kepada anak yang dikandungkan perempuan itu, tidak dibenarkan bersetubuh dengan perempuan itu melainkan setelah perempuan itu melahirkan anak. Sebaliknya jika perempuan itu tidak mengandung , dibenarkan untuk berkahwin dengannya dan bersetubuh dengannya setelah kedatangan haid sekali (setelah dipastikan bahawa perempuan itu tidak mengandung). Ini merupakan sebagaimana disebutkan didalam hadith

Daripada Ruwaifi’ Bin Tsabit , Rasulullah bersabda “Tidak dihalalkan kepada seseorang yang beriman dengan Allah dan hari akhirat menyiramkan airnya di kebun orang lain (bersetubuh dengan perempuan yang mengandungkan anak orang lain) , bersetubuh dengan perempuan tawanan perang melainkan setelah dipastikan perempuan itu tidak mengandungkan anak orang lain dan menjual harta rampasan perang melainkan setelah dibahagikan (kepada sesama tentera)”

(Riwayat Abu daud , Ahmad , al-Baihaqi , Ibn A’tsir [Jami' al-usul]).

Adalah tidak tepat untuk dikatakan bahawa tujuan utama diwajibkan perempuan yang bercerai menunggu sehingga tamat tempoh iddah sebelum berkahwin dengan orang lain adalah untuk memastikan rahimnya suci dari mengandungkan anak orang lain kerana beberapa alasan.

1) Tempoh sekali haid(istibra’) sudah memadai untuk memastikan bahawa perempuan itu telah suci dari mengandungkan anak orang lain

2) Tempoh iddah yang berbeza-beza bagi perempuan yang diceraikan (3 quru’) dan kematian suaminya (4 bulan 10 hari) menunjukkan bahawa iddah dijalankan kerana mengikut perintah Allah bukannya kerana tujuan utama lain.

3) Ibn Abbas , Uthman dan Ibn Umar berpandangan bahawa setelah khulu’ (perempuan membayar sejumlah pampasan dan meminta supaya suaminya menceraikannya) perempuan itu hanya perlu menunggu tempoh istibra’ sahaja sebelum berkahwin dengan orang lain (majmu’ al-fatawa) (Hadith Abu Daud dan At-Tirmidzi)

Maka iddah ini hanya diwajibkan untuk perempuan yang bercerai setelah berkahwin sahaja. Bukannya untuk perempuan yang berzina dan tawanan perang.


Hukum menikahi pasangan yang sedang hamil anak luar nikah.


Sah pernikahan dengan syarat si pasangan bertaubat dan jika wanita itu berkahwin dengan pasangan yang bukannya pemilik benih kandungannya, wajiblah ia ( si suami ) menjauhi wanita itu ( isteri ) sehinggalah ia bersalin"


2 apa hukum/ status anak tu di binkan dengan bapak dia...??
and hukum anak tu sendiri di lahirkan di bumi Allah ni...??

Tidak ada anak atau zuriat yang dilahirkan ke dunia berstatus haram, bahkan kedudukan setiap insan disisi Allah adalah sama tidak kurang sedikitpun.

Bahkan tidaklah mengikut fitrah dan syariat jika seseorang itu disebut dengan anak haram kerana tidak ada seorangpun ingin lahir ke dunia dalam keadaan dan berkedudukan haram.

Sebenarnya anak yang lahir melalui perzinaan adalah anak yang suci seperti anak-anak yang lain, cuma yang haram adalah pekerjaan zina yang dilakukan kedua pasangan antara lelaki dan wanita yang menyebabkan lahirnya anak tersebut.

Kikislah jauh-jauh anggapan yang keliru yang selama ini menjadi anggapan umum tentang kedudukan anak luar nikah ini. Tidak berdosa memegang anak luar nikah, bahkan mendapat pahala jika kita menyantuni anak-anak tidak kira anak luar nikah atau anak yang diperolehi melalui pernikahan yang sah.

Begitu juga memakan hasil masakannya tidak salah bahkan sama kedudukannya kita memakan makanan yang dimasak oleh orang lain. Jika bacaan al Qurannya baik, maka adalah lebih baik kita mengikutinya dan melantiknya sebagai imam.

Anak luar nikah ertinya kehamilan yang terjadi pada wanita tersebut tidak melalui pernikahan yang sah, yang hanya menyebabkan terhalangnya pembahagian harta pusaka menurut hukum faraid.

**Jika orang yang berzina tersebut menikah setelah kehamilan, dan setelah berlalu enam bulan isterinya melahirkan anaknya tadi maka anak tersebut boleh di BIN kan kepada bapanya.

**Jika isterinya melahirkan anak kurang dari tempoh enam bulan menurut mazhab Imam Syafei anak tersebut tidak boleh di bin kan kepada bapa terlibat sebaliknya di bin kan dengan kepada ibunya.

Jadi jika pasangan ini telah menikah ketika masa hamil hasil daripada perzinaan tadi maka tidak perlulah menikah kembali setelah kelahiran anak. Dan anak yang lahir tetap anak manusia yang suci bersih dan bukan anak haram yang haram adalah pekerjaan zina yang dilakukan kedua pasangan tadi.

Jika seseorang menghina orang lain dengan sebutan anak haram, maka orang yang menghinalah yang berdosa sedangkan anak tersebut tetap sebagai anak yang suci bersih di sisi Allah SWT.

Kembalilah kepada konsep ajaran Islam yang sebenarnya dan tinggallah perkara yang bersifat khurafat dan bid'ah serta hargai insan lain tidak kira apakah mereka anak yang lahir hasil perzinaan ataupun lahir melalui pernikahan yang sah.

Sesungguhnya tidak ada perbezaan antara keduanya di sisi Allah melainkan ketaqwaan kepada Allah SWT.


Wallahu A'lam.

Pertanyaan : Assalammualaikum Ustaz... Saya ingin bertanyakan persoalan berhubung dengan kes adik saya yang sudah terlanjur 7 bulan. Menurut pejabat agama negeri kedah bebaru ini bayi tersebut tidak boleh dibinkan atau dibintikan walaupun dibintikan abdullah @nama asmaul husna sebab melebihi 6 bulan.Tapi bebaru ni pihak ustaz ada menyatakan anak tersebut boleh dibinkan abdullah@asmaul husna, adakah ini disebabkan pernikahan diadakan di Wilayah Persekutuan@Selangor? Sebab adik saya risau pasal surat beranak tidak dpt dikeluarkan jika tidak boleh dibinkan@dibintikan anak tersebut.

Jawapan: Anak yang lahir melebihi 6 bulan 1 saat dari tarih perkahwinan adalah boleh dibinkan dengan ayah bersetubuh (berzina) dengan ibunya serta boleh menerima harta pesaka tarmasuk mewalikan anak tersebut jika ia perempuan menurut pendapat Mazhab Syafie. Tetapi jika ia kurang dari 6bulan 1 saat maka ia tidaklah boleh di binkan atau menerima harta pesaka kecuali pemberian semasa hidup atau mewalikan anak perempuannya selain dari menggunakan wali hakim. Dalam soal membinkan anak tersebut samaada kurang atau lebih dari 6 bulan adalah bergantung kepada bahagian pendaftaran kelahiran Jabatan Pendaftaran Negara. Dalam kes-kes tertentu terdapat juga ruang yang membulihkan dimasukkan nama ayah dalam surat pendaftaran kelahiran (surat beranak) atas pengakuan sumpah ayah tersebut yang mengaku bahawa bayi yang dilahirkan tersebut adalah anaknya."

Wali Bagi Anak Luar Nikah


Soalan:

Bolehkah seorang ayah menjadi wali bagi anak perempuannya yang luar nikah?

Samsani, Muar

Jawapan:

Bagi anak-anak yang lahir hasil dari perzinaan yang mana pasangan yang berzina itu tidak melangsungkan perkahwinan selepas itu, ia tidak boleh di "bin" kan baik kepada bapa yang menzinai ibunya mahupun dengan bin Abdullah sebaiknya ia dibinkan kepada ibunya sahaja.

Jika sesuatu pasangan melakukan zina, kemudian berkahwin setelah berlalu enam bulan dua lahzat, isterinya melahirkan anak maka anak itu boleh di "bin" kan kepada bapanya. Jika isterinya melahirkan anak kurang dari tempoh enam bulan dua lahzat menurut mazhab Syafei anak tersebut tidak boleh di "bin" kan kepada bapa terlibat, sebaliknya hendaklah di "bin" kan kepada ibunya.

Oleh kerana anak itu tidak boleh di "bin" kan kepada bapanya disebabkan tidak sabit keturunan kerana lahir kurang dari tempoh yang telah ditetapkan oleh fuqahak As Syafei di atas, maka bapanya itu halal berkahwin dengannnya kerana ia tidak dikira sebagai anaknya.

Dari keterangan di atas dapat diambil kesimpulan jika anak tersebut boleh di "bin" kan dengan bapanya lantaran kelahiran anaknya setelah berlalu tempoh enam bulan, maka bolehlah bapa tersebut menjadi wali bagi anak itu. Namun jika kurang dari tempoh tersebut maka tidak berhak ia menjadi wali terhadap wanita itu lantaran tidak ada apa-apa hubungan keturunan.

Wallahu A'lam.
"

5 ulasan:

abuhusnie berkata...

Salam,
Pasangan lelaki dan perempuan ini terlanjur sehingga menyebabkan si perempuan mengandung. Ketika kandungan itu berusia dalam 7 ke 8 bulan, mereka bernikah. Bolehkah anak ini di binkan dengan lelaki tersebut?
Minta penjelasan ustaz...

RangBulan berkata...

Salam, maaf saya orang biasa malu kalau dipanggil Ustaz;

Tak boleh dibinkan ayahnya!.

Kerana hanya anak yang lahir enam bulan dari tarikh pernikahan yang dibolehkan dibinkan dengan nama ayahnya.

Anak yang enam bulan lahir selepas bernikah bukan anak luar nikah atau anak haram!; ini mengikut fakwa Iman Syafie pun perundangan negara kita.

Jika tujuh ke lapan bulan baru bernikah pastinya sekitar sebulan atau dua bulan dari tarikh nikah anak ini akan dilahirkan.

Anak ini tetap anak luar nikah.

RangBulan berkata...

Salam, maaf saya orang biasa malu kalau dipanggil Ustaz;

Tak boleh dibinkan ayahnya!.

Kerana hanya anak yang lahir enam bulan dari tarikh pernikahan yang dibolehkan dibinkan dengan nama ayahnya.

Anak yang enam bulan lahir selepas bernikah bukan anak luar nikah atau anak haram!; ini mengikut fakwa Iman Syafie pun perundangan negara kita.

Jika tujuh ke lapan bulan baru bernikah pastinya sekitar sebulan atau dua bulan dari tarikh nikah anak ini akan dilahirkan.

Anak ini tetap anak luar nikah.

Tanpa Nama berkata...

Salam ,
Pasangan lelaki dan perempuan ini terlanjur sehingga menyebabkan si perempuan mengandung . Mereka masih belum bernikah dan anak yang dikandung perempuan tersebet telah selamat dilahirkan . minta penjelesan lebih lanjut tentang ini berdasarkan hukum , status sebenar situasi keadaan ini , adakah lelaki itu patut memberikan nafkah kepada perempuan & anak dia .

RangBulan berkata...

Jika belum bernikah dalam tempoh dibolehkan anak tersebut menjadi anak luar nikah. Maka hukum tidak terikat dengan ayah anak tersebut. Ini berpandukan hukum hanya jatuh ke ayah jika telah bernikah dalam tempoh disyaratkan.

Jika ayahnya mahu bertanggungjawab amatlah digalakkan bernikah sahaja dengan perempuan yang malang berkenaan sebagai sikap bertanggungjawab biarpun tidak wajib memberi nafkah.

Tetapi jika anak itu perempuan pastikan si ayah menjaga masalah aurat & sebagainya. Sebab anak tersebut tetap bukan mahramnya. Amat rumit masalah anak luar nikah ini. Sebab itu jika telah terlanjur cepatlah bernikah agar anak yang dikandung jangan sampai menjadi anak luar nikah.

(Pendapat peribadi mungkin ada ahli yang agama dapat menjelaskan)