Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

14.12.11

Mahkamah batal saman pengikut Syiah

3:17PM Dis 14, 2011

Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, hari ini berjaya dalam permohonan bagi membatalkan saman yang difailkan seorang pengikut Syiah yang ditangkap dalam satu serbuan pada Disember tahun lalu berhubung artikel yang disiarkan di akhbar Utusan Malaysia.

Hakim Datuk VT Singham membenarkan permohonan Utusan untuk membatalkan saman Mohd Kamilzuhairi Abdul Aziz selepas mendengar hujahan peguam M.Reza Hassan yang mewakili Utusan dan Azhana Mohd Khairudin bertindak bagi Mohd Kamilzuhairi.

Dalam keputusannya, Hakim Singham memutuskan plaintif (Mohd Kamilzuhairi) gagal menimbulkan kausa tindakan yang munasabah terhadap defendan pertama (Utusan).

Beliau juga berkata kenyataan yang dikatakan menfitnah dan disiarkan di Utusan Malaysia pada 17 Dis itu tidak sama sekali merujuk kepada plaintif.

Hakim Singham berkata beliau bersetuju dengan hujahan peguam defendan bahawa keputusan mahkamah hari ini harus konsisten dengan keputusan yang dibuat pada 31 Okt lalu berhubung saman yang sama.

Pada tarikh itu, Hakim Singham membenarkan permohonan bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Muhammad Khusrin Munawi yang dinamakan sebagai defendan kedua dan Jais sebagai defendan ketiga bagi membatalkan saman Mohd Kamilzuhairi.

Hakim Singham juga menolak permohonan Azhana bagi menggantung prosiding kes saman terhadap Utusan sehingga selesai rayuan mereka berhubung keputusan mahkamah pada 31 Okt lepas, diputuskan di Mahkamah Rayuan.

Beliau berkata plaintif gagal menunjukkan sebarang fakta atau alasan khas bagi mahkamah membenarkan permohonan untuk menggantung prosiding itu.

Beliau memerintahkan Mohd Kamilzuhairi membayar kos sebanyak RM4,500 kepada Utusan.

Pada 16 Jun lalu, Mohd Kamilzuhairi menfailkan saman terhadap penerbit dan pencetak akhbar harian Utusan Malaysia dan akhbar Mingguan Malaysia, Utusan Melayu, Muhammad Khusrin dan Jais atas dakwaan menerbitkan kenyataan fitnah berhubung serbuan itu.

Mohd Kamilzuhairi mendakwa pada 16 Dis tahun lalu, Muhammad Khusrin dan JAIS telah mengeluarkan kenyataan fitnah yang kemudiannya disiarkan di Utusan Malaysia pada 17 Dis.

- Bernama

Pengikut Syiah dihadapkan ke mahkamah 7 Jun

Abdul Rahim Sabri
9:58AM Mei 25, 2011

Siasatan terhadap empat pengikut Syiah yang ditahan di Sri Gombak, Kuala Lumpur sewaktu menyambut ulangtahun kelahiran puteri Rasulullah SAW - Fatimah Az-Zahra-semalam dijangka selesai hari ini.

NONEMereka juga dijadualkan akan di bawa ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat untuk sebutan kes petang ini.

Keempat-empat pengikut tersebut iaitu Mohd Kamilzuhairi Abdul Aziz, Radin Ahmad Faizul Radin Mohd Hambali, Mohd Asyraf Ahmad dan Syed Mohd Shafik Syed Hussin disiasat mengikut peruntukan seksyen 12 (C) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

Peruntukan itu menyebut mana-mana orang yang bertindak dengan cara yang menghina kuasa sah, atau mengingkari, melanggar, atau mempertikaikan perintah atau arahan mufti yang dinyatakan atau diberikan melalui fatwa adalah melakukan kesalahan.

Di Selangor, fatwa negeri menyatakan Syiah adalah ajaran yang terkeluar daripada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

NONEPeruntukan itu juga menyebut jika disabitkan kesalahan mereka boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Menjelaskan penangkapan pengikut Syiah itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Marzuki Husin berkata pihaknya mendapat maklumat mengenai majlis berkenaan berdasarkan risalah yang diedarkan.

Katanya beliau menganggarkan seramai 1,000 tetamu yang terdiri daripada orang awam dan orang kurang upaya (OKU) dijangka hadir pada majlis jamuan yang bermula jam 12.30 tengahari sehingga 4 petang.

