Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

22.6.13

Husam ditahan mengikut Akta Hasutan


4:11PM Jun 22 2013  
Naib presiden PAS Husam Musa berkata beliau hari ini ditahan polis untuk siasatan mengikut Akta Hasutan.

Husam dalam satu kiriman SMS kepada Malaysiakini berkata, beliau kini dibawa ke balai polis Ampang dan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

Polis Diraja Malaysia dalam satu kenyataan petang ini menyebut, Husam ditahan pada jam 4 petang di Kampung Pandan, Ampang.

Polis juga mengesahkan bahawa Husam ditahan berhubung satu kenyataan berhubung kehadiran di perhimpunan 'Black 505' hari ini.

Dalam satu lagi kiriman SMS lewat petang ini, Husam berkata beliau dibawa dengan kenderaan polis ke Kota Bharu.

NONEButiran lanjut mengenai penahanan berkenaan masih belum diperolehi namun ia dijangka mempunyai kaitan dengan satu kenyataannya, seperti disiarkan Harakahdaily pada Isnin lalu.
Dalam kenyataan itu, Husam antara lainnya berkata: "Andaikata kita terkorban, atau satu daripada kita terkorban, insya Allah ia adalah syahid fi sabillah.

"Niat kita adalah penipuan pilihan raya mesti dihentikan dan sesiapa terlibat dengan penipuan ini mesti menerima tanggungjawabnya sekarang dalam sistem politik negara ini," tegas Husam.

"Kita boleh redha dengan kekalahan kita tetapi kita tidak diizinkan untuk redha dengan penipuan dan maksiat.

"Ini dua perkara yang berbeza. Kita boleh terima hakikat takdir yang telah ditentukan tetapi kalau penipuan demi penipuan, tiap-tiap kali pilihan raya Umno menang hanya dengan penipuan, wajib kita orang Islam tegak berdiri menentangnya," katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut.

Kenyataan itu menerima tentangan keras, antaranya dari seorang bekas pemimpin PAS Prof Madya Mohd Nor Deris yang mahu Husam disiasat kerana kenyataan yang didakwanya sebagai “fatwa sesat” itu. Menurut Mohd Nor, pandangan itu bercanggah dengan pegangan ahli sunnah wal jamaah dan tidak boleh dibiarkan.

Tiada ulasan: