Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

14.10.99

H-Net* Kenyataan Akhbar oleh Hajjah Marina Yusoff

ConcordeThu, 14 Oct 1999 12:24:13 -0700

Kenyataan Akhbar oleh Hajjah Marina Yusoff
Sedar dan Besarlah Hishammuddin
Saya merujuk kenyataan di dalam akhbar New Straits Tsimes bertarikh Rabu, 6 Oktober 1999 serta laporan polis yang dibuat ke atas saya oleh Pemangku Ketua Pemuda UMNO, Datuk Hishammuddin Tun Hussein yang merujuk kepada ucapan yang dibuat oleh saya di Pulau Pinang pada 29 September 1999.

Laporan akhbar New Straits Times pada 6hb Oktober 1999 dan media yang di-kuasai Kerajaan , termasuk Utusan Malaysia bertarikh 11 hb dan 12 hb Oktober 1999, adalah salah, mengelirukan dan juga berniat jahat serta bertujuan untuk menimbulkan hubungan buruk antara kaum. Hakikat bahawa pembohongan buruk ini yang telah menyebabkan Datuk Harun terlantar di hospital adalah suatu perkara yang amat serius dan seandainya berlaku sesuatu kepada Datuk Harun, saya memegang pihak UMNOlah yang bertanggungjawab, terutamanya Datuk Hishammuddin dan pasukan pemuda UMNOnya.

Saya amat memandang berat perkara ini dan tindakan yang tidak bertanggungjawab dalam memutar –belitkan keadaan sehingga menjadikannya suatu pembohongan jahat yang berhasrat untuk menimbulkan hubungan buruk antara saya dan Datuk Harun. Datuk Harun adalah pelanggan saya dalam satu kes undang-undang di mana Kerajaan dan pihak berkuasa telah gagal melaksanakan keadilan. Ini berlaku apabila beliau hampir tamat menjalani hukuman penjara dan hampir dibebaskan, pihak berkuasa dengan sengaja dan secara tidak sah mengubah dokumen penjara dengan memadamkan perkataan “serentak” (concurrent) dan menggantikannya dengan perkataan “berturutan” (consecutive), dengan itu memanjangkan hukuman penjaranya. Ini mengakibatkan ketidakadilan terhadap Datuk Harun.

Seperti yang diketahui umum, Datuk Harun pada pertengahan tujuh-puluhan, begitu berkuasa dan popular dan mungkin menjadi calun untuk Perdana Menteri. Pendakwaan memilih telah dilakukan terhadapnya untuk menjadikannya mangsa dan menghapuskan kareer politiknya, seperti yang berlaku terhdapa Datuk Seri Anwar.

Saya juga berpendapat kenyataan Datuk Seri Dr Mahathir sekiranya Barisan Nasional tidak memenangi Pilihanraya Umum nanti akan berlaku tumpahan darah seperti peristiwa 13 Mei sebagai ugutan terhadap masyarakat Cina dan merupakan satu kesalahan di bawah Akta Hasutan serta satu ancaman keselamatan terhadap negara.

Dengan menamakan saya sebagai pembelot kerana berani menyatakan kebenaran terhadap salah laku UMNO adalah amat tidak patut. Pembelot sebenar adalah Datuk Hishammuddin sendiri yang belot kepada perjuangan politik bapa serta datuknya, Datuk Onn bin Jaafar.
Bapanya, Tun Hussein Onn telah disalahkan oleh Dr Mahthir yang dalam antara lain skandal Maminco. Ini telah menghancurkan hatinya dan beliau menyesali tindakannya melantik Dr Mahathir sebagai penggantinya dan telah cuba sedaya upayanya untuk membetulkan kesilapannya. Bahkan semasa beliau meninggal dunia beliau tidak menyertai UMNO Baru di bawah kepimpinan Dr Mahathir. Dalam masa perjuangannya yang diteruskan dan dilaksanakan oleh Tengku Razaleigh, Datuk Hishammuddin masih terlalu kecil dan mentah untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku, terutamanya rusuhan 13 Mei.

Saya bertugas di Kuala Lumpur sebagai Peguamcara Jabatan, di Jabatan Amanah Raya pada 13 Mei 1969. Pada pagi itu beberapa orang termasuk dari Pemuda UMNO telah datang menemui saya dan menyuruh saya pulang secepat mungkin. Mereka memberitahu saya bahawa rusuhan akan berlaku oleh kerana semua pemuda Melayu telah dipanggil dan berhimpun secara besar-besaran di Kampong Baru. Disebabkan hasutan dari partipembangkang yang menang, pemuda Melayu telah merusuh.

Sungguhpun UMNO mungkin tidak menjangka peristiwa tersebut akan mengakibatkan pembunuhan dan tumpah darah, merekalah yang seharusnya bertanggungjawab terhadap peristiwa ini. Pihak yang berkuasa terutamanya pihak Polis sedar apa yang berlaku oleh kerana mereka telah mengeluarkan permit kepada UMNO untuk mengadakan perhimpunan dan perarakan di bandar. Dengan yang demikian pihak polis juga adalah sama bertanggungjawab kerana gagal mengawal keadaan.

Sekiranya UMNO Baru dan sayap Pemudanya terus menyalahgunakan undang-undang dan proses Kehakiman untuk kepentingan politik mereka dan menekan sesiapa yang menentang mereka, pada masa yang bersesuaian, saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Datuk Hishammuddin serta mereka yang bertanggungjawab terhadap pembohongan dan kenyataan palsu serta aduan polis yang palsu terhadap saya serta akibat dan kesan dari tindakan tidak bertanggungjawab mereka terhadap orang lain, seperti Datuk Harun.
Hajjah Marina Yusoff Naib Presiden, Parti Keadilan Nasional 11 Oktober 1999

1.2.99

Penginapan 5 bintang, harga satu bintang

2009/12/31


FALSAFAHNYA mudah - penginapan lima bintang pada harga satu bintang.

FALSAFAHNYA mudah - penginapan lima bintang pada harga satu bintang.

Selesai urusan daftar masuk, penulis diberikan kad akses mengandungi maklumat tempoh penginapan dan kredit jam penggunaan penghawa dingin pada harga IDR 50,000 (RM13 untuk 12 jam) atau IDR 83,000 (RM21) untuk 24 jam.

Tuala dikenakan bayaran kira-kira IDR 17,000 (RM4), manakala IDR 7,000 atau kurang RM2, untuk sehari.

Memikirkan caj tambahan di atas mungkin membuatkan anda mengeluh. Namun, ia memberikan penjimatan berganda kepada tetamu.

Bagi pengembara bajet, ia memberikan kelebihan. Bayangkan, berapa ramai mahu menggunakan pengering rambut terutama apabila ke Bali untuk meluncur air di pantai Kuta atau Legian.

Bagi memastikan kepuasan maksimum, katilnya dari jenama terkemuka dengan hamparan duvet putih dengan 250 bebenang digunakan.

Ruang mandinya selesa dengan pancuran air tekanan tinggi. Ia dipisahkan dari katil dengan pintu kaca dihiasi paparan identiti jenama hotel.

Namun, perkara yang paling menarik perhatian penulis adalah aspek keselamatan yang cukup diutamakan oleh pengurusan, memandangkan pulau itu pernah menjadi
saksi kepada dua tragedi pengeboman.

Semua pintu masuk dan laluan utama dipasang dengan sistem kamera litar tertutup, manakala penggera keselamatan akan berbunyi sekiranya pintu bilik tidak ditutup dengan betul.

Walaupun Bali dikatakan destinasi percutian selamat, pengurusan hanya membenarkan mereka yang memiliki kad elektronik melepasi lobi utama selepas tengah malam.

Ketua Pegawai Operasi Tune Hotels.com (Indonesia), Sendjaja Widjaja, berkata penginapan berlandaskan model penerbangan tambang murah AirAsia itu membenarkan tetamu memperuntukkan bajet kecil untuk penginapan.

"Kami menerapkan konsep 'kompleks beli-belah' dalam hotel dengan menyewakan ruang lantai kepada peniaga seperti produk Es Teler 77 (kafe), Mini Mart 24 jam (kedai serbaneka), Wellbeing Spa (spa kecantikan), Ceria Tramsport (pengangkutan) dan Aqua Marine Dive (selam skuba).

"Ini menyebabkan kami hanya perlu memfokuskan kepada penginapan," katanya selepas pelancaran Tune Hotels.com Double Six Legian dan Kuta, Bali, baru-baru ini.

Tune Hotels.com di Kuta (139 bilik) dan Double Six (170 bilik), di Legian. Hotel di Pantai Kuta disasarkan untuk golongan muda manakala di Pantai Legian pula percutian keluarga.

Pengguna Islam tidak perlu risau kerana pilihan menu di Es Teler 77 tidak merangkumi daging babi walaupun tidak memiliki sijil pengiktirafan halal.

Harganya juga amat berpatutan, contohnya sepinggan nasi goreng sekitar IDR 20,000 atau kira kira RM5.

Cuma, mungkin sedikit kekurangan di Tune Hotels.com Double Six, ialah tiada televisyen dan almari baju. Namun, pada harga promosi serendah kurang RM10 semalam - ia penginapan termurah di Bali.