Menyelitkan dakyah

Seramai 30 penguatkuasa JAIS dan 20 anggota polis serta pegawai Majlis Perbandaran Selayang terlibat dalam serbuan semalam, kata Marzuki.

Ditanya sama ada sambutan memperingati Fatimah yang juga isteri kepada Saidina Ali merupakan satu kesalahan, Marzuki berkata pihaknya tidak mahu umat Islam dipengaruhi.

NONE"Bila (majlis) dianjurkan oleh puak Syiah ini, jadi nanti (umat Islam) akan terikut-ikut dengan gerakan fahaman ini... Kita takut program ini, mereka akan menyelit dakyahnya dan (umat Islam) akan terpengaruh.

"Sebagaimana yang difatwakan, kita tidak mahu terikut-ikut dengan ajaran yang menyalahi Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya.

Ditanya sama ada pihaknya akan menyita markas tempat mereka berkumpul untuk menghalang penyebarannya, Marzuki berkata pihaknya tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian sebaliknya ia di bawah bidang kuasa Majlis Perbandaran Selayang.

Bahkan katanya, majlis jamuan semalam diadakan di sebuah padang awam yang terletak di hadapan markas pengikut ajaran tersebut.

Bagaimanapun, Marzuki menegaskan pihaknya sentiasa memantau aktiviti mereka dari semasa ke semasa dan akan mengambil tindakan terhadap pengikut mereka sekiranya menerima aduan mengenainya.

NONEMenurutnya, ajaran tersebut 'sudah lama' dan setakat ini pihaknya mengenalpasti hanya tempat mereka beroperasi menyebarkan ajaran Syiah.

Katanya, JAIS turut memantau 'banyak' ajaran sesat yang lain di negeri ini antaranya Islam Jamaah dan ajaran Rasul Melayu.

Selain pemantauan, Marzuki berkata pihaknya juga mengadakan seminar dan ceramah bagi memberikan penjelasan kepada rakyat berhubung fahaman Syiah dan ajaran sesat yang lain.

Sementara itu, ketua penguatkuasa JAIS Mohd Rais Rasid ketika dihubungi Malaysiakini memberitahu kes bagi keempat-empat pengikut Syiah itu akan disebut di mahkamah rendah syariah itu 7 Jun ini.

13.12.11

Terkorban pada usia muda


URUTAN gambar peristiwa kemalangan melibatkan Simoncelli yang terkorban dalam perlumbaan di Litar Sepang minggu lalu.

Oleh Hafizahril Hamid

JIKA satu ketika dahulu perlumbaan melibatkan kereta dan motosikal berkuasa tinggi adalah diumpamakan untuk golongan elit sahaja. Namun berikutan peredaran zaman dan dengan bertambahnya kemampuan manusia memiliki kenderaan, perlumbaan sebegini semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat.

Tidak kira sama ada kita menyertai sesuatu perlumbaan atau pun hanya sekadar berlumba suka-suka, satu perkara yang paling ditakuti adalah kemalangan.

Apatah lagi jika ia melibatkan kemalangan maut, kita yang melihat kejadian itu pun sudah menjadi trauma untuk beberapa ketika. Bayangkan pula perasaan ahli keluarga yang terbunuh, pasti sukar untuk menerima kenyataan itu.

Melihat kepada kejadian yang berlaku di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Ahad lepas yang mengorbankan pelumba yang dilihat mampu mencipta nama pada masa hadapan Marco Simoncelli, tiada siapa yang menduga bakatnya berakhir begitu sahaja.

Korban

Simoncelli, 24, terbunuh selepas terbabit dalam kemalangan yang turut melibatkan pelumba, Colin Edward dan Valentino Rossi , hanya beberapa minit selepas perlumbaan MotoGP itu bermula.

Pelumba nombor 6 dunia yang berasal dari Itali itu mengalami kecederaan parah di kepala, tengkuk dan dada, yang berlaku di selekoh 11 ketika saingan baru masuk pusingan kedua.

Kemalangan itu berlaku yang dipercayai berpunca daripada kegagalan Simoncelli mengawal jenteranya dan mengakibatkan dia hilang kawalan lalu terjatuh ke litar sebelum dirempuh oleh motosikal Edwards.

Gabungan dua negara serumpun


Gandingan tiga pelawak ini iaitu (dari kiri) Jepp, Saiful Apek dan Suhaimi sebagai pengacara nyata menghiburkan penonton yang hadir.

Oleh MOHD. KHAIRUL MOHD. ALI
Gambar ABDUL NAZIR MOHAMED

KERJASAMA dua stesen penyiaran tetangga iaitu Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Mediacorp telah bermula sejak 20 tahun yang lalu.

Sebagai meneruskan kesinambungan tersebut, sebuah Konsert Muzika Ekstravaganza telah diadakan dan disiarkan secara langsung dari Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Konsert yang merupakan kali keenam diadakan itu mengenengahkan corak persembahan yang berbentuk gala dan orkestra.

Buat julung kalinya RTM menjadi tuan rumah kepada konsert yang mengimbau kembali nostalgia zaman kegemilangan bintang besar yang pernah mencipta fenomena tersendiri terhadap industri seni serantau.

Konsert ini dihoskan oleh gandingan pelakon dan pelawak dari kedua buah negara iaitu Saiful Apek, Jepp Sepah dan juga Suhaimi dari Singapura.

Gandingan tiga nama yang berbeza generasi ini sememangnya menjadi apabila lawak yang disampaikan walaupun bersahaja mengundang tawa hadirin yang memenuhi auditorium tersebut.

Persembahan yang memakan masa selama dua jam ini dimulakan dengan nyanyian harmoni daripada kumpulan Aristana sebagai pembuka tirai dan diikuti oleh persembahan nyanyian daripada barisan artis terkenal kedua buah negara.

Antara artis dari Malaysia yang membuat persembahan pada malam penuh gemilang tersebut ialah Datuk David Arumugam, Francissca Peter, Azlan & The Typewriter serta Izwan Pilus.

Manakala artis dari seberang yang membuat persembahan penuh bertenaga pada malam tersebut adalah Rahayu, Nana, Eiss, Hanafie Warren dan juga Rudy Djoharnaen.

Persembahan yang dapat disaksikan pada malam tersebut penuh bertenaga kerana setiap penyanyi yang membuat persembahan diiringi dengan muzik hasil gabungan bersama pemuzik Orkestra RTM dan Singapura.

Keunikan yang dapat disaksikan pada malam tersebut bukan sahaja kerana barisan artis yang ditampilkan tetapi juga persembahan kolaborasi antara artis daripada dua negara.

Antara persembahan yang memukau hadirin adalah nyanyian Datuk David Arumugam bersama Hanafie Warren yang menyanyikan lagu Suara Kekasih, Penyesalan dan Sampaikan Salam.

Selain itu, paduan suara antara Azlan dan Eiss, dua penyanyi generasi muda yang mempunyai lontaran vokal yang tinggi ini juga turut menghiburkan hadirin apabila membawa lagu popular kumpulan Search iaitu Pelesit Kota, Isi dan Kulit serta Pawana Pawaka.

Persembahan penuh gemilang yang disiarkan secara langsung melalui saluran TV2 dan Suria yang menandakan kerjasama antara dua buah negara ini diakhiri dengan semua penyanyi menyanyikan lagu Ikhlas Tapi Jauh.

Antara yang hadir menyaksikan konsert pada malam tersebut ialah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim beserta timbalannya, Datuk Magdelin Dennis D'Cruz dan Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Datuk Norhyati Ismail.

Manakala antara kenamaan dari negara jiran yang hadir termasuklah Menteri Penerangan, Perhubungan dan Kesenian Republik Singapura, Dr. Yaacob Ibrahim; Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura, Ong Keng Yong serta Ketua Pegawai Eksekutif Media Development Authority, AuBeck Kam.

Kagumi Sultan Kedah


ALOR SETAR 13 Dis. – Pelantikan Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 dan kali kedua jawatan itu bagi baginda amat bermakna kepada bekas operator telefon Istana Negara, Zulkapli Othman dan keluarganya.

Malah membawa kembali kenangan manis buat Zulkapli dan keluarganya yang pernah berkhidmat dengan Tuanku Abdul Halim semasa baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong Kelima dari 21 September 1970 hingga 20 September 1975.

