Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

31.3.08

Anekdote - Pendek Akal

Anekdote

Politik Pendeknya Akal Politik Khir Tempe

Petikan daripada Blog Merah Tinta MSO - Laman M@RHAEN


PAGI ini baru saya mendapat jawaban kenapa Umno Selangor kalah dalam pilihan raya lalu dan Mohamad Khir Toyo (Khir Tempe) terlepas untuk menjadi MB walaupun partinya mendapat majoriti dalam DUN Selangor.

Sebabnya ialah kerana akal politik Khir Tempe ini sungguh pendek sekali.

Bila akal pendek maka sukarlah untuk Khir menyelami sesuatu yang bersifat zeni ataupun seni. Apa yang beliau nampak hanya apa yang tergalang di hadapan mata sahaja. Begitulah apabila diajukan mengenai evolusi ke atas wajahnya, beliau memberi alasan kerana beliau mengamalkan makanan tradisional Jawa iaitu tempe.

Ramai orang tergelak dan merasa lucu atas jawaban pendek akal Khir Tempe itu.
Dan pagi ini (seperti mana dilapor akhbar), Khir Tempe sekali algi menunjukkan kependekan akalnya. Katanya beliau tidak nampak yang Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) serius untuk berentak dengan Abdullah Ahmad Badawi bagi merebut kerusi Presiden Umno.

Apakah Khir tidak tahu apa yang dibuatkan oleh Ku Li sehari dua ini. Bahkan Ku Li bukan sehari dua ini bersiap dan buat homework untuk lawan Abdullah tetapi sejak setahun lalu.

Seharusnya mereka yang menggemari tempe bijak dan berpandangan jauh. Dapat menyelami apa yang tersurat dan tersirat. Kalau benda yang ada depan mata pun tidak nampak, alamat nak ...... lah kata P Ramlee.

Mungkin juga Khir Tempe tidak nampak apa yang berlaku sebab beliau tidak ke mana. Sejak kalah dalam pilihan raya asyik berkurung dalam rumah sahaja. Katanya dua tiga hari selepas kehilangan jawatan MB Selangor, Khir jadi sasau. Menangis dan mengurungkan diri di sebuah hotel di Shah Alam!

Cuba keluar dan lupakan kesakitan kerana kalah itu. Tenguklah alam sekitar yang hijau, lautan yang sudah hilang kebiruannya. Pandanglah dengan mata yang luas laksana mata Keadilan. Renung ke langit pandang dan tenunglah bulan Purnama yang megah tersenyum... barulah Khir Tempe akan tahu sejauh manakah serius atau tidaknya Ku Li.

Satu lagi bukti mengenai kependekan akal Khir Tempe ini, kalau dia berakal panjang pasti beliau masih boleh menjadi MB Selangor.

Kenapa tidak Umno /BN mendapat 20 kerusi di DUN Selangor, PKR hanya 15 dan DAP 13 manakala Pas 8. Tenunlah dari kitab ilmu hisab mana pun Umno/BN mendapat majoriti.
Sepatutnya Khir boleh memohon kepada Tuanku Sultan untuk angkat sumpah menjadi MB atas alasan partinya mendapat manjoriti. Soalnya selepas itu nanti beliau akan menghadapi undi tiak percaya oleh PKR-Pas-DAP, di DUN Selangor itu cerita lain.

Masa 60 hari semasa menjadi MB Khir boleh berunding dan berkira. Penyelesaian boleh dicari. Berbagai formula lagi boleh direka dan dilaksanakan. Tetapi kerana akal pendek, Khir tidak tahu hendak mendarab dan mencongakkan angka-angka itu semua.

Khir harus faham politik Malaysia hari ini sudah terpotang panting, tidak tahu kepala ekor lagi. Dah songsang tergalang. Tenguk apa yang berlaku di Perak, parti (Pas) yang dapat kerusi paling kecil dapat jadi MB, manakala di Terengganu Ahmad Said seorang senyawa sahaja, tetapi alih-alih dapat jadi MB.

Dalam hal ini Khir juga rupa-rupa tidak mempunyai biduwanda politik yang cekap dan bijak. Yang tidak boleh merancang dan menasihat Khir bertindak segera dan melakukan bingkisan-bingkisan ajaib untuk menyelamatkannya. Barang kali begitulah kalau hanya memiliki penasihat yang kerjanya membuncitkan perut dan yang bermulut luas muncung panjang tetapi tidak brilliant.

Tetapi dipendekkan cerita, kerana Khir Tempe sendiri pendek akal maka segala-galanya terlepas. Hendaknya selepas ini Khir jangan sahaja asyik mengevolusikan wajahnya tetapi kenalah juga perpanjangkan akal politik! Maaf. [wm.kl 8:45 am 31/03/08]

http://msomelayu.blogspot.com/2008/03/enekdot-politik_31.html

- MSO 31.03.2008

Laman M@RHAEN

Barisan Rakyat Tawan Stadium Melawati !!!








Posted on Tuesday, April 01 @ 09:28:38 MYT by greenboc






Oleh edyesdotcom




Buat pertama kali dalam sejarah, 25ribu umat Islam menunaikan solat isyak dan solat sunat hajat di Stadium Melawati Shah Alam. Buat pertama kalinya juga, ceramah perdana sebegini dianjurkan dalam dewan yang serba besar, suara azan berkumandang, bacaan Quran didengarkan.




Adalah menjadi suatu detik kegembiraan di mana tiada lagi kawalan polis untuk menghalang ceramah, tiada lagi 'patrol' car yang meronda, tidaklah para hadirin ditimpa air hujan lagi kerana ceramah kali ini berlangsung di dewan yang selama ini digunakan untuk sukan badminton, bola keranjang dan lain lain lagi yakni stadium tertutup, Stadium Melawati.




Jumlah kedatangan juga seperti yang dijangka memenuhi stadium ini dan seramai itu jugalah umat yang tak dapat masuk ke dalam stadium kerana tiada ruang lagi. InsyaAllah, di masa akan datang, kita sekali lagi akan berhimpun tetapi bukan lagi di Stadium Melawati, tentunya stadium yang boleh menampung 110ribu pengunjung iaitu Stadium Shah Alam.




Program berikutnya dijangka pada 3 Mei 2008 di stadium yang sama iaitu Stadium Melawati dan antara penceramahnya pula ialah Md Sabu !






Re: Berapa aset Khir Toyo? (Score: 1)

by irama

on Tuesday, April 01 @ 08:20:25 MYT(User Info Send a Message)
Senarai pemimpin Umno Selangor yang mengkhianati Melayu dengan menjual segala tanah yang diperolehi dari kerajaan kepada taukeh-taukeh Cina

Oleh : KAKEK
“Habis dah tanah negeri Selangor”, titah Almarhum Sultan Salahuddin, Sultan Selangor beberapa tahun lepas.

Kekesalan ini dilafazkan oleh almarhum Sultan Selangor kerana rasa kecewa yang amat sangat terhadap sikap bekas MB Selangor ,Tan Sri Mohamad Taib yang mengagihkan tanah Negeri Selangor kepada kroninya dan konco-konco dalam Umno sesuka hati.
Kebimbangan Almarhum Sultan rupa-rupanya tidak diendahkan oleh MB-MB Selangor selepas itu. Dato’ Abu Hasan tetap memberikan sebahagian tanah kepada kroni dan konco-konconya ketika menjawat MB Selangor.

Lebih dahsyat sekarang ini, Khir Toyo, MB Selangor dalam masa yang sungguh singkat telah membahagi-bahagikan tanah di Selangor kepada konco-konco dan kroninya.

Berikut disenaraikan sebahagian daripada pemimpin Umno atau kroni atau proxy mereka yang telah mendapat tanah dan dijual serta merta kepada pengusaha Cina.

1. Proxy YB Satim telah mendapat lebih 50 ekar di Puchung dan kemudiannya dijual.

2. Proxy YB Ahmad Bahari telah mendapat tanah di Ampang dan Gombak dan dijual.

3. Proxy bekas YB Saidin Adam dapat tanah di Sg Buluh dan dijual

4. Proxy bekas YB Fauzi dapat tanah di Sg.Buluh dan dijual 5. Dato’ Onn Ismail dapat tanah beribu ekar di Pulau Indah atas nama koperasi dan dijual.

6. Proxy bekas wakil rakyat, Ramli Norani dapat tanah 400 ekar di Bukit Cherakah dan dijual.

7. Di Sabak Bernam, Jelutong Jati dapat 1000 ekar dan dijual.

8. Proxy Jakiran Jakomah dan Aziz Md.Nor dapat tanah di Ijok dan Klang dan dijual.

9. Proxy YB Fatah dapat tanah di Bukit Cherakah dan dijual.

10. Proxy YB Zakaria Samseng dapat tanah di Klang dan Shah Alam dan kemudiannya dijual.

11. Proxy YB Rahman Padil dapat tanah di Bukit Cherakah dan dijual.

12. Adik Mohamad Taib, Proxy Musa Taib dapat tanah dan jual. Pernah dikatakan hasil jualan tanah-tanah itu tak habis 7 keturunan.

13. Proxy YB Zainal Sakom dapat tanah di Shah Alam.

14. Proxy bekas YB Dato’ Shukur dapat tanah di Kuala Selangor dan Bukit Cherakah dan dijual.

15. YB Noh Omar dapat tanah di K uala Selangor sebanyak 20 ekar dan dijual.

16. Proxy bekas YB Aziz Desa dapat tanah bersama kroni di Bukit Cherakah dan dijual. Boleh semak simpanan wang di Bank Rakyat banyak mana wang yang dipungutnya.

17. Bekas YB Hashim Mahmud,Kuala Selangor dapat tanah di Klang dan kemudiannya dijual.

18. Proxy YB Sujak dapat tanah di Shah Alam dan kemudiannya dijual dan tertipu.

19. Proxy YB Raja Idris dapat di Shah Alam - jual.

20. Proxy YB Zainal Dahlan dapat di Sabak Bernam dan Shah Alam - jual.

21. Sudah pasti kroni Mat Taib yang paling banyak dapat tanah atas nama berbagai syarikat.
Jika tidak bagaimana dia boleh bawa duit berjuta seberat 20 kg. ke Australia.

22. Pak Nasron, bekas Pegawai Mardi pun dapat tanah. Pak Nasron berasal Indonesia. Ia dapat tanah di Kuala Selangor seluas 10 ekar atas nama City Rider Sdn.Bhd dan telah dijual dengan harga lebih satu juta. Tanah telah diberikan oleh Mat Taib sebab ia rapat dengan Mat Taib kerana jual jamu “kuat” pada Mat Taib.

Hasil jual tanah , YB-YB Selangor bergaya dengan kereta mewah, Mercedes berbagai model.Lihat sahaja kelakuan wakil-wakil rakyat Umno Selangor. Belum sepenggal jadi YB sudah menggayakan kereta mercedes. Sombong pulak tu.

http://detik.daily.tripod.com/disa/4dis_2.htm [detik.daily.tripod.com]

Berapa aset Khir Toyo?

Posted on Tuesday, April 01 @ 08:00:18 MYT by greenboc

Oleh Roslan SMS

Sabtu lepas saya menghadari majlis Jamuan Rakyat anjran PKR bahagian Kelana Jaya bagi mengucap terima kasih kepada para petugas parti dan pengundi yang telah memberikan kemenangan besar kepada PKR di Parlimen Kelana Jaya dan DUN Seri Setia termasuklah DUN Subang Jaya yang dimenangi calon DAP Puan Hannah Yeoh.

Majlis di hadiri oleh pimpinan kanan PKR bahagian diketuai Tuan Syed Shahir (Presiden MTUC) selaku Ketua Bahagian. Turut hadir dan diraikan adalah YB-YB baru, Sdr Loh Gwo Burne, Sdr Nik Nazmi dan Puan Hannah sendiri. Tetamu undangan khas adalah YB Sdr Azmin Ali, Naib Presiden PKR yang juga ahli Parlimen Gombak, ADUN Bukit Antarabangsa.

Saya berpuas hati dan berbangga bahawa PAS yang telah wujud hampir 20 tahun di kawasan ini telah menyumbangkan tenaga dan wang ringgit bagi kejayaan rakan-rakan kita itu. Ternyata jaringan cawangan-cawangan PAS di seluruh kawasan parlimen ini telah memudahkan rakan-rakan kita menjalankan gerak-kerja sehingga akhirnya berjaya dalam gelombang tsunami 2008 baru-baru ini.

PAS kawasan telah meniup semboyan bahawa seluruh ahli dan pimpinan parti perlu bekerja keras seolah-olah PAS yang bertanding di kawasan ini atas semangat setiakawan dan menghormati tahaluf siasi yang dimetrai kedua-dua pihak.

Dalam ucapan saya dimajlis berkenaan saya telah mengulas kenyataan bekas MB dan bekas Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Dr Khir Toyo dalam Malaysiakini baru-baru ini. Beliau mendesak agar MB dan EXCO kerajaan Selangor yang baru ini agar segera mengisytiharkan asset masing-masing untuk pegetahuan umum. Ini berikutan kenyataan MB baru-baru ini bahawa keputusan tentang pengisytiharan itu belum diambil lagi atas sebab-sebab tertentu.