Zulkapli, 55, dari Alor Gunung, Pumpong dekat sini berkata, pada masa itu beliau berumur 18 tahun dan masih belajar, bertugas sebagai operator telefon bagi syif malam iaitu dari pukul 10 malam hingga 7 pagi selama dua tahun dari 1973 hingga 1975.

Sementara itu arwah ayahnya pula, Othman Ismail merupakan pekerja Istana Kedah yang dibawa oleh baginda ke Istana Negara untuk menguruskan mengenai pakaian protokol baginda semasa menjadi Yang di-Pertuan Agong.

Arwah neneknya pula Jamaliah Awang yang bertugas sebagai tukang masak di Istana Kedah turut dibawa ke Istana Negara untuk penyediaan santapan raja, katanya di sini hari ini.

Zulkapli berkata, bagaimanapun neneknya meninggal dunia setelah bertugas dua tahun di Istana Negara. — BERNAMA

Sultan Kedah catat sejarah


Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bersama Sultanah Kedah Tuanku Haminah Hamidun ketika berangkat pulang selepas sambutan penuh istiadat di Dataran Parlimen, hari ini. Tuanku berdua kemudiannya berangkat ke Istana Negara bagi menghadiri istiadat melafaz sumpah dan menandatangani surat memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14. - BERNAMA

KUALA LUMPUR 13 Dis. – Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara di sini.

Ini merupakan kali kedua baginda dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Kali pertama ialah dari 21 September 1970 hingga 20 September 1975 semasa berusia 43 tahun.

Tuanku Abdul Halim, 84, dipilih oleh Raja-Raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang ke-226 (Khas) di Istana Negara pada 14 Oktober lepas untuk tempoh lima tahun berkuat kuasa hari ini, bagi menggantikan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 semalam.

Sistem penggiliran Yang di-Pertuan Agong dalam kalangan sembilan Raja Melayu dimulakan sejak negara merdeka pada 31 Ogos 1957.


TUANKU Abdul Halim Mu'adzam Shah menyerahkan surat sumpah pelantikan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-14 kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Istiadat Khas Mesyuarat Raja-Raja Ke-227 di Istana Negara, Kuala Lumpur, semalam. – BERNAMA

Istiadat hari ini merupakan istiadat seumpamanya yang pertama kali diadakan di Istana Negara yang baru dibina bercirikan binaan Islam dan tradisional Melayu di kawasan seluas 96.52 hektar yang mula beroperasi pada 15 November lepas.

Upacara bermula pada pukul 11.15 pagi dengan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-227 (Khas) sempena Istiadat Melafaz Sumpah Memegang Jawatan dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan oleh baginda di Balairong Seri.


TUANKU Abdul Halim Mu'adzam Shah bersama Tuanku Haminah Hamidun di Dataran Parlimen diiringi Najib Tun Razak dan isteri, Rosmah Mansor serta Muhyiddin Yassin dan isteri, Noorainee Abdul Rahman sebelum berangkat ke Istana Negara, Kuala Lumpur, semalam. - AFP


Mesyuarat Majlis Raja-Raja itu dipengerusikan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad kemudian menyembah surat sumpah jawatan kepada Tuanku Abdul Halim yang memakai pakaian Diraja Kedah yang dikenali sebagai Sikap terdiri daripada jaket pendek, berbelah di hadapan dan berkolar tinggi lengkap dengan tenggolok, seluar, sampin dan bengkung serta berkeris.

Baginda kemudian melafazkan sumpah jawatan dan menandatangani surat sumpah jawatan itu di hadapan Majlis Raja-Raja.

Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah menjadi saksi.

Istiadat hari ini juga melibatkan upacara melafaz sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.


TUANKU Abdul Halim Mu'adzam Shah menandatangani Surat Pengisytiharan Memegang Jawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-14 di Istana Negara, Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA


Ia diikuti bacaan doa dipimpin oleh Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad kemudian memohon menangguhkan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke suatu masa yang ditetapkan.

Ini disusuli istiadat menandatangani surat pengisytiharan memegang jawatan oleh Tuanku Abdul Halim sebagai Yang di-Pertuan Agong, diikuti dengan pembacaan pengisytiharan tersebut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Istiadat diteruskan dengan Sultan Muhammad V menandatangani surat pengisytiharan memegang jawatan sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong dan diikuti dengan Najib membaca pengisytiharan tersebut.


TUANKU Abdul Halim Mu'adzam Shah bersama Tuanku Haminah Hamidun di Dataran Parlimen diiringi Najib Tun Razak dan isteri, Rosmah Mansor serta Muhyiddin Yassin dan isteri, Noorainee Abdul Rahman sebelum berangkat ke Istana Negara, Kuala Lumpur, semalam. - AFP

Kuala Lumpur lumpuh akibat banjir kilat

7:00PM Dis 13, 2011

Keadaan lalu lintas di ibu negara lumpuh hari ini berikutan banjir kilat di Jalan Tun Razak semasa waktu puncak apabila warga kerja pulang, berikutan hujan lebat.

Kawasan sekitar Perpustakaan Negara dilaporkan ditenggelami air dan dikatakan merebak sehingga ibu pejabat agensi berita Bernama yang terletak berhampiran.

Sebelum ini, kawasan itu bukan tempat yang kerap berlaku banjir. Dua minggu lalu Kajang juga dilanda banjir kilat yang terburuk sejak 1971.

Sementara itu, Bernama melaporkan kira-kira 30 kanak-kanak terkandas di sebuah tadika di Jalan Semarak berhampiran pusat latihan TM akibat banjir kilat.

Menurut jurucakap Bomba dan Penyelamat, dua bot dikerahkan bagi membawa keluar kanak-kanak berkenaan secara berperingkat.

"Sekarang ini kami dalam proses menyelamatkan mereka ke tempat yang lebih selamat sedikit demi sedikit," katanya dipetik agensi berita nasional itu.

Pengusaha lembu kecewa TEKUN tahan pinjaman

Elisa Helmy
12:13PM Mac 5, 2011

Empat puluh pengusaha penternakan lembu feedlot berkelompok di Lanchang, Melaka kecewa apabila pihak Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) menahan sebahagian besar wang pinjaman mereka daripada nilai keseluruhan kira-kira RM1.2 juta, meskipun ia sudahpun diluluskan pihak terbabit.

Ketua projek berkenaan, Fahruzridza Jaafar, 34, berkata, jumlah tersebut berdasarkan setiap pengusaha melakukan pinjaman berjumlah RM30,000.

tekun protestMenurutnya, segala-galanya bermula pada 1997, apabila beliau dicadangkan oleh ahli parlimen Jasin ketika itu, Datuk Mohd Said Yusof supaya menjalankan projek ternakan lembu dengan mencari satu tapak sesuai.

Fahruzridza yang juga pengerusi Persatuan Seni Silat Langkah Bromo (PSSLB) berkata, beliau telah mengambil peluang itu dan juga menyarankan 39 ahlinya yang lain supaya menyambut peluang itu bagi menjayakan projek ternakan lembu mereka.

"Secara kebetulan ketika itu sejak tahun 2005, saya memang ada memajak tanah di Semujuk, Sungai Rambai dengan keluasan kira-kira 3 ekar lebih bagi penanaman pisang dan sebaik muncul projek itu saya telah korbankan projek tanam pisang lalu bertukar kepada ternakan lembu.

Projek tertangguh

"Dalam masa yang sama kami terus memohon untuk pinjaman daripada TEKUN dengan berbekalkan segala sokongan daripada beberapa agensi kerajaan termasuk Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Veterinar Melaka, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

"Akhirnya, kelulusan kami perolehi pada 28 Januari 2008 dan sebagai fasa awal TEKUN telah mengeluarkan sebahagian daripada pinjaman terbabit kepada kami yang berjumlah RM416,875 untuk menjalankan projek itu.

"Tetapi malangnya projek itu tertangguh selama lapan bulan apabila mendapat bantahan daripada penduduk kampung di Semujuk dengan alasan projek berkenaan tidak sesuai dilakukan di kawasan terbabit.

"Kami hairan mengapa mereka tidak menyokong sedangkan ada pusat ternakan lain, malah saiznya jauh lebih besar terletak bersebelahan kawasan tempat kami merancang untuk projek berkenaan," katanya ketika ditemui di rumah seorang daripada peserta projek berkenaan di Jasin.

Fahruzridza berkata, dengan bantuan ADUN Sungai Rambai, Datuk Hasan Rahman, pihaknya cuba mencari jalan menyelesaikan perkara itu sehingga akhirnya terpaksa memindahkan projek berkenaan dari Semujuk ke Lanchang dengan keluasan tanah kira-kira lapan ekar.