Kata Khir yang paling perlu mengisytiharkannya adalah Tan Sri MB sendiri dan Dato Dr Hasan Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor.

Khir memang berhak mendesak dan berbuat demikian, maklumlah beliau pun kini duduk dibangku pembangkang. Cuma bagi saya yang lebih utama kini adalah untuk “outgoing” MB atau MB yang melepaskan jawatan untuk isytiharkan hartanya, kerana beliau telah pegang kuasa sekian lama dan kini meninggalkan kuasa. Harta beliaulah yang perlu diisytiharkan kepada rakyat supaya rakyat dapat memastikan yang tiada yang lebih yang dibawa keluar!Kalau pun Tan Sri MB dan Dato Hasan punya harta atau liabiliti, kesemuanya adalah hasil dari kerja dan usaha masing-masing, mereka tidak pernah memegang jawatan dalam kerajaan.

Sekurang-kurangnya kerajaan negeri yang baru boleh mempamirkan aset Khir dihari pertama beliau menjadi MB dan kini sudah tidak lagi MB berapa pula jumlah hartanya. Kalau semua OK, rekod Khir cantik secantik wajah barunya, jika tidak biar kita rakyat tuntut agar beliau dipertanggungjawabkan

Sufiah Yusof a.k.a Shilpa Lee


Posted on Tuesday, April 01 @ 08:59:02 MYT by greenboc Oleh goblog101



"The exciting Idris Jusoh's saga seemed to be eclipsed by this shocking news: Sufiah Yusof a.k.a Shilpa Lee for 130 per hour. What had happen? The mathematics prodigy had miscalculated her life's equation? While reading her "client's reviews" from one of the many web sites that advertise her disgraceful activities, I prayed to Allah SWT that this was not her.

Unfortunately, all the evidences (so far) were pointing directly to this used to be sweet girl. Read the following review:Location: ManchesterWeb URL: [deleted]Date: Wed 19 Mar 2008Time of Day: 21:15Type of Visit: IncallTime Spent: 1 hourPrice: 130 [pound sterling]Her Place: Pleasant apartment in a new development on the border of Manchester and Salford. Safe area.

No problem with parking.Description: Shilpa is a truly beautiful woman of mixed Asian/Chinese extraction. She has a pretty face and flawless complexion. She was dressed in an attractive outfit, which included boots and a short skirt. Once [deleted], she has a stunning, thin but well-proportioned figure. She has shapely and attractive [deleted] - definitely two of her best assets.Comments: This was my first encounter with an escort, so I was feeling nervous. We sat on the sofa, drank some [deleted] and talked. From there, we moved to sensuous [deleted].

Between us we removed her [deleted] in very [deleted] way. I had no trouble being [deleted] and we moved quickly to the [deleted] to continue our encounter. The [deleted] was natural and flowed easily. I don't think that I want to go into the mechanics of this but it was a genuinely satisfiying experience. Shilpa seems to enjoy [deleted] and there was no artificial acting.

Afterwards, I was given a relaxing back massage and we had a good conversation. Shilpa is educated to degree level, so is an intelligent as well as beautiful companion. This girl has got it all! I cannot recommend her highly enough.Recommended: YesWould You Return: YesI strongly believed she realized the path she had chose is not the best for her life. This is not the best way to start a career. I also believed that she made the decision out of frustration and desperation.

Her marriage failed and she barely made ends meet as a hotel waitress. Her childhood was robbed by a very ambitious father. She is still traumatised by his father's excruciating "Accelerated Learning Technique" study regime.At this point of time, there is no use of looking for who had done wrong or who had caused the situation to happen. As written by a wise Englishman, "the last thing we need in our time of grief, are words of wisdom from an armchair critic perched in his ivory tower, who finds amusement from pointing fingers at, and comdemning, the misfortune of others."I must stressed that the "things" she had done are totally wrong, morally or theologically.

She must stop doing this "things" and repents to Allah SWT. However, as a human being, she deserved a second chance. Let's give her chances to correct herself and to start a new meaningful life. After all, Allah SWT is the Most Merciful, the Most Gracious.Dear Sufiah,Please stop abusing yourself.Please prove to your brothers and sisters you could put an end to this painful situation.Please seek forgiveness from Allah SWT.

From Anas, radiyallahu 'anhu, who said: I heard the Messenger of Allah, sallallahu 'alayhi wasallam, say:"Allah the Almighty has said: "O son of Adam, so long as you call upon Me, and hope in Me, I shall forgive you for what you have done, and I shall not mind.

O son of Adam, were your sins to reach the clouds in the sky and were you then to ask forgiveness of Me, I shall forgive you.O son of Adam, were you to come to Me with an earthful of sins and were you then to face Me, without having associated anything with Me, I shall grant you an earthful of pardon."[Recorded by Al-Tirmidhi, who said that it is a good and sound hadith]
http://fortyhadith.iiu.edu.my/hadith42.htmhttp://goblog101.blogspot.com/"

Ustaz Akhil Hayy - Ke mana arahmu?

Posted on Monday, March 31 @ 23:32:53 MYT by SongkokPutih Oleh gman68

" Seringkali juga saya tertanya-tanya dimana kah Ustaz Akil Hayy semasa kempen pilihanraya tempohari.apakah Ustaz telah menjauhkan diri dari terlibat secara langsung dengan jemaah PAS?Atau apakah beliau sudah tidak terlibat dengan Jemaah PAS lagi?? Waktu penamaan calon dalam PRU tempohari saya berharap ada nama calon PAS yang bernama Akil Hayy,tetapi tiada.

Saya begitu berharap Ustaz Akil Hayy dicalonkan dalam pilihanraya tempohari.Namun beliau tiada dalam senarai nama tersebut.Belum ditakdirkan lagi untuk jadi YB kot Ustaz... Sewakti berkempen juga tiada suara-suara yang merdu itu menghiasi kempen pilihanraya tempohari.

Saya tertanya-tanya juga kemana Ustaz pergi?Apakah Ustaz sudah tiada komitmen dengan jemaah PAS lagi?atau adakah Ustaz merajuk atau sebab-sebab lain. Namun kita sedia maklum akhir-akhir ini Ustaz Akil begitu "laris" di Stesyen TV khususnya Astro.

Begitu juga di TV3.Alhamdulillah...terubat juga rindu nak dengar suara dan celoteh Ustaz Akil yang kadang-kadang mencuit hati kita.Tahniah saya ucapkan...bertambah-tambah lagi rezeki Ustaz dan keluarga.

Mungkin beliau juga sibuk dengan promosi album beliau.Tahniah sekali lagi... Bagi saya langkah yang Ustaz Akil ambil itu mungkin satu pendekatan baru yang cuba dibawakan oleh beliau, mendekati remaja agar cintakan Islam.Bagi saya itu satu pendekatan yang sangat baik dan wajar diteruskan.

Cumanya bila Ustaz Akil muncul dipelbagai program TV ianya tidak serupa bila dia berada di pentas PAS.Mungkin bila diTV beliau terikat dengan berbagai peraturan dan kontrak.Bila dipentas PAS beliau bebas untuk menyatakan apa sahaja yang di fikir baik.bebas tanpa terikat dengan kontrak dan peraturan. Ramai yang tertanya-tanya adakah Ustaz Akil Hayy sekarang sudah beralih arah?Minta maaf Ustaz...saya hanya menyuarakan pandangan-pandangan yang saya dengar sahaja.

Kita semua berharap beliau tidak begitu.Mungkin sekarang beliau sibuk dalam mengendalikan berbagai program di ASTRO OASIS...satu-satunya saluran yang memaparkan program berbentuk keagamaan untuk kita semua.

Jika dulu kita selalu saja dapat mendengar Ustaz menyampaikan ceramah dan kuliah di mana-mana tempat.Di Selangor juga tidak kurang hebatnya dengan ceramah-ceramah beliau,namaun kini tiada lagi.Kami rindu pada ceramah-ceramah Ustaz Akil.

Walau apa pun kami berharap agar pendirian Ustaz tak akan berubah dan tetap jitu bersama perjuangan PAS yang kita dokong bersama. Pernah juga Ustaz berkata, mungkin cara perjuangan itu telah berbeza sekarang,tetapi perjuangan itu tetap menuju matlamat yang sama.

Syabas Ustaz...teruskan perjuanganmu dan tekadkan nawaitu agar tidak mudah terpedaya dengan segala macam godaan dan pujukan mereka-mereka yang berkepentingan. Kami sebagai golongan muda akan sentiasa menyokongmu.TAKBIRRR!!!! "

29.3.08

Bila air berkata-kata

PETALING JAYA 29 Mac “ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berharap pelantikan pengganti Ketua Hakim Negara, Datuk Abdul Hamid Mohamad yang akan tamat tempohnya pada bulan Oktober ini akan dapat dilakukan melalui sebuah suruhanjaya.
Beliau berkata, langkah tersebut adalah mustahak untuk memulihkan keyakinan rakyat kepada sistem kehakiman negara apabila pelantikan hakim dapat dilakukan melalui satu proses yang lebih telus, ketat dan meyakinkan.

Katanya, ini kerana apabila adanya suruhanjaya, seseorang calon itu akan dikaji serta disiasat kebolehannya, rekod dan moralnya oleh suruhanjaya yang dianggotai wakil daripada pelbagai bidang yang terlibat dalam undang-undang.

Ini sangat penting kerana proses pelantikan dan kenaikan pangkat seseorang hakim sekarang, sesiapa pun tidak boleh persoalkan nama yang dipilih.

Dalam tempoh masa agak singkat ini, saya akan berusaha keras supaya suruhanjaya dapat ditubuhkan bermula dengan pelantikan Ketua Hakim Negara sebelum diikuti dengan yang lain-lain, katanya kepada wawancara khas Mingguan Malaysia di sini hari ini. Mingguan Malaysia-30hb Mac 2008.

Bagi setiap orang yang mengakui dirinya orang politik, kalau tidak lulus atau pandai sekurangnya ada asas dalam dirinya dua pengetahuan, sejarah dan undang-undang. Pengetahuan ekonomi jika mengetahui adalah sebagai satu tambahan yang baik bagi seorang yang hendak mengaku orang politik.

Zaid Ibrahim seorang Menteri dalam Kabinet Dinamik di Kerajaan Tiga Beranak yang lebih baik dipanggil kabinet lembik, seorang yang berkelulusan undang-undang, ini bererti dia punya satu cabang pengakuan sebagai orang politik tetapi bagaimana dengan pengetahuan sejarahnya?

Jawabnya tidak ada. Kerana jika dia tahu dan memahami sejarah kemungkinan dia tidak bercakap setolol itu. Bagi orang yang mengetahui seperti kebiasaan jika ada setengah orang yang pernah berkomunikasi dengan penagih arak yang tegar seperti Menteri itu, seperti yang diceritakan oleh Ibrahim Ali sehingga tanpa segan silu di depan pemimpin UMNO Kelantan meletakan minuman keras di atas meja di dalam mesyuaratnya, maka kita kena pinjam perkataan dalam poster yang dibuat oleh UMNO Terengganu bagi menyokong Idris Jusuh tempoh hari..... natang apa dia ini?. Maka secara kasarnya Menteri ini boleh ditanya? Cakap botol ke, atau perkataan lembutnya “air-berkata-kata”.

Bila Menteri yang berada dalam kabinet “Saya Perdana Menteri” Abdullah Hj Ahmad yang sekarang sudah dikenali dengan nama baru dalam SMS yang beredar “Abdullah Bodohwi” dalam Kerajaan Tiga Beranaknya di mana dalam doktrin Islam caranya ada had dan ada harinya membenarkan orang yang hidup bergantung dengan arak sebagai ahli fikirnya bayangkanlah apa akan terjadi masa depan bukan sahaja agamanya, tetapi bangsa dan negara ini.

Apa permasalahan melantik seorang Ketua Hakim Negara, apakah maksudnya untuk menyiasat dan melaporkan oleh Suruhanjaya yang bakal hendak ditubuhkan. Kalau sekali membaca kenyataan dalam wawancara oleh Menteri penagih arak tegar ini, nampaknya sangat dia tidak seperti digambarkan dan dilihat. Bodoh bukan kepalang.

Kenyataan itu bermaksud bahawa setiap orang boleh dilantik menjadi Ketua Hakim Negara tanpa kira ke kananya dalam bidang kehakiman, malah nanti jangan terperanjat seorang tokeh syarikat guaman dengan tiba-tiba dia boleh menjadi Ketua Hakim Negara jika melepasi garis panduan yang diberikan oleh Suruhanjaya yang melantik Ketua Hakim Negara. Dan bagaimana dengan Hakim-hakim yang sedia ada, mereka juga macam orang politik yang bercita-cita jika sudah menjadi ahli parlimen bercadang untuk jadi Perdana Menteri, bertambah pula jika sudah mendapat jawatan Menteri di mana dia berpendapat yang dia terpandai tetapi sebaliknya teramat bodoh seperti Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang jaga undang-undang ini.