"Kami berdepan masalah apabila jumlah pinjaman awal adalah untuk dimanfaatkan untuk tanah di Semujuk yang sudah tersedia beberapa kemudahan seperti laluan tambak, saliran, tanah yang sudah diratakan dan pondok pekerja.

"Ia berbeza dengan tanah di Lanchang yang saiznya jauh lebih besar dan ditambah pula tiada sebarang kemudahan berkenaan di mana kami terpaksa keluarkan belanja yang besar untuk meratakan tanah, buat saliran, kandang, jalan dan pelbagai lagi.

"Ketika projek menyediakan kandang sudah hampir siap, kami cuba untuk memohon agar pihak Tekun mengeluarkan sebahagian lagi pinjaman yang sepatutnya untuk memasuki sejumlah lembu tetapi malangnya mereka enggan atas alasan kandang yang dibuat tidak mengikut spesifikasi.

Dibiarkan terus hanyut

"Kami hairan mengapakah TEKUN boleh mempersoalkan pasal spesifikasi, sedangkan perkara itu sepatutnya dilakukan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan lagi pun sebelum itu pun pihak Tekun tiada pun sentuh soal sebarang spesifikasi.

"Menurut TEKUN lagi, jumlah pinjaman yang diberi kepada kami sepatutnya sudah mencukupi biarpun peringkat awalnya mereka sudah luluskan RM1.2 juta.

Menurut Fahruzridza, dia kesal kerana setiap langkah yang dilakukan adalah atas nasihat Jabatan Haiwan dan Jabatan Kesihatan tetapi malangnya Tekun memberi alasan berkenaan.

"Beberapa mesyuarat yang di pengerusikan wakil rakyat kawasan pada awalnya TEKUN bersetuju untuk mengeluarkan sebahagian lagi baki pinjaman tetapi malangnya mereka mencabul keputusan mesyuarat.

"Projek kami akhirnya tergantung sehingga kini dan lebih malang lagi usaha kami untuk menemui pelbagai pihak berolehi kehampaan termasuk mengadukan masalah berkenaan di Jabatan Perdana Menteri, sehingga kini masih belum ada jawapan," katanya.

Fahruzridza berkata, dia bersama 39 rakannya yang lain berusia antara 21 hingga 40 tahun berasa kecewa dengan tindakan pihak TEKUN dan menganggap itu satu penganiayaan.

"Bayangkan mereka dah luluskan RM1.2 juta kepada kami tetapi hanya beri kami RM416,875 sahaja. Bagaimana kami nak teruskan projek ini. Semua kami sudah laksanakan, cuma hanya menunggu masuk lembunya sahaja.

"Lebih malang lagi, mereka mengarahkan kami memulang baki pinjaman berjumlah RM735,605 sedangkan kami tidak perolehi pun duit pinjaman berkenaan.

"Selain itu, kini kami diarah untuk membayar pinjaman untuk setiap peserta berjumlah RM14,000 dan sekiranya kami gagal nama kami semua akan disenarai hitamkan.

"Sikap TEKUN yang jelas mahu membunuh kami amat dikesali bagaikan sengaja membina kapal di tengah lautan tetapi tidak menyiapkan layarnya dan kami terus hanyut," katanya.

Prestasi hambar: NFC serah Noh Omar untuk jawab

11:01AM Okt 27, 2011

Pusat Feedlot Kebangsaaan (NFC), projek bernilai RM73.64 juta yang digambarkan dalam keadaan "kacau-bilau" oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 enggan mengulas prestasi hambarnya.

NONESebaliknya, menurut jurucakapnya Wan Zurina Saaran, sebarang pertanyaan perlu diajukan kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.

"(Noh) akan jelaskan isu-isu yang dibangkitkan di Parlimen pada penggulungan bahas minggu akan datang," katanya menjawab soalan e-mel yang diajukan.

Malaysiakini
menghubungi NFC bagi meminta ulasan berhubung laporan audit yang mendapati NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya serta juga dakwaan yang dibuat oleh PKR bahawa projek yang dikendalikan oleh suami dan anak-anak seorang menteri kabinet.

PKR telah berkata mereka akan "mendedahkan" lebih banyak bukti bagi menyokong dakwaan itu jika menteri Umno itu dan menteri pertanian ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak bertindak menjelang Isnin depan.