Bagaimana “Saya Perdana Menteri” yang terkena sindrom Suruhanjaya, Menteri ini juga nak tubuh Suruhanjaya. Sebenarnya dalam tertib dan adat Melayu sudah dinyatakan dalam peribahasa yang mudah yang berbunyi Sesat Di Hujung Jalan, Balik Ke Pangkal Jalan.. Baliklah ke pangkal jalan, bagi meyakinkan rakyat akan sistem kehakiman di Malaysia bukan orangnya tetapi sistemnya. Sistem yang berlaku sekarang memperlihatkan bahawa pelantikan Hakim di peringkat bawah sudah tidak betul bagaimana pula dengan yang di atas.

Apakah yang tidak betul? Bagaimana seorang Pesuruh Penghakiman atau Hakim dilantik di kalangan orang yang mempunyai firma guamannya? Mungkin boleh untuk sementara waktu bagi mengisi kekosongan atau beban kerja tetapi tetapi berpanjangan bagaimana? Walau pun Hakim pengganti tuhan untuk mencabut nyawa manusia di muka bumi ini tetapi yang penting dia bukan nabi yang maksum dan Al-Amin.

Maka persoalan seorang yang bakal menjadi Ketua Hakim Negara tidak memerlukan satu suruhanjaya untuk menapisnya. Hanya yang diubah ialah seorang Ketua Hakim Negara ialah seorang yang telah berkhidmat secara terus menerus dalam bidang undang-undang dan kehakiman di perkhidmatan kerajaan sekurangnya 25 ke 30 tahun sepanjang hayatnya. dan tidak pernah mempunyai atau rakan kongsi dalam mana-mana firma guaman.

Dan sekatan bagi melihat kemajuan dan integritinya ialah bila dilantik sebagai seorang Hakim Mahkamah Agong, dan jika ada keperluan pun untuk satu Suruhanjaya bagi menapisnya seperti cadangan Menteri Penagih Arak tegar ini ia hanya di peringkat pelantikan di sini dan di sinilah di suatu masa nanti calon-calon yang berwibawa menjadi Ketua Hakim Negara diberi pertunjuk dengan kebolehan dan reputasinya mereka sendiri.

Sang Kelembai: Adakah berani Menteri Zaid Ibrahim buat cadangan kepada Kerajaan Tiga Beranak supaya semua hakim-hakim melalui ujian darah untuk diketahui berapa peratus alkohol dalam darahnya dan terutamanya Hakim-hakim beragama Islam sebelum mendengar pembicaraan. Jika hendak alat kelengkapan ujian darah pergi jumpa Penerbangan Malaysia(MAS) atau TUDM kerana setiap Pilot dikehendaki melalui ujian darah sebelum dibenarkan menerbangkan pesawat.

26.3.08

Rosol Wahid : Pak Lah Yang Suruh Kami Sokong Idris

Posted on Thursday, March 27 @ 10:36:19 MYT by greenboc Oleh sulaiman"Seperti dilaporkan dalam Utusan Malaysia, Rosol Wahid mengakui bahawa perakuan untuk menyokong perlantikan Idris sebagai MB Trengganu adalah mengikut arahan Abdullah Hj Ahmad @ Presiden UMNO.

Kenyataan ini seolah-oleh menunjukkan bahawa sokongan yang diberikan kepada IDRIS bukanlah sokongan secara sukarela ataupun pilihan hati ADUN BN Trengganu. Namun, ia dibuat diatas arahan Presiden UMNO.

Oleh demikian, bagi meleraikan kekusutan perlantikan MB Trengganu, Presiden UMNO wajar menerima perlantikan Ahmad Said sebagai MB dan mengarahkan semua ADUN untuk memberikan sokongan kepada beliau. Apabila ini dilakukan, maka segalanya akan selesai dengan aman dan sejahtera. Tidak salah menerima Ahmad Said sebagai MB kerana diapun ADUN BN dan ahli UMNO.

Daripada Utusan Malaysia "Sementara itu, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Rosol Wahid berkata, semua ADUN BN Terengganu bersedia menerima apa sahaja arahan Abdullah sebagai penyelesaian kepada kemelut politik itu. Katanya, buat masa ini pendirian mereka masih sama iaitu menyokong pelantikan Idris yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu sebagai Menteri Besar. Rosol menolak desas-desus yang mengatakan terdapat dalam kalangan 23 ADUN yang berdiri di belakang Idris telah beralih menyokong Ahmad yang dilantik oleh istana.

“Kita tunggu arahan daripada presiden. Apa saja yang presiden minta... apa yang dibuat sekarang pun (sokong Idris) adalah atas arahan presiden."

“Dapat saja arahan daripada Presiden, kita akan adakan perjumpaan untuk membincangkan arahan yang diberikan,” kata Rosol ketika dihubungi."

Sebab sebenar kenapa DYMM tak suka kat Deris

Sebab sebenar kenapa DYMM tak suka kat Deris
Posted on Thursday, March 27 @ 12:50:34 MYT by greenboc Oleh triple_j


"Kita selama ini telah ditipu hidup-hidup oleh PakLah dan Idris Jusoh. Idris dikatakan telah mendapat sokongan hampir kesemua rakyat Terengganu melalui 22 ADUN mereka. Sebab yang sama juga diwar-warkan oleh pak Lah kenapa beliau memilih Idris Jusoh sebagai MB Terengganu kedua. benarkah begitu? Ternyatalah ini semua adalah pembohongan besar kedua-kedua manusia yang berkepentingan ini. Kekayaan Terengganu dalam bentuk petroleum dan royaltinya masih belum puas dihirup dan diagih-agihkan bersama-sama kroni seperti Patrick Badawi. Walaupun pendapatan terengganu adalah kedua terbesar selepas Selangor yang berhampiran dengan ibukota KL, jumlah rakyat termiskin Terengganu adalah kedua terbesar selepas Sabah.


Selain itu, 22 ADUN tersebut telah dipanggil ke kediaman rasmi Idris Jusoh dan sesampainya di sana, mereka yang kebanyakannya muka-muka baru 'dipaksa menyatakan dengan sebulat suara' oleh idris Jusoh, Rosol Wahid dan lain-lain yang mereka menyokong kepimpinan Idris Jusoh menjadi MB penggal kedua. Padahal, sekurang-kurangnya 12 ADUN secara senyap-senyap menyatakan sokongan kepada MB baru mereka. Nah, Saudara Mat Said sudah menjadi MB.

Mereka-mereka sebelum ini menguugut akan meletakkan jawatan dan memaksa pilihanraya Terengganu semula jika Idris tidak jadi MB. Beranikah mereka melakukan perkara itu sekarang? Samaada menjadi orang yang munafik dan menipu, ataupun mengambil risiko hilang kuasa jika Barisan Rakyat menang di terengganu, yang ada peluang cerah kerena rakyat Terengganu sudah mula benci penyokong BN yang menderhakai sultan kesayangan mereka. Ini adalah satu lagi bukti rakyat terengganu menolak kepimpinan Idris Jusoh. Sila klik di atas imej untuk paparan yang lebih jelas.

SULTAN MIZAN BALIK TRG: Puluhan Ribu dijangka sambut di Aiprort

SULTAN MIZAN BALIK TRG: Puluhan Ribu dijangka sambut di Aiprort

Posted on Thursday, March 27 @ 12:32:56 MYT by greenboc Oleh yb_pmn"DAULAT TUANKU! Semua rakyat negeri Terengganu dijemput dan diminta meluangkan masa untuk menyambut kepulangan YDPA Sultan Mizan, Sultan Terengganu sebagaimana butiran berikut:Tarikh : 29 Mac 2008 Tempat: Lapangan Terbang Sultan MahmudMasa ketibaan Tuanku : 9.00 pagi (penerbangan dari KUL)Pakaian : Baju Kuning (jika tak keberatan letakkan riben kuning pada ariel kereta)

Seruan ini adalah untuk menunjukkan sokongan dan kebangkitan rakyat Terengganu yang berdiri teguh di belakang baginda. Di samping memberi komitmen menolak sebarang anasir memburuk-buruk dan menghina baginda sebagai peneraju utama negeri Terengganu Darul Iman.Sejak dua minggu lepas, kita semua sudah melihat kebangkitan rakyat yang menyatakan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Sultan dan pihak istana dalam isu perlantikan MB.

Namun, ada sesetengah pihak yang DANGKAL serta tidak menghormati institusi diRaja sebagai lambang Perlembagaan telah menimbulkan kemarahan dan menjatuhkan imej Melayu Islam di negeri ini.Oleh yang demikian, semua lapisan masyarakat yang sanyankan Sultan kita, turunlah beramai-ramai dengan berpakaian kuning dan riben di kereta masing-masing sebagai simbolik tanda sokongan kita nanti.Raja adil dianjung, disembahRaja zalim disanggah!DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!"

25.3.08

Kita Beri Amaran Kepada Zaid Ibrahim- Jangan Gangu Gugat Kuasa Sultan Melayu

Posted on Thursday, March 27 @ 08:52:06 MYT by greenboc Oleh ahmadhadeed

"Seorang Menteri kecil dalam Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim dalam masa 2 minggu saja memegang jawatan menteri kecil telah beberapa kali bercakap dengan suara lebih besar dari Yang Dipertua Agong.Yang terbaru saperti di lapor dalam STAR lawyer 'cabut' ini telah bercadang untuk MERUBAH UNDANG UNDANG TUBUH negeri Melayu termasuk MEMINDA PERKARA yang berkaitan dengan kuasa Raja. Kita mahu bagi amaran kepada Zaid Ibrahim keparat ini, SHUT UP dan jangan mencetuskan krisis RAKYAT menentang KERAJAAN kerana rakyat kan sentiasa berada di belakang kesultanan Melayu.

Saya memang lama mengikuti perkembangan lawyer keparat ini kerana sebelum menjadi menteri pun beliau adalah seorang yang sangat kontroversi. Beliau pernah dikenakan tindakan disiplin oleh UMNO Kelantan dan beliaiu juga adalah lawyer celaka yang mahu menyaman kerajaan Terengganu jika melaksanakan hukum hudud di Terennganu. Beliau juga penyokong kuat gagasan murtad IFC. Sepatutnya cukuplah beliau bercakap di Kelantan mengurus syarikat guaman , tetapi jelas Zaid ini sungguh angkuh orang nya. Tidak ada orang yang berani cuba menentang pelaksanaan hukum hudud melainkan Zaid Ibrahim. Belaiu perlu sedar menentang pelaksanaan atau berhasrat menentang pelaksanaan hudud , undang undang Allah jawabnya murtad mengikut islam.

Malang sekali Dollah ini memang seorang UMNO yang bodoh yang tidak pandai menjaga langsung sensitiviti orang Melayu islam. UMNO pun tidak terang terang menentang hudud kerana banyak mendengar ceramah ceramah PAS dari belakang. UMNOpun tahu berlapik bila menolak hudud. Mereka pernah kata mereka tidak mahu hudud kerana mereka mahu melatih dahulu lawyer islam dan hakim Islam tentang pelaksanaan sistem evidence dalam makhamah Islam supaya tidak ada orang terzalim. Sampai sekarang orang yang di latih kemana. orang yang melatih hilang kemana. Namun Zaid Ibrahim direct menentang pelaksanaan hukum hudud dengan mengugut akan menyaman kerajaaan negeri terengganu kalau di laksana hudud.

Mungkin dia merasa selesa kerana dia berselindung di sebalik undang undang British ala Malaysia. Sekarang Zaid Ibrahim berlagak lagi seseolah olah undang undang Malaysia ini bapak dia punya. Memang semua kata katanya akan keluar dalam surat khabar kerana dia menteri.Namun menjadi menteri bukan nya lesen besar untuk menentang Islam.

Kata kata Zaid mula menampakkan hala tuju jahatnya nya. Berikut adalah kata nya dalam the star.26/3/08PUTRAJAYA: State constitutions that are old need to be reviewed to prevent conflicts between the monarchy and the current parliamentary democratic system, said Minister in the Prime Minister's Department Datuk Zaid Ibrahim. TerjemahanUndang undang tubuh negeri yang lama perlu di review untuk mencegah konflik antara SULTAN dan sistem demokrasi berpalimen.Kata menteri KECIL dalam Jabatan Perdana Menteri Zaid IbrahimSedarkah Zaid Ibrahim apa yang di cakap itu boleh menyebabkan PEPERANGAN SAUDARA di Malaysia.

Memang lah Dollah akan bersorak kerana dia dapat melantik Deris , IFC akan bersorak kerana murtad sudah dibenarkan, orang cina akan bersorak kerana dapat menjadi mb dan PM, UMNO bersorak kerana tak perlu rujuk sultan untuk curi duit rakyat TETAPI orang MELAYU MUSLIM akan pergi kedapur mengasah pedang untuk mempertahankan SULTAN dan saki baki undang undang Islam di Malaysia.Perundang Malaysia mesti di hormati seada nya berlandaskan sejarah perundang itu sendir.

Kalau lah Undang undang lama ini tidak di masukkka dalam pelembagaan Malaysia dan negeri, kemerdekaan sekarang belum tentu akan di terima oleh orang Melayu, orang Cina tidak tentu lagi mendapat tempat di Malaysia dan persekutuan Malaysia tidak mungkin terbentuk. Jadi Zaid Ibrahim, kau jangan berlagak untuk menjadi contitutional reformer kerana ini adalah kepunyaan rakyat Malaysia bukannya kepunyaan keluarga kamu.

Jadi jangan cuba berexperiment dengan perkara sebesar ini. Saya menyeru Sultan dan segala ummat Islam sedar tentang ancaman akibat wujud nya element FANATIK SEKULAR yang berada dalam kabinet Dollah sekarang yang akan menggugat keamanan Malaysia.Perhatikan mereka betul dari segi tipu belit mereka. Kita masih ingat bagaimana kata kata nya bermula dengan pujian kepada Tun Salleh Abbas dan sekarang berakhir dengan kata kata yang mahu menggugat kekuasaan sultan. Ini lah typical UMNO leader. Liars Kita berdoa agar Dollah akan di jatuhkan dalam pemilihan UMNO dalam masa terdekat dan segala FANATIK SEKULAR dalam kabinet nya di buang oleh rakyat.

YA ALLAH , KEPADA KAU SAJA KAMI MENYERAH URUSAN KAMI DAN KAU LAH SEBAIK BAIK PELINDUNG ..YA ALLAH LINDUNGILAH KAMI DARI ORANG YANG JAHAT..ameen"

Kenapa Kaum Cina Tolak Umno@BN


Kenapa Kaum Cina Tolak Umno@BN

Posted on Tuesday, March 25 @ 18:27:59 MYT by greenboc Oleh peluit"

"Chong... bukankah pasal Ketua Menteri Pulau Pinang isu utama orang Cina tolak BN?" Chong (bukan nama sebenar) baru balik dari Tanah Besar Cina lantaran membesarkan perniagaannya. Memang lama aku tak jumpa Chong sebelum pilihanraya lagi.

"Bukanlah!... isu berkuasa itu kami tak kisah sangat!" Aku memang tak sabar mahu berbual dengan Chong bab politik ini. Memang payah aku dapat berjumpa rakan kaum Cina yang sebaik Chong. Selalu ikhlas mengeluarkan pendapat.

"Banyak isu lain kenapa kami tolak MCA@BN, antaranya baik MCA mahupun Gerakan amat takut menyuarakan masalah kaum kami..."

"Masalah apa tu Chong.."

"Umpamanya masalah sekolah Cina.. Sekolah Ren. Jenis Keb. (China).."

"Sejak lama MCA janji mahu kemukakan tentang pembesaran Sekolah Cina ini, beri bantuan untuk sekolah ini... tapi janji tinggal janji, yang mereka bisingkan di akhbar mereka pindahkan sekolah tersebut; bukan pembesaran sekolah atau beri bantuan. Sekarang ada kelas sampai 60 orang murid" Aku tidak pasti kebenaran cakapan Chong tetapi aku terbayang anak-anakku juga terhimpit dengan kedhaifannya sekolah agama.

"Entahlah Chong, kami kaum Melayu pun terhimpit dengan masalah sekolah agama, kerajaan memang tidak memberi bantuan!"Aku teringat anak-anakku; yuran Sekolah Agama Rakyat memang mahal. Bila disebut pula tentang gaji Ustaz & Ustazahnya memang menyedihkan.

Kenapa negara yang agama rasminya Islam begini. Sekolah Agama Rakyat bagaikan dianaktirikan; jika kita kaji sejarah Sekolah Agama Rakyat ini jauh lebih lama didirikan berbanding Sekolah Kebangsaan yang ada kini. Sukatan pelajarannya jauh lebih baik yang banyak menjuruskan ke arah pendidikan & keagamaan.

Sekarang pula setiap hari Rabu anak-anakku terpaksa menyertai Program Kolokium sekolah kebangsaan. Macamlah tak ada hari lain yang sesuai. Hari Sabtu contohnya. Kalau guru-guru malas nak datang hari Sabtu; Kementerian Pendidikan seharusnya memberikan elaun atau sebagainya demi pendidikan anak-anak. Tidak sampai menganggu jadual kelas Sekolah Agama Rakyat.

Aku tetap akan menuntut hak sebagai ayah di alam basrah nanti; sudahlah yuran Sekolah Agama Rakyat itu mahal. Sekolah Kebangsaan pula tidak mahu beralah. Nampak sangat bagaikan anti pendidikan agama.

"Lagi satu masalah kami ialah bahasa, kami kaum cina lebih suka penggunaan Bahasa Kebangsaan untuk Matematik & Sains, saya rasa orang Melayu pun ramai tidak setuju penggunaan Bahasa Inggeris dalam dua mata pelajaran ini.."

Memang betul apa yang Chong cakap. anak aku mendapat markah 80% ke atas kebanyakan mata pelajaran; kecuali Sains. Teruk amat sampai bawah 50%. Bila aku tanya kenapa; Tak faham ayah. Aku terkenang orang Jepun, orang Jerman mereka maju dengan bahasa mereka. Hari ini rakan karibku orang Cina pun suka dengan Bahasa Melayu@Bahasa Kebangsaan.

Umno@BN pula gadaikan bahasa ibunda.

"Perniagaan kami pun makin lembab, jangan harap tender yang besar-besar, Semua dimonopoli puak BN. Bila Pak Lah cakap ekonomi kita tambah naik, sebut angka-angka, kami langsung tak percaya... Jika PM dahulu (Tun Dr. Mahathir) ...sebut pasal bajet, sebut pasal ekonomi negara dapat mempengaruhi indexs di bursa saham kita; Sekarang tak lagi.." Bab saham aku ini memang tuli. Aku biarkan saja Chong berhujah.

"Lagipun menteri-menteri selalu bandingkan harga minyak, harga tol kita murah, harga barangan kita murah! berbanding dengan negara jiran; Hakikatnya rakyat terhimpit miskin; Ingat rakyat mampukah terus hidup terhimpit dengan kenaikan barang. Mereka tak pernah bandingkan gaji kita dengan Singapura umpamanya.." Chong terus membebel & melihat jam tangannya. Memang masa amat terhad untung berbual panjang dengan Chong; dia terpaksa berkerja keras demi menyelamatkan perniagaannya. Sampai terpaksa lari ke Tanah Besar Cina.

"Jika MCA atau Gerakan di dalam parlimen tak ada kuasa, peranan mereka macam parti pembangkang! baik kami pilih DAP, mereka lebih berani"Banyak lagi ceritera yang menarik dari bualan aku & Chong.

Dia tidak nampak BN akan kembali gah, lantaran jika Pak Lah berundur pun penggantinya tetap diragui. Alahai!.
: Peluit pun pening dengan Umno@BN lepas satu musibah ke musibah mereka lakukan. Sudahlah kian samar dalam PR12 sekarang pula asyik nak persoalkan pula pilihan Sultan kita."

TranungKite

20 Minit "BERBICARA" Dengan Menteri Besar PERAK, YAB Ir. Mohd Nizar

By TARMIZI MOHD JAM

NAIB Presiden PAS, Haji Mohd Sabu sudah menunggu saya dan rakan saya, Sdra. Radhi (TYDP Bukit Bintang) di Rumah Rehat Sg. Perak, 50 meter dari Jambatan Sayong, Kuala Kangsar.

Setelah mundar-mandir mencari tempat pertemuan itu, hampir setengah jam, akhirnya kami temui. Hari itu, Isnin 17 Mac 2008.Saya dan Hj. Mohd Sabu sekadar ingin bertemu dengan Menteri Besar Perak yang baru, Ir. Mohd Nizar Jamaluddin. Dia mengajak saya, kerana saya orang Perak...Pagi itu, Ir. Nizar menyempurnakan acara angkat sumpah sebagai Menteri Besar, kira-kira jam 11 pagi. Kemudian difahamkan ada jamuan makan diraja dan sebelah petangnya Mesyuarat Dewan Negara.

Pertemuan kami dijadualkan pada jam 3.00 petang tertangguh. Haji Mohd Sabu dan dua rakannya dari Pulau Pinang sudah terlena di atas kerusi empuk kafeteria.

Pagi itu, beliau bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengadakan sidang media berkenaan isu DEB. Hj. Mohd Sabu dijemput oleh Guan Eng sebagai tetamu bersama bagi meredakan isu "panas" tersebut.

Setelah selesai sidang media, Hj. Mohd Sabu bertolak terus menuju Kuala Kangsar. Saya bersama Radhi dari Kuala Lumpur. Janji asalnya, pertemuan akan diadakan di Ipoh.

Kemudian berubah. Apabila Ir. Nizar yang sudah bergelar Menteri Besar terpaksa menghadiri jamuan makan diraja dan Mesyuarat Dewan Negara di Kuala Kangsar.Jam 5.00 petang baru kami dapat bertemu dengan Ir. Nizar. Itupun di kafeteria sahaja. Beliau sudah berkemas untuk ke Ipoh.

Setibanya beliau, saya dan Hj. Mohd Sabu menghulurkan tangan, mengucapkan tahniah atas perlantikan beliau sebagai Menteri Besar. Beliau kelihatan begitu ceria sekali.Beberapa petugas keselamatan, barangkali dari Unit Amal Perak mengawasi beliau. Tiada seorangpun pimpinan PAS negeri ketika itu.Yang kelihatan sibuk, sahabat saya yang dulunya Setiausaha Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri (JPN), Sdra. Amran.Barangkali, Sdra. Amran bertindak sebagai Setiausaha Peribadi kepada Ir. Nizar. Saya tanyakan kepada beliau. Tapi beliaupun susah hendak beri jawapan.

Sudah tentulah, pada waktu ini jawatan seperti Setiausaha Politik, Setiausaha Akhbar, Setiausaha Peribadi, Pegawai Khas dan lain-lain belum diisi lagi.

Malah, sehingga hari ini Isnin (25 Mac 2008), senarai Excopun belum diperkenankan Sultan untuk angkat sumpah.

Dalam pertemuan selama 20 minit dengan Menteri Besar Perak itu, saya sempat menghulurkan secebis nota, hasrat seorang rakan saya, Prof. Dr. Abdul Aziz Bari yang teringin nak bertemu dan diskas beberapa perkara dengan Ir. Nizar."Buat masa ini, sibuk sangat. Nanti ana bagi tau kemudian," ujar Menteri Besar Perak itu kepada saya.

Ir Nizar masih ramah seperti dulu dan saya mengenalinya sejak beliau menyertai kepimpinan PAS Perak dibawah Pesuruhjayanya, Ustaz Haji Ahmad Awang.

Beliau juga antara pemimpin PAS Perak yang diamanahkan untuk memantau PAS Kawasan Parit sewaktu "krisis" selepas pilihan raya 1999 dan saya ketika itu Ketua Penerangan dan tidak lama kemudian dilantik Setiausaha PAS Kawasan.

Ir. Nizar juga antara yang menyokong penuh penerbitan Buletin Al-Ridhwan, lidah rasmi PAS Perak yang saya kendalikan sekitar tahun 2002.

Masa terlalu singkat. Tidak lebih 20 minit kami berbicara. Haji Mohd Sabu antara yang rancak. Ir. Nizar meminta diri.

Tamat pertemuan itu, saya menghantarnya ke kereta kerana beliau terpaksa bergegas ke Ipoh, ada satu lagi program di sana. Hanya sebuah kereta peronda polis mengiringinya.

Kata, rakan saya, Ir. Nizar tidak mahu diiring terlalu banyak kereta polis dan polis trafik. Pada hari itu, keselamatannya masih dikawal oleh beberapa orang anak muda, selain dari polis.

Kami berpisah. Haji Mohd Sabu menuju ke Pulau Pinang semula dan saya mengarahkan kereta ke Kuala Lumpur. Suatu yang tidak pernah diimpikan, PAS boleh menjadi Menteri Besar di Perak, ulas saya pada Radhi.

Dia tersenyum puas sambil menyebut itulah tanda kebesaran Allah. Apa yang penting, kita kuatkan kerja, banyakkan cawangan. Jika Allah nak beri, lihatlah sekarang... tiada siapa boleh halang!

Dicatat oleh TARMIZI MOHD JAM di Selasa, Mac 25, 2008

GEMPAR: Para BLOGGERS Akan DIBELI Kerajaan BN?

GEMPAR: Para BLOGGERS Akan DIBELI Kerajaan BN?

By TARMIZI MOHD JAM
SEBELUM ini Menteri Penerangan yang baru, Ahmad Shabery Chik mahu bertemu para blogger dan webmaster. Beliau mengakui peranan blogger dalam menumbangkan BN pada pilihan raya lalu.Semalam, Menteri Belia dan Sukan pula bersetuu, anak-anak muda begitu kuat terpengaruh dengan internet dan pandangan para blogger. Baginya, blog adalah medium terkini yang mampu mempengaruhi genarasi muda tanpa perlu mendengar kempen pilihan raya di tapak ceramah.

Hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pula mengakui kekalahan BN akibat rasa tidak peduli impak internet dan SMS menjelang pilihanraya umum 8 Mac lalu.”Kami ingat ia tidak penting...ianya satu kesilapan amat besar...kami fikir suratkhabar sudah cukup,” katanya dalam ucapan di Persidangan Invest Malaysia 2008 di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Anak Badawi itu menyalahkan BN yang gagal menguasai perang siber hingga menyebabkan prestasi BN ranap.Perdana Menteri yang tertekan dengan pelbagai isu kini menegaskan para pengundi khususnya generasi muda yang internet savvy sudahpun memberi peringatan pukulan siber dan bloggers ini dan pihak kerajaan katanya, akan respon mengikut keadaan semasa.

Berdasarkan pengakuan tidak sengaja mereka, pertemuan yang akan diatur oleh Kementerian Penerangan tidak lebih dari usaha untuk menebuk dan mencari lubang kelemahan, rundingan, tolak ansur dan memacahkan pakatan para bloggers agar tidak menyerang BN pada pilihan raya ke 13 nanti.Menurut sumber, BN akan mempergunakan apa sahaja taktik dan strategi bagi memikat dan mengikat para bloggers (yang dikatakan terdiri para penganggur itu) dengan tawaran kerja, modal dan seumpamanya agar mereka boleh menumpukan kerja seharian seperti orang lain, dan tidak menulis dan mendedahkan keaiban kerajan BN.

Para bloggers, kata sumber itu, dinasihati terus istiqamah dan tidak mudah terpedaya dengan tawaran dan pujuk raya pihak BN dalam mana-mana pertemuan atau rundingan dengan mereka sedikit masa lagi.Jelas sumber itu lagi, nama-nama bloggers dan blog serta website kendalian mereka sudah dikenalpasti oleh pihak kerajaan.

Menjadi tanggungjawab mereka pula untuk melunturkan serangan dengan rundingan dan tawaran.Kata sumber itu lagi, usaha untuk "membeli" para bloggers akan dilakukan untuk mengurangkan jumlahnya dan menghakis kepercayaan pengunjung (rakyat) terhadap blog kendalian mereka.

Siapa Derhaka

Oleh YB Hj Mahfuz Omar
http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=8075&mode=thread&order=0&thold=0
KECELARUAN politik Umno/BN semakin terserlah ekoran kegagalan mereka mendapat majoriti dua pertiga di Parlimen dan kehilangan empat lagi negeri termasuk hanya menang 1 kerusi sahaja di Kuala Lumpur kepada Barisan Alternatif (BA). Walaupun para pemimpin BN masih mendakwa mereka kuat dan mempunyai kerajaan yang kukuh, ternyata isu-isu yang tercetus kebelakangan ini menggambarkan perkara yang sebaliknya. Bayangkan betapa ‘gabranya’ BN sehingga terpaksa menggunakan perisik untuk mengorek maklumat tentang kemungkinan wakil rakyat mereka di Sabah dan Sarawak akan menyokong BA. Keadaan ini telah memaksa mereka mencadangkan supaya satu rang undang-undang anti lompat parti diwujudkan.

Satu masa dahulu undang-undang ini telah diwujudkan di Sabah dan Kelantan untuk menghalang BN daripada membeli wakil rakyat untuk menjatuhkan kerajaan PAS di Kelantan dan PBS di Sabah. Tetapi ekoran kejayaan Umno membeli empat wakil rakyat, termasuk dua ADUN S46 pada 1992, menyebabkan pilihan raya kecil terpaksa diadakan. Apabila calon BN dikalahkan oleh rakyat, maka mereka membawa kes ini ke mahkamah. Kes Nordin Salleh vs Kerajaan Kelantan telah menyebabkan undang-undang anti lompat di Kelantan dan Sabah dianggap bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan kedua-duanya terbatal.

Kini giliran BN pula tersepit apabila ada di kalangan wakil rakyat mereka sendiri ’lebih yakin’ dengan kemampuan BA berbanding BN. Mereka mahu ada undang-undang untuk menyekat wakil rakyat bertukar parti. Pelbagai gelaran dilabelkan kepada mereka yang mahu melompat seperti ‘katak’, ‘tiada maruah’, ‘perosak politik’ dan sebagainya. Perdana Menteri sendiri membuat tuduhan bahawa BA mahu membeli wakil rakyat mereka dan menganggap ini adalah satu rasuah. Bahkan, dua ADUN Terengganu yang dikatakan akan menyokong Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar pun disiasat oleh BPR.

Umno harus tahu bahawa BA tidak mempunyai cukup wang untuk membeli wakil rakyat mereka, tetapi mempunyai dasar dan perjuangan yang cukup meyakinkan YB mereka untuk berubah parti. Budaya membeli wakil rakyat ini adalah budaya BN. Kita amat jarang mendengar wakil rakyat BN masuk PAS atau parti pembangkang lain, tetapi kita biasa mendengar wakil-wakil pembangkang melompat kepada BN. Kerana apa? Kerana ‘dibeli’ oleh BN, sebab itu bila ada sahaja desas-desus wakil rakyat BN hendak melompat, maka yang tercetus di kepala PM ialah ’dibeli’. Kita tentu sahaja masih ingat bagaimana Kerajaan PAS Terengganu dijatuhkan pada 1961 oleh Umno/Perikatan; peristiwa ’turn about-about turn’ di Kelantan pada 1967; kejatuhan Kerajaan PBS di Sabah pada 1994 dan juga usaha-usaha membeli wakil rakyat PAS pada 2004. Ini semua adalah jenayah politik Perikatan/BN.

Berbalik kepada kekecohan politik yang sedang berlaku hari ini, kita mendapati bahawa Umno sudah kehilangan pedoman dan tidak dapat mengemudi politik negara dengan berkesan lagi. Di dalam Umno, pergolakan begitu hebat. Ku Li menyatakan kesediaan untuk mencabar Presiden Umno, Dr Mahathir pula mahu Pak Lah bertanggangungjawab dan berhenti segera, Datuk Mukhriz dengan berani menghantar surat mendesak PM berundur, Radzi Sheikh Ahmad sudah berpindah kem, Khir Toyo pula terpaksa menyerahkan kuasanya kepada Muhammad Taib, Rafidah Aziz nampaknya masih belum berpuas hati, sedang Khairy Jamaluddin dikatakan terus berkuasa dalam Umno.

Kabinet baru yang dibentuk langsung tidak meyakinkan rakyat lebih-lebih lagi dengan kemunculan semula menteri-menteri ’otai’ yang kebanyakkannya bermasalah. Ditambah lagi apabila menteri yang bertanggungjawab terhadap undang-undang mengakui bahawa pemecatan Tun Salleh Abas sebagai Ketua Hakim Negara bukan sahaja satu kesilapan, bahkan membuka ruang kepada hakim-hakim rasuah menjadi Ketua Hakim Negara. Rakyat masih belum bercakap soal inflasi yang semakin meningkat, kejatuhan saham atau kemungkinan harga petrol dinaikkan. Tetapi pergolakan politik yang diharu-birukan sendiri oleh Umno/BN sudah cukup untuk memanaskan keadaan.

Di negeri-negeri, suasana nampak tenang di Kelantan dan Kedah yang diperintah oleh PAS. Tidak ada satu perkataan pun ditujukan untuk mencerca PAS di Kelantan melainkan kenyataan kecewa oleh Zam. Di Kedah, percubaan mereka untuk menimbulkan isu Tadika Kemas gagal apabila Menteri Besar mengarahkan ia beroperasi seperti biasa diikuti oleh arahan kerajaan Selangor, Perak dan Pulau Pinang.

Kenyataan Lim Guang Eng bahawa beliau akan mentadbir seadil Khalifah Umar Abdul Aziz mematikan semangat perkauman Umno di pulau mutiara itu. Kelewatan BA membentuk kerajaan di Selangor dan Perak menjadi senjata BN, tetapi untuk sementara waktu sahaja. Di Selangor selesai dengan cepat kerana BA mendapat majoriti yang lebih besar, manakala di Perak ada masalah kerana DAP yang mendapat majoriti tidak mempunyai wakil Melayu untuk diangkat sebagai Menteri Besar. Tetapi semuanya selesai di meja rundingan apabila parti-parti BA bersedia bertolak ansur demi menamatkan kezaliman BN.

Mereka sudah ketiadaan isu untuk memburukkan pembangkang dan kini proses melaksanakan manifesto sedang bermula. Masalah yang kian parah sekarang ialah kegagalan BN membentuk kerajaan di Terengganu walaupun menguasai dua pertiga majoriti. Krisis politik dalaman mereka kini bertukar menjadi perbalahan dengan istana. Sultan Terengganu yang menjadi Yang di-Pertuan Agong hanya berdiam diri, tetapi Majlis Pemangku Raja nampaknya memahami bahawa sultan dan rakyat Terengganu tidak mahu berketuakan seorang menteri besar yang rakus dan bertopengkan agama. Sultan dikhabarkan mahu seorang yang ’baik’ menjadi MB dengan maksud MB lama ’tidak baik’.

Apabila MPR menawarkan jawatan MB kepada Ahmad Said, penyokong Idris Jusoh segera membuat laporan BPR tentang aktiviti rasuah calon MB baru itu. Terbukti Pak Lah penipu! Dia memberitahu rakyat bahawa semua calon BN bersih dan telah ditapis termasuk oleh BPR. Apabila Ahmad Said hendak dilantik sebagai MB, juak-juak BN sendiri mendedahkan kegiatan haram mereka. Jika Ahmad Said yang dianggap ’terbaik’ oleh Istana pun didakwa terlibat dengan rasuah, inikan pula wakil-wakil rakyat lain yang ’kurang baiknya’ itu.

Di sebalik masalah ’kebersihan’ wakil rakyat BN ini, lebih ketara sekarang ialah ’penderhakaan’ terbuka Umno/BN terhadap istana. 23 wakil rakyat BN menyertai Pak Lah dan kuncu-kuncunya mempertikaikan keputusan istana untuk menolak Idris Jusoh. Apa hebatnya Idris Jusoh sehingga bermati-matian mahu dipertahankan oleh 23 wakil rakyat Umno ini sehingga sanggup menderhakai sultan. Mungkin Idris Jusoh boleh memberikan mereka projek-projek di Pulau Wan Man atau mendapat tender untuk Monsun Cup, walaupun semua rakyat tahu projek tersebut sudah dibolot oleh Patrick Badawi dan Khairy Jamaluddin. Penderhakaan kepada sultan adalah suatu yang amat asing dalam politik Melayu.

Pemimpin-pemimpin dahulu kala sudah banyak terkena tulah dan daulat kerana cuba menderhaka, tetapi Idris Jusoh dan kroninya masih sanggup untuk berbuat demikian demi kuasa. Kita menyokong jika raja yang zalim ditentang, tetapi kita hairan apabila sultan yang mahukan keadilan disanggah. Ia ternyata satu perbuatan pemimpin yang zalim. Ketika pergolakan berlaku di Perak kerana Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengarahkan ADUN DAP memulaukan majlis angkat sumpah MB Perak, Umno segera menuduh Kit Siang derhaka.
Ketua Penerangannya, Tan Sri Muhammad Mohd Taib bertalu-talu menyerang Kit Siang, tetapi pemimpin DAP itu cepat sedar akan kesilapannya lalu segera memohon maaf kepada istana. Shahidan Kassim yang tidak direstui Raja Perlis juga diam sahaja apabila istana tidak memilihnya.

Kini, Idris Jusoh sahaja yang terus menderhaka. Rakyat masih tercari-cari ke mana tokoh yang pernah melarikan anak Sultan Selangor itu untuk mengecap ’derhaka’ kepada Idris Jusoh pula! Kini ludah sudah jatuh ke muka sendiri. Kita akui perbuatan Kit Siang tidak wajar tetapi kita berbesar hati apabila dia sanggup meminta maaf dan kembali ke pangkal jalan.

Namun rakyat sudah kepeningan apabila Idris Jusoh yang biasa menjadi Timbalan Menteri dan Menteri Besar begitu biadap terhadap sultan. Sultan menolak beliau kerana ’dosa-dosa’nya sepanjang empat tahun menjadi MB negeri itu. Sultan sudah tahu segala karenah dan kebobrokan beliau sebagai Ketua Kerajaan. Sultan tidak mahu Idris Jusoh lagi. Itu sahaja. Mengapa Idris berkeras, degil dan biadap terhadap Istana? Adakah kerana masih banyak wang rakyat yang belum dipunggah atau diagihkan kepada Patrick Badawi.

Maka, kerana itu Pak Lah mempertahankan Idris Jusoh? Satu isu yang besar sekarang ialah pertembungan antara Perdana Menteri yang didesak meletak jawatan dengan Yang di-Pertuan Agong yang juga Sultan Terengganu. Memang Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai hak untuk campur tangan di Terengganu, tetapi rakyat mempersoalkan mengapa Pak Lah bermati-matian mahu mempertahan Idris yang sudah ditolak oleh istana.

Adakah Pak Lah juga cuba menderhakai sultan. Jika pemimpin BN itu serius mahu menentang sultan, kita mencabar mereka memecat Ahmad Said sebagai ahli Umno seperti yang diugut sebelum ini. Pak Lah dan Idris tidak patut menerima Ahmad Said sebagai menteri besar jika mereka berterusan memusuhi istana Terengganu. Saya berharap supaya Sultan Terengganu memikirkan untuk menarik balik pingat dan bintang kebesaran yang pernah dianugerahkan kepada Pak Lah, Idris dan juga Rasol Wahid kerana penderhakaan ini.

Nampaknya Umno lebih suka mempertahankan kepentingan poket dan perut masing-masing daripada mempertahankan kepentingan Melayu atau kepentingan negeri dan rakyat Terengganu. Di Pulau Pinang mereka melakonkan perjuangan hak Melayu, tetapi membunuhnya di Terengganu. Dahulu mereka merompak wang royalti milik rakyat Terengganu, kini mereka menghina Sultan Terengganu. Apabila seseorang pemimpin lebih mementingkan projek daripada rakyat, mereka akan sanggup melawan sultan. Keadaan ini amat menggugat kestabilan ekonomi dan politik negara, selain turut mencabuli kedaulatan Raja-raja Melayu. Rakyat sudah boleh menilai sendiri siapa Umno sebenarnya. Adakah seorang pejuang Melayu menderhakai sultannya? Umno sudah kehilangan taring politiknya.

Mereka sudah cacamerba dan kehilangan arah perjuangan. Membela Melayu, sultan ditentang. Membela DEB, kroni kekenyangan. Membela Islam, murtad berkembang. Membela rakyat, keadilan hilang. Apapun, saya mengucapkan tahniah kepada rakyat yang telah bertindak bijak menafikan dua pertiga BN sekali gus menyelamatkan hak rakyat daripada terus menjadi mangsa kerakusan BN.

YB Hj Mahfuz Omar
Ketua Penerangan PAS Pusat
Ahli Parlimen Pokok Sena

ULASAN :

Keadaan UMNO dibawah pimpinan Abdullah Ahmad Badawi terlalu lemah. Beliau menerima tentangan daripada berbagai sudut. Sultan dan Raja sudah hilang kepercayaan kepadanya lagi. Mereka hanya sekadar menurut peraturan yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan, tetapi yang menjadi mereka berhak dalam Perlembagaan Negeri, mereka pertahankan dan menggunakan sepenuhnya bagi melemahkan pentadbiran Abdullah. Abdullah tidak mampu bertindak. Suara dan tidakannya tidak di dengar lagi. Yang masih sokong Abdullah adalah orang-orang yang ada kepentingan. Masuk politik untuk mencari makan. Kini, Abdullah hanya bergayut kepada saki baki kuasa yang ada.

Buat masa ini untuk menjatuhkan kuasa Abdullah paling senang dan rapuh. Syaratnya seluruh rakyat [yang berkepentingan dengannya] dan bermuafakatan di antara parti-parti pembangkang sangat diperlukan bagi menyemarakkan api anti pemerintahan Abdullah 3 beranak. Dalam pada itu, jangan lupa intai-intai kerabat-kerabat BN yang terpinggir, mereka ini penting.

Ayoh BA, tunggu apa lagi...........
"SELAMATKAN RAKYAT SELAMATKAN NEGARA"
"PROTES SAMPAI TURUN"
Wassalam

Tuesday, March 25, 2008

Tuesday, March 25, 2008

Perkataan 'binatang' penyokong Idris ditujukan kepada Sultan - Salahuddin
KUALA LUMPUR, 26 Mac: Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub menyifatkan istilah 'natang' (binatang) yang digunakan oleh penyokong Datuk Idris Jusuh pada satu slogan yang tertera pada kain rentang mereka ketika himpunan dikediaman Idris dekat Kuala Terengganu baru-baru ini ditujukan kepada Sultan negeri itu.

Kata Salahuddin beliau sangat yakin istilah itu merujuk kepada Sultan kerana slogan yang berbunyi 'Kami nak Idris, natang! (kami mahukan Idris, binatang) itu bertujuan membantah perlantikan membantah keputusan pelantikan Adun Kijal, Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu.“Sultan yang mahukan Ahmad Said menjadi Menteri Besar," kata ketua Pemuda PAS itu dalam sidang akhbar di Pejabat PAS jalan Raja Laut hari ini.Ditanya kemungkinan istilah binatang itu dituju kepada orang lain, Salahuddin berkata ia tetap akan ditafsirkan oleh orang ramai sebagai dituju kepada Sultan kerana pemilihan Ahmad Said dan penolakan Idris sebagai Menteri Besar merupakan keputusan (perkenan) Sultan.
(Gambar:Salahuddin menunjukkan gambar kain rentang yang tertera slogan 'Kami nok Deris, natang')

Sehubungan itu kata beliau, Pemuda PAS telah mengarahkan pihaknya di Terengganu membuat laporan Polis diseluruh negeri kerana beranggapan isu tersebut sebagai bahaya dan menghasut.
Isu Menteri Besar Terengganu mula menjadi kontraversi apabila Ahmad Said bakal dilantik sebagai Menteri Besar yang baru menggantikan Idris selepas pilihan raya umum yang lalu.Sedangkan Idris dikatakan telahpun menerima watikah daripada Perdana Menteri untuk dilantik semula sebagai MB Terengganu.Sehubungan itu, keputusan yang dibuat oleh Majlis Penasihat Pemangku Raja dalam melaksanakan fungsi bagi pihak Pemangku Raja untuk memilih Ahmad itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan penyokong Idris sehinggalah bertindak mengadakan perhimpunan menunjukkan bantahan mereka di kediaman rumah Menteri Besar yang masih diduduki oleh Idris.

Sementara dalam perkembangan berkaitan, bantahan secara terbuka terhadap perkenan Sultan Terengganu itu turut dinyatakan oleh beberapa pimpinan Umno di peringkat Pusat.Bahkan Ahmad turut diingatkan berkemungkinan akan dikenakan tindakan disiplin oleh parti dan akan berlaku undi tidak percaya sekiranya beliau tetap mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar.
Posted by Siasah at 2:23 AM

http://siasahdaily.blogspot.com/

BK Tan

Pendedahan Raja Petra Kamarudin dalam tulisannya yang bertajuk "The unholy trinity" amat menggerunkan. Tidak mudah untuk membakulsampahkan tulisan Raja Petra. Beliau malah pernah mengemukakan cabaran dalam tulisan bertajuk "A challenge to investigate Malaysia Today".Sebelum ini, dalam artikel bertajuk "All that crap", Raja Petra mendedahkan perkembangan terbaru yang berlaku senyap-senyap:

Pada 10 Disember lalu, Peguam Negara menulis surat kepada Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Mohd. Johari Baharom meminta beliau membebaskan Goh Cheng Poh a.k.a ‘Tengku’ Goh dari tahanan daerah. Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Tengku Goh ialah orang nombor dua kepada BK Tan, kepala sindiket jenayah terancang yang menguasai dadah, persundalan, ceti haram dan rangkaian perjudian haram di seluruh Malaysia. Beliau juga menguasai sistem maklumat berkomputer polis. Dari apa yang diceritakan oleh Raja Petra, sebahagian besarnya bermula dengan perseteruan antara Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Mohd. Johari Baharom dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. Puncanya, kata beliau, kerana Musa menghapuskan kongsi gelap atau sindiket jenayah yang, menurut beliau, bersekutu dengan Johari.

Tidak ada jawapan pasti kepada persoalan adakah Musa melakukan tindakan itu untuk memastikan tidak ada pesaing lagi yang mengganggu sindiket jenayah tertentu?Apa yang cuba digambarkan sebagai persekongkolan Johari dengan sindiket jenayah tertentu tidak diketahui oleh sesiapa pun sehinggalah sebuah laman web penuh misteri tiba-tiba-tiba muncul mendedahkan Johari membebaskan tiga orang yang ditahan di bawah Ordinan Darurat. Johari dituduh menerima rasuah RM5.5 juta untuk membebaskan tahanan-tahanan itu.Badan Pencegah Rasuah (BPR) terus melancarkan siasatan. Johari di ambang kehancuran.Johari tidak berdiam diri. Beliau bertindak balas. Menurut Raja Petra, eliau mengancam akan mendedahkan tindakan Majlis Tertinggi Umno membuat keputusan mensabotaj bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Moahamad dalam pemilihan perwakilan Umno Kubang Pasu tahun lalu.Tindakan Majlis Tertinggi itu merupakan pencabulan perlembagaan Umno.

Jika perkara itu didedahkan, kesemua ahli Majlis Tertinggi mesti meletakkan jawatan, termasuk Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (sila baca Dolahgate).Akhirnya, kata Raja Petra lagi, persetujuan dibuat. BPR lalu mengumumkan tidak ada kes ke atas Johari. Sebagai balasannya, Johari tidak akan membuka mulut mengenai peranannya dalam mensabotaj Dr Mahathir seperti yang diputuskan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno itu.Selepas itu, Johari cuba memusnahkan Musa. Menurut Raja Petra, beliau marah apabila mendapat tahu orang di belakang laman web itu ialah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Christopher Wan Soo Kee. Wan dikenali sebagai "running dog" Musa. Beliau mengarahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Ramli Yusof untuk mengambil tindakan ke atas Goh Cheng Poh atau 'Tengku' Goh.Bukan setakat itu, siasatan juga dimulakan ke atas ketua 'Tengku' Goh, iaitu BK Tan.

Dalam akuan berkanun ASP Mior Fahim Ahmad, BK Tan disebutkan oleh beliau sebagai "mempunyai perhubungan yang amat baik dengan Tan Sri KPN dan akan mendengar setiap cadangan dan nasihat BK Tan"Bagaimanapun, Johari terpaksa mengalah kerana Musa tidak bersendirian. Peguam Negara dan Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) bersama-samanya.Tetapi, sebagai ahli politik, Johari bijak. Beliau cepat-cepat mencapai kata sepakat dan membiarkan begitu sahaja pegawai-pegawai polis yang sebelum ini digunakannya untuk menyaiasat Tan dan Goh, kata Raja Petra. Hampir kesemuanya kini menghadapi tindakan BPR.Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar pernah mendesak Perdana Menteri menyiasat dan mengambil tindakan terhadap apa yang didakwa sebagai pakatan Ketua Polis Negara, BPR dan Peguam Negara ."Jika Perdana Menteri benar-benar tidak tahu atau sengaja tidak mahu mengambil tahu, amat malanglah negara ini mempunyai Perdana Menteri seperti itu sedangkan ketiga-tiganya berada di bawah bidang kuasa Abdullah sebagai Perdana Menteri dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri," katanya.Adakah Perdana Menteri tidak tahu? Jika tahu, mengapa Perdana Menteri tidak bertindak?

Menurut Raja Petra, tangan Perdana Menteri terikat.Perdana Menteri, kata Raja Petra, sebelum ini mengarahkan KPN menahan rakan kongsi anaknya, BSA Tahir ditahan di bawah Seksyen 8, Akta Keselamatan Dalam Negeri.Penahanan di bawah Seksyen 8, sama seperti yang ditetapkan ke atas lima pemimpin Hindu Rights Action Force (Hindraf) baru-baru ini, tidak memerlukan orang yang ditahan menjalani soal-siasat polis selama 60 hari, seperti yang diharungi oleh mereka yang ditahan di bawah Seksyen 73 ISA. Penahanan di bawah Seksyen 8 adalah di bawah bidang kuasa Menteri Keselamatan Dalam Negeri, jawatan yang dipegang Perdana Menteri sendiri.Jika Tahir disiasat polis, menurut editor Malaysia Today itu, akan terdedahlah siapa lagi yang terlibat dalam tindakan Scomi mengeksport komponen nuklear ke Libya.

Perkara itu amat berbahaya kerana Scomi adalah syarikat milik Kamaluddin, anak Perdana Menteri. Jika siasatan membuktikan Kamaluddin tahu tindakan Tahir menggunakan Scomi untuk mengeksport komponen nuklear ke Libya, kepala Kamaluddin terpaksa diserahkan kepada Amerika Syarikat.Persoalan yang lebih penting ialah di manakah Tahir sekarang? Adakah beliau berada di Kem Tahanan Kamunting? Jika tidak, di mana?Raja Petra mendakwa, Tahir tidak ditahan. Beliau kini menikmati perlindungan untuk memastikan beliau tidak dapat disentuh oleh Cawangan Khas dan CIA.Perdana Menteri, kata Raja Petra, sebenarnya tidak berkuasa penuh. Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan Ketua Pengarah BPR mempunyai "unholy trinity" mereka (menurut Answers.com, "unholy trinity" sering dirujuk kepada tiga entiti yang disifatkan jahat). Mereka akan berkhidmat kepada Abdullah, kata Raja Petra, selagi Abdullah tidak mengancam kepentingan mereka.Skandal mensabotaj Dr Mahathir, skandal pengeksportan komponen nuklear ke Libya oleh Scomi dan skandal Oil-for-Food sudah cukup untuk menyahkan Abdullah. Tetapi semua itu akan hanya berlaku jika Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan Ketua Pengarah BPR memutuskan untuk menyiasat beliau.