NONEMalaysiakini juga meminta ulasan mengenai penemuan audit bahawa badan itu kekurangan 4000 ekor lembu yang sepatutnya dibekalkan dan tindakan berkenaan menyebabkan program keusahawanan seperti yang disyaratkan oleh kerajaan tidak dapat dijalankan.

NFC juga enggan mengulas dakwaan PKR bahawa projek tersebut hanya memenuhi 0.6 peratus daripada permintaan kerajaan dan jauh ketinggalan daripada sasaran 40 peratus dalam Rancangan Malaysia Kesembilan.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara projek itu bermasalah sehinggan memaksa syarikat Menteri Besar Negeri Sembilan Pemerbadanan mengambil semula 3,000 ekar daripada 5,000 ekar tanah yang diperuntukkan untuk projek berkenaan.

Kerajaan didesak perjelas projek lembu RM250j

Abdul Rahim Sabri
4:52PM Okt 25, 2011

Kerajaan diminta menjelaskan kegagalan projek RM250 juta Pusat Feedlot Kebangsaaan yang dikaitkan dengan seorang menteri Umnoyang dikatakan gagal walaupun menelan belanja besar.

NONE"Kajian awal oleh PKR ini jelas menunjukkan bahawa projek ini telah gagal walaupun menelan belanja jumlah wang rakyat yang besar dan kurniaan tanah seluas 5,000 ekar.

"Malah, ada petani dan penternak kecil yang mempunyai operasi yang lebih besar dan berkesan walaupun tidak mendapat apa-apa bantuan kerajaan," kata Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin (kanan).

Dakwanya, projek syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd itu dikendalikan keluarga menteri itu, bawah Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9) untuk memenuhi sasaran 40 peratus (1,500 ekor sehari) permintaan dan pengeluaran daging lembu untuk pasaran tempatan.

Sebaliknya, berdasarkan tinjauan PKR, projek yang beroperasi di Gemas, Negeri Sembilan itu didakwa hanya mengeluarkan sekitar 1,000 ekor lembu dipelihara dan sebanyak 20 ekor lembu disembelih setiap hari.

Sehubungan itu, PKR berpendapat isu itu perlu diberikan perhatian serius kerana ia salah contoh utama bagaimana "penyelewengan" wang rakyat dan mempunyai kesan mendalam kepada kenaikan harga barang.

"Rakyat memerlukan penjelasan segera mengenai kegagalan projek nasional yang menelan belanja besar ini," katanya.

Ahli parlimen Ampang itu juga mendesak Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin - yang didakwa terlibat menganugerahkan projek itu - tidak boleh terus berdiam diri.

NFC: Muhyiddin tak mahu ulas lanjut

Aidila Razak
1:00PM Okt 29, 2011

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata "tiada yang luar biasa" tentang Laporan Ketua Audit Negara 2010 mengenai projek Pusat Feedlot Kebangsaan (NFC).

NONESebaliknya, kata Muhyiddin, jabatan audit telah mengesan kelemahan-kelemahan yang akan dijelaskan.

Muhyiddin yang merupakan menteri pertanian ketika projek RM73.64 juta itu diluluskan, bagaimanapun tidak mahu mengulas lanjut, dan sebaliknya berkata ia akan dijelaskan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar.

Selasa lalu, PKR berkata ia akan "mendedahkan" bukti untuk mengaitkan Muhyiddin dan seorang lagi menteri kabinet lyang keluarga didakwa mendapat manfaat daripada projek tersebut, sekiranya tiada penjelasan dibuat sehingga 31 Oktober.

NONEPKR juga mendakwa projek tersebut hanya memenuhi 0.6 peratus daripada permintaan Malaysia untuk daging lembu - jauh daripada sasaran 40 peratus dalam Rancangan Malaysia Kesembilan

Laporan Ketua Audit Negara mendapati projek tersebut "kacau-bilau" dan juga gagal menjalankan program keusahawanan seperti yang dikehendaki oleh kerajaan.

Projek feedlot RM73j diakui milik keluarga Shahrizat

Salhan K Ahmad
7:21PM Okt 31, 2011

Menteri pertanian dan industri asas tani, Datuk Seri Noh Omar mengakui bahawa projek Pusat Feedlot Kebangsaan bernilai RM73.64 juta yang digambarkan dalam keadaan "kacau-bilau" oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 telah diberikan kepada anggota keluarga seorang menteri kabinet.