Dan kelihatanya kini, seperti diungkapkan dalam tulisan Raj Petra, "tidak ada keslah".Dari apa yang ditulis oleh Raja Petra itu, timbul persoalan yang lebih besar - siapakah yang berkuasa ke atas negara ini? Tulisan itu bagai menggambarkan Perdana Menteri dikuasai "unholy trinity". "Unholy trinity" pula kelihatan dikuasai oleh BK Tan. Seperti yang diketahui umum, polis sering dituduh "polis raja di Malaysia" dan bukannya "Polis Diraja Malaysia".Jika benar BK Tan menguasai Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan Ketua Pengarah BPR, adakah dia menjadi "raja di Malaysia"? Adakah dia pemerintah sebenar negara ini yang menguasai Umno, Barisan Nasional dan pentadbiran Abdullah?

JANGAN KETERLALUAN MENULIS KOMEN

Posted on Tuesday, March 25 @ 13:16:21 MYT by greenboc

Artikel Pendek Oleh tutuhjang

"

Assalamu'alaikum w.w. & Salam Sejahtera,

Dengan penuh kerendahan hati, saya merayu dan menyeru semoga semua 'bloggers', janganlah keterlaluan membuat ulasan sehingga tergamak membawa-bawa Pak Jusoh ke laman ini. Di samping perkara itu tidak 'relevan', ia tersangat-sangat bersifat peribadi.

Kita hendaklah menyedari bahawa segala sesuatu yang keterlaluan itu tidak molek dalam budaya kita. Janganlah kita sampai terperangkap dalam 'kegeraman' sehingga kita melupakan 'jati diri' kita dan dikhuatiri akan menjadi 'senjata makan tuan'.

Contoh mudahnya keghairahan penyokong Derih telah 'terjerat dengan ketaksuban pada Derih' dalam satu kesalahan yang tidak akan diampunkan oleh Sultan kerana tergamak menulis sepanduk : Kami Sokong Derih, NATANG'.

Sekiranya Polis TERSEDAR (saya fikir KP Negeri belum sedar) tentang makna sepanduk tersebut, sudah tentu petang ini juga pembawa sepanduk tersebut akan ditangkap, lalu akan bermai-ramailah mereka 'berpesta dalam rumah pasung' beserta dengan pencetus idea, penulis, penggalak dan pemberi habuan kepada 'TRAGEDI SEPANDUK NATANG' ini.

Saya ingin mengingatkan tentang sebuah perbidalan Perpatih "TERLAMPAU KACAU BERPELANTINGAN", ertinya jangan terlampau mengacau (gulai dll), kerana ia akan tumpah keluar (berpelantingan) sehingga akhirnya tidak boleh dimakan.

Walau bagaimanapun, saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua 'bloggers', kerana tanpa keberanian mereka mustahil BN akan menderita kekalahan seperti sekarang. Kehadiran 'bloggers' di laman-laman reformasi telah mamatahkan satu teori yang sangat dominan iaitu 3M (money, mechinery dan media) sebagai penentu kemenangan.

Saudara/ilah PAHLAWAN TANPA TANDA JASA yang akan ditulis dengan 'TINTA EMAS' dalam sejarah Malaysia kelak.

TUTUH JANG SAMPAI MONANG


"

Mana Lebih Derhaka

Posted on Tuesday, March 25 @ 08:17:47 MYT by SongkokPutih

Artikel Oleh PAS Johor Bahru

Sehingga kini kemelut perlantikan MB Terengganu yang baru masih lagi panas dan sensasi dimedia-media dan menjadi bualan rakyat jelata.
Umno yang kini terdesak terus dirundung malang dengan beberapa peristiwa selepas PRU yang ke-12 dimana Umno sudah mula ditolak oleh institusi istana lantaran kebiadapan mereka selama ini.
Malang dan aibnya Umno bukan kepalang, kalau watikah dan surat lantikan dari Pak Lah sendiri sudah tidak laku, apa lagi maknanya. Tidakkah istana juga mahukan Pak Lah berundur.


Kesemua 23 wakil BN terus mengulangi ugutan untuk melepaskan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri jika Ahmad dilantik MB. Persoalannya mana puak-puak ini berani letak jawatan.
Kuasa Umno sudah luntur dan kendur, berita terbaru melaporkan Datuk Ahmad Said diarahkan oleh pihak istana untuk masuk ke Wisma Darul Iman, menafikan terus Datuk Idris Jusoh yang ditolak oleh Istana biarpun 22 lagi Adun BN berdiri dibelakangnya.
Biadapnya Umno selama ini mempertikaikan Sdr Lim Kit Siang Penasihat DAP berkenaan boikot majlis angkat sumpah Adun dari PAS sebagai MB Perak sedangkan ianya adalah salah faham dan permohonan maaf sudahpun dibuat kepada Pemangku Sultan Perak.
Bagaimana pula isunya dengan kemelut perlantikan MB Perlis yang calonnya yang diberi watikah oleh Pak Lah ditolak oleh Istana, tidakkah Pak Lah dan Umno meminta maaf kepada Raja Perlis.
Kini di Terengganu, mungkin bekas MB Datuk Idris Jusoh terlalu berkuasa dengan penyokongnya sehingga keluarnya perkataan natang(binatang) persoalannya kepada siapa mesej ini ditujukan.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan ketika diminta mengulas isu ini berkata, sejak dari dahulu lagi beliau sering menjelaskan pemimpin Umno tidak ikhlas membela nasib orang Melayu memandangkan kepentingan peribadi lebih diutamakan.
Beliau juga menegur Datuk Idris Jusoh yang katanya percaya kepada Qada & Qadar Allah, sepatutnya menasihat penyokongnya tidak bertindak negatif sekiranya beliau benar-benar reda tidak dilantik sebagai Menteri Besar.
Rakyat kini melihat pemimpin Umno negeri semakin tidak bermaruah dalam menangani isu pelantikan menteri besar yang begitu lama untuk diselesaikan menyebabkan wujudnya kecelaruan di kalangan pemimpin Umno negeri dan rasa tidak mempercayai antara satu sama lain walaupun mendapat majoriti dua pertiga dalam PRU baru-baru ini.
Itulah Umno bacul semakin bacul...

Sumber : Jundullah
Layari : http://www.pasjohorbahru.com/

DEMO RAKYAT - SOKONGAN KEPADA ISTANA

Posted on Tuesday, March 25 @ 08:06:29 MYT by greenboc

Nak Royat Oleh edyesdotcom

"

DEMO RAKYAT - SOKONGAN KEPADA ISTANA


TARIKH : 29 MARCH (Sabtu Ini)

MASA : 3 PM

VENUE : DARI DATARAN MERDEKA 'MARCHING' KE ISTANA NEGARA

WARNA BAJU : KUNING (Baju BERSIH pun boleh)


DOLAH BIADAP !!

23 ADUN BIADAP !!

SHAHIDAN KASIM BIADAP !!

MEREKA HARUS DIHUKUM SEBAGAI PENDERHAKA !!!

TAK RETI2 NAK MINTAK AMPUN ? KITA BERDEMONSTRASI MEMBAWA MEMORANDOM !!!

DAULAT TUANKU !!
DAULAT TUANKU !!
DAULAT TUANKU !!
"

Gosip penyalahgunaan kuasa di KPM:

RM151 juta buat membeli gajet LEGO
Posted on Tuesday, March 25 @ 13:06:18 MYT by greenboc

Pelbagai Oleh anjelaktai

"
Baru-baru ini sebuah syarikat penerbitan terkenal (PTS) telah melahirkan rasa kecewa apabila Pak Lah mengekalkan Dato' Hishamuddin Hussein sebagai menteri pelajaran kerana di bawah pentadbirannya kes rasuah semakin menjadi-jadi di kementerian itu.

Menurut PTS, gosip tentang rasuah di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bukan hanya melibatkan projek-projek buku oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), di Bahagian Buku Teks (BBT), dan Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) malahan lebih serius di Bahagian EPRD (Bahagian Penyelidikan dan Perancangan Pendidikan) kerana bahagian itu menguruskan projek-projek pembinaan sekolah.

Gosip-gosip sedemikian sewajarnya mendapat respon segera Datuk Seri Hishamuddin Hussein bagi menjaga kreadibiliti kakitangan KPM yang merupakan antara Kemneterian paling utama dalam menjayakan dasar Perdana Menteri ke arah menjana modal insan kelas dunia.

Kali ini sekali lagi pihak berkenaan mendedahkan gosip berkaitan salahguna kuasa di Kementerian Pelajaran di bawah pimpinan Menteri pelajaran Datuk Seri Hishamuddin Hussein. Gosip-gosip berkaitan dipaparkan dalam laman Universitipts.com. Berikut dipetik gosip berkaitan salahguna kuasa seperti yang didakwa oleh pihak berkenaan.

------
Lagi gosip penyalahgunaan kuasa di KPM: RM151 juta buat membeli gajet LEGO

Sumber: Universitipts.com.

Gosip. Gosip. Gosip lagi...
Bukan baru hari ini sahaja mulut-mulut komuniti bisnes dan komuniti pendidikan berbuih-buih bercakap tentang pelbagai projek pembelian buku dan bukan-buku yang berlaku di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), yang dikatakan dibuat oleh orang politik dengan tidak dibincangkan terlebih dahulu dengan pakar-pakar pendidikan.

Satu lagi pembelian yang digosipkan itu adalah pembelian produk LEGO. Ya, syarikat pembuat permainan LEGO dari Denmark, negara yang dikaitkan dengan lukisan kartun menghina Nabi Muhammad (bacalah salam untuk beliau, anggota keluarga beliau dan sahabat-sahabat beliau).

Produk LEGO itu adalah untuk digunakan oleh guru-guru bagi mengajarkan mata pelajaran rekacipta di semua sekolah menengah. Menurut yang empunya gosip, RM10 juta sudah dibayarkan kepada kontraktor pembekal pada 2007, manakala RM141 juta lagi akan dikeluarkan tahun 2008 ini.

Menurut gosip yang sedang merebak macam api belukar musim panas itu, baik peruntukan RM189 juta untuk membeli gajet F1 mahupun RM151 juta untuk membeli LEGO, kedua-dua kontrak itu dirundingkan terus ( direct negotiation ) antara kontraktor dengan menteri, tidak menggunakan sistem tender biasa.

Demikian juga dengan pemilihan produk yang dibeli, menterinya hanya mendengar nasihat daripada agen-agen dan salesman F1 dan LEGO, dengan tidak meminta nasihat pakar-pakar yang ada di kementerian.

Gosip yang kita dengar mengatakan Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) tidak pernah memasukkan kedua-dua produk itu dalam kurikulum rekacipta yang digubalnya, oleh itu PPK tidak mempunyai bajet untuk membeli gajet F1 dan LEGO, yang kedua-duanya bernilai RM340 juta. Malah pegawai-pegawai PPK tidak tahu menahu akan pembelian itu sehinggalah diberitahu oleh sumber dari pejabat menteri sendiri.

Nota: Sistem direct negotiation dibenarkan oleh kementerian kewangan bagi membolehkan kontrak diberikan terus kepada syarikat yang 100% dimiliki oleh Bumiputera (baca, UMNOputera). Sistem direct negotiation inilah yang membolehkan korupsi, nepotisme dan kronisme diamalkan dengan efektif.

"

KOMEN RAIS TAK MASAK

Posted on Tuesday, March 25 @ 14:07:38 MYT by greenboc

Artikel Oleh angahcipoi

"Tuesday, March 25, 2008

Tiba-tiba aje hari ni heboh pulak pasal komen Rais Yatim tentang perlantikan Datuk Ahmad Said MB Terengganu.Rais dikatakan berkata Ahmad Said akan jatuh macam "nangka masak".Aku rasa komen ni tak kena pada tempatnya lagi pun istilah yang digunakan jatuh macam nangka masak tu tak pernah digunakan orang kecuali oleh Rais Yatim aje. Biasanya orang akan menggunakan istilah jatuh seperti "nangka busuk". Oleh itu aku merasakan komen Rais Yatim ini tak masak juga lah.
Mungkin komen ini hanya melepaskan batuk di tangga kerana tidak mahu orang mempertikaikan di mana kah pendirian Rais Yatim setelah berlaku kekecohan perlantikan MB Terengganu ini? Adakah Rais Yatim bersatu hati dengan pendirian Pak Lah, Deris Jusoh dan UMNO? Atau adakah Rais Yatim bersetuju dengan pendapat sahabat lama nya dalam Semangat 46 iaitu Tengku Razaleigh yang menyokong perlantikan Datuk Ahmad Said sebagai MB Terengganu? Jadi sebelum Pak Lah atau orang2 UMNO bertanya adalah lebih baik Rais mengeluarkan kenyataan nya dahulu, walaupun komennya seperti telur separuh masak.

Sejarah telah membuktikan bahawa Rais Yatim adalah seorang pejuang lama UMNO yang sanggup menubuhkan UMNO lama (Semangat 46) untuk menentang UMNO Baru yang ditubuhkan oleh Dr Mahathir. Hampir semua jambatan perhubungan beliau (Rais) dengan UMNO telah dibakar oleh beliau sendiri ketika beliau bersama-sama dengan Ku Li dalam Semangat 46. Walaupun begitu jambatan kayu telah diganti dengan jambatan besi AKHIR NYA beliau dan Ku Li sekarang ini berada dalam UMNO Baru semula dan bertanding pula masing2 atas tiket BN.

Namun tidak mustahil sejarah akan berulang. Ku Li telah menyatakan pendirian beliau akan menentang Pak Lah sebagai Presiden UMNO pada pemilihan UMNO akan datang ini jika mendapat 30% sokongan dari seluruh bahagian2 UMNO di Malaysia. Dalam keadaan UMNO di hujung tanduk sekarang tidak mustahil Ku Li akan mendapat lebih dari separuh mandat sokongan bahagian2 UMNO untuk beliau bertanding jawatan Presiden UMNO. Bagaimana pula dengan Rais Yatim? Adakah beliau akan bersama dengan Ku Li atau bersama dengan Pak Lah? Mungkin juga Rais akan ikut Ku Li dan bertanding pula jawatan No 2 dalam UMNO iaitu Timbalan Presiden!!! Jadi mungkin bersatu semula lah gandingan Ku Li-Rais untuk pemilihan UMNO yang akan datang ini. Jika benar ini terjadi maka komen Rais tentang MB Terengganu ini hanya lah komen yang melepaskan batuk di tangga atau komen telur separuh masak untuk mengelakkan segala spekulasi atas diri beliau dan sokongan beliau, kerana tidak ada Nangka Masak yang akan jatuh hanya Nangka Busuk aje yang jatuh.
Posted by angahcipoi at 1:40 PM 0 comments

http://pasjelebu.blogspot.com

Demonstrasi bantah filem Fitna di Belanda


AMSTERDAM 23 Mac – Penunjuk perasaan pelbagai kaum dan agama membanjiri dataran utama di sini semalam untuk menyuarakan tentangan terhadap Ahli Parlimen sayap kanan, Geert Wilders.

Protes bertemakan “Belanda Menunjukkan Pendiriannya” itu merupakan reaksi terhadap filem Wilders, Fitna yang menggambarkan al-Quran sebagai sebuah kitab “fasis”.

Wilders telah menyatakan dia akan menyiarkan filem 15 minit itu pada hujung bulan ini.

Seorang penunjuk perasaan membawa sepanduk dengan slogan bermaksud “bersama-sama menentang kempen populis berhaluan kanan.”

“Saya menentang keras Geert Wilders dan fahaman perkauman tetapi saya fikir amatlah penting untuk menunjukkan bukan sahaja kepada Belanda tetapi juga seluruh dunia bahawa ramai orang yang tidak bersetuju dengan pandangannya itu,” kata Elisa Trepp.

Wilders yang mendakwa dia tidak bersikap perkauman mengetuai sebuah parti yang menduduki sembilan kerusi di Parlimen Belanda, setelah dipilih berdasarkan platform antipendatang.

Pegawai Belanda khuatir filem tersebut boleh mencetuskan protes ganas di negara-negara Islam, seperti yang berlaku dua tahun lalu berikutan penyiaran kartun menghina Nabi Muhammad S.A.W. di akhbar-akhbar Belanda dan Denmark.

Namun tidak ada tokoh politik yang menyertai 2,000-3,000 orang yang berhimpun di dataran utama dikenali sebagai The Dam di sini.

Ketiadaan mereka mengecewakan penunjuk perasaan itu.

“Kerajaan mampu melakukan sesuatu kerana ini demi kepentingan negara – halang dia,” kata Hassan Laeti yang datang jauh dari selatan negara ini.

Hassan berpendapat, Wilders menyalahgunakan kebebasan bersuara yang semestinya ada batasnya.

“Awak boleh mengkritik umat Islam sendiri tetapi bukan agama kami dan Nabi kami kerana itu melibatkan kepercayaan kami,” katanya.

Perdana Menteri, Jan Peter Balkenende telah menyatakan, sungguhpun beliau menolak pandangan Wilders, beliau menyokong kebebasannya untuk bersuara.

Bagaimanapun, Balkenende memberi amaran filem Wilders boleh membawa padah kepada kepentingan Belanda.

Sementara itu, sebuah perkhidmatan Internet berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Network Solutions yang hendak digunakan oleh Wilders untuk menyiarkan filemnya itu mengumumkan mereka telah menutup laman web berkenaan disebabkan aduan yang diterima.

“Laman web ini digantung sementara, Network Solutions menyiasat sama ada kandungan laman web ini melanggar dasar kami,” menurut syarikat tersebut di laman web www.fitnathemovie.com.

Wilder telah mendedahkan rancangannya untuk menayangkan Fitna di Internet setelah stesen-stesen penyiaran Belanda enggan menyiarkannya.

– Agensi

Samy: 15 bahagian gesa undur, 17 sokong


Oleh Aizawati Ahmad

KUALA LUMPUR 23 Mac – Sebanyak 15 bahagian MIC di Selangor menggesa Datuk Seri S. Samy Vellu melepaskan jawatan Presiden parti itu bagi memberi laluan kepada muka baru demi masa depan kaum India di negara ini.

Ketua Bahagian MIC Petaling Jaya Selatan, Barath Maniam yang mendakwa mewakili semua 15 bahagian itu berkata, antara bahagian terlibat ialah Ampang, Selayang dan Banting yang mencapai kata sepakat untuk meminta Samy Vellu berundur dari parti.

“Kita mahu Samy Vellu letak jawatan secara sukarela demi kebaikan MIC kerana masyarakat India sudah tidak percaya kepadanya dan merasakan nasib mereka tidak mendapat pembelaan sewajarnya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, kira-kira 100 ahli MIC Selangor hadir pada mesyuarat hari ini bagi meminta Samy Vellu melepaskan jawatannya sebagai Presiden parti.

Jelas Barath, sepanjang Samy mentadbir MIC, tiada perubahan dilakukan kepada kaum India, sebaliknya terus ketinggalan.

“Samy Vellu memegang jawatan Presiden terlalu lama. Untuk meredakan kemarahan rakyat, beliau perlu berundur.

“Beliau mesti bertanggung jawab terhadap masalah yang berbangkit, pemerintahan beliau sudah tidak relevan dengan MIC,” ujarnya.

Malah lebih membimbangkan, jelas Barath, ramai ahli MIC termasuk pemimpin di peringkat cawangan berhasrat melompat parti dengan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) setelah mendapati MIC tiada lagi berfungsi membela hak rakyat.

Sementara itu Bernama melaporkan, MIC Selangor menyokong dan tetap setia terhadap Samy Vellu untuk terus menerajui parti.

Sokongan itu dinyatakan oleh 17 dari 22 pemimpin bahagian MIC Selangor yang bertemu beliau di rumahnya di sini hari ini.

Seorang lagi pemimpin bahagian yang berada di luar negara, turut menyatakan sokongan menerusi pemimpin lain.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Samy Vellu berkata beliau berterima kasih kepada pemimpin bahagian tersebut di atas sokongan mereka dan berjanji akan menangani masalah yang dihadapi kaum India.

“Pemimpin tersebut mahu saya membawa perubahan positif kepada cara parti beroperasi,” katanya.

Beliau berkata beliau akan menyuntik dinamisme baru di dalam MIC untuk membawa perubahan.

Katanya satu bengkel akan diadakan 30 Mac ini yang akan dihadiri ketua bahagian MIC untuk membincangkan pendekatan baru bagi menjadikan parti itu lebih relevan.

Mesyuarat hari ini turut membincangkan kelemahan parti semasa pilihan raya lepas yang turut melihat beliau gagal mempertahankan kerusi Parlimen Sungai Siput.

Samy Vellu berkata anggota parti yang menyimpang dari prinsip dan perlembagaan parti akan diambil tindakan tegas.


Utusan

20 NGO serah memorandum kepada Sultan Perak


Oleh Zaini Raban

IPOH 23 Mac - Sebanyak 20 badan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili lebih 20,000 ahli akan menyerahkan satu memorandum kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bagi membela nasib orang Melayu yang kini diperintah oleh kerajaan campuran.

Kumpulan itu yang diterajui oleh Generasi Profesional dan Pewaris Bangsa (Prowaris) mendakwa, sebahagian besar orang Melayu di negeri ini begitu bimbang ekoran tiada keseimbangan dalam perkongsian kuasa kerajaan tersebut.

Pengasas Prowaris, Nonee Ashirin Mohd. Radzi berkata, pihaknya juga mendesak agar Sultan Perak menolak hasrat pakatan Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mahu mewujudkan dua jawatan Timbalan Menteri Besar.

''Jawatan dua Timbalan Menteri Besar adalah bertentangan dengan undang-undang kerana ia langsung tidak termaktub di dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.

''Kami percaya tujuan jawatan itu diwujudkan adalah semata-mata untuk kepentingan politik parti DAP dalam menguasai pentadbiran kerajaan negeri Perak yang baru," katanya di sini hari ini.

Nonee Ashirin berkata, rakyat terutamanya kaum Melayu merayu kepada Sultan Perak mempertimbangkan dengan bijaksana mengenai pelantikan ahli-ahli exco kerajaan negeri.

Jelas beliau, formula yang dikemukakan oleh kerajaan campuran supaya melantik enam ahli exco daripada DAP, tiga daripada PKR dan satu daripada Pas perlu ditolak sama sekali kerana membelakangkan kepentingan orang Melayu.

Katanya, jika pelantikan tersebut diperkenankan Sultan Perak, ia secara tidak langsung menggambarkan bahawa negeri ini diperintah oleh kaum lain sedangkan kaum Melayu merupakan penduduk majoriti di negeri ini.

''Sepatutnya jumlah ahli exco dari kaum Melayu mesti lebih ramai daripada kaum lain sebagaimana yang diamalkan oleh kerajaan negeri sebelum ini," katanya.


Utusan

Tetap sokong Idris -- 23 ADUN buat pengakuan dalam pertemuan dengan PM


KUALA LUMPUR 23 Mac - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dalam pertemuan dengan Perdana Menteri dan Presiden UMNO Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi malam ini, 23 daripada 24 anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) di Terengganu telah membuat pengakuan untuk menyokong Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar.

Najib yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata empat ketua bahagian yang hadir dalam kumpulan tersebut iaitu Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Setiu dan Besut juga telah memberi pengakuan untuk menyokong Idris sebagai Menteri Besar.

“Ini bererti mereka berpegang pada prinsip mengikut kepada tafsiran Perlembagaan yang mereka mempunyai suara teramai dalam Dewan Undangan Negeri dan mereka akan hanya menerima Datuk Idris Jusoh sebagai Menteri Besar,” katanya kepada Bernama.

Najib berkata kedudukan Datuk Ahmad Said sebagai ahli UMNO akan ditentukan secara rasmi oleh Majis Tertinggi (MT) parti pada mesyuaratnya Khamis ini.

“Ini adalah untuk menentukan sama ada Datuk Ahmad Said telah melanggar disiplin parti,” katanya.

Najib berkata, kesemua 23 ADUN itu telah memberi pengakuan kepada Presiden parti dan juga kepada beliau sebagai Timbalan Presiden parti.

Pertemuan itu berlangsung di kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana.

Turut hadir dalam pertemuan yang bermula pukul 6 petang dan berakhir 7. 30 malam itu ialah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Bercakap kepada pemberita selepas pertemuan itu, Mohd. Ali berkata, keputusan Perdana Menteri memilih Idris sebagai Menteri Besar adalah muktamad dan meminta istana mematuhi pendirian tersebut.

Sementara itu, Idris pula berkata, beliau gembira dengan pertemuan berkenaan dan menganggap ia “sesuatu yang positif dan baik.’’

Pertemuan itu diadakan berikutan perkembangan terbaru hari ini yang menyaksikan Ahmad Said menerima watikah perisytiharan pelantikan sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru daripada Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) dalam satu upacara tertutup di Istana Tetamu di sini.

Ahmad, 51, menerima watikah pelantikan itu daripada Yang Dipertua majlis itu, Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman dengan disaksikan dua lagi anggota MPPR iaitu Tengku Sri Laksamana Raja Tengku Sulaiman Sultan Ismail dan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman.

Bagaimanapun majlis angkat sumpah jawatan Menteri Besar itu masih belum ditetapkan lagi.