Ketika ditanya, Noh mengakui bahawa projek berkenaan telah diberikan kepada anggota keluarga menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

NONENamun, Noh (kanan) menjelaskan bahawa penganugerahan projek berkenaan dibuat tanpa melanggar apa-apa peraturan.

"Ya, apa salahnya kalau dia meniaga dan dia bukan kerja direct nego (rundingan terus)?" soal Noh kembali ketika ditanya mengenai projek yang menurutnya telah dianugerahkan melalui "tender terbuka" itu.

Ditanya lanjut dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini, Noh bagaimanapun bersetuju bahawa projek berkenaan telah diberikan secara tender terhad.

"Cara pemilihan syarikat yang dipilih untuk program National Feedlot ini bukan diberi secara rundingan terus. Semasa dibuka projek ini, ada enam syarikat buat persembahan kepada pihak jawatankuasa," katanya.

Daripada enam syarikat berkenaan, jawatankuasa kementerian pada 2006 telah memilih Agro Science Industries Sdn Bhd dan sebuah syarikat Australia, Lambert Malaysia Sdn Bhd.

NONE"Lambert dia lari, dia tak sanggup buat. Kalau kita tengok laporan audit kata pagar runtuh itu semua sebab Lambert larilah tu," katanya lagi yang juga ahli parlimen Tanjong Karang dalam ucapan penggulungannya di Dewan Rakyat sebelum itu.

Ditanya dalam sidang media, Noh berkata sukar untuk mengambil tindakan ke atas Lambert kerana kerajaan tidak menandatangani apa-apa perjanjian dengan syarikat berkenaan.

Kementerian juga sedang membincangkan untuk menawarkan tanah pajakan seluas 500 ekar yang ditinggalkan oleh Lambert itu kepada syarikat lain.

Tegasnya, projek feedlot berkenaan bukanlah satu projek gagal kerana syarikat Agro Science telah berjaya membekalkan sejumlah 8,016 ekor lembu sepanjang tempoh 2008 hingga 2010 seperti yang disasarkan.

Bagaimanapun, kerajaan masih belum membayar sejumlah RM6.48 juta daripada jumlah geran sebanyak RM13 juta.

NONELaporan Audit Negara sebelum ini menyebut badan itu kekurangan 4,000 ekor lembu yang sepatutnya dibekalkan dan tindakan berkenaan menyebabkan program keusahawanan seperti yang disyaratkan oleh kerajaan tidak dapat dijalankan.

NFC juga enggan mengulas dakwaan PKR bahawa projek tersebut hanya memenuhi 0.6 peratus daripada permintaan kerajaan dan jauh ketinggalan daripada sasaran 40 peratus dalam Rancangan Malaysia Kesembilan.

Najib nafi projek lembu salah guna pinjaman RM250 juta

7:26AM Nov 2, 2011

Perdana Menteri menafikan dakwaan wujudnya penyalahgunaan dalam pinjaman mudah kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada Agroscience Sdn Bhd.

NONEDatuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan berkata pinjaman itu telah diluluskan kepada National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) untuk melaksanakan projek Pusat Fidlot Nasional.

Beliau menjelaskan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, yang dipertanggungjawab untuk melaksanakan Pusat Fidlot Nasional, menjemput enam syarikat untuk mengemukakan cadangan pelaksanaan pembangunan industri daging tempatan dan sekaligus meningkatkan pengeluaran daging lembu tempatan.

Jawatankuasa pemilihan syarikat peneraju, yang ditubuhkan untuk membuat pilihan syarikat yang memberi cadangan terbaik dan berpandu kepada kriteria dikehendaki, telah memilih Agroscience Sdn Bhd, katanya.

Menurut Najib sehingga 31 Julai 2011, jumlah pengeluaran pinjaman kepada NFC ialah sebanyak RM181.9 juta bagi membiayai pembangunan kandang, bangunan, kilang baja, kilang makanan dan sebagainya.

NONE"Tujuan pinjaman itu adalah untuk membangunkan projek tersebut bagi menampung keperluan daging negara kepada tahap sara diri sebanyak 38 peratus," katanya.

Perdana Menteri berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Wee Choo Keong (Bebas-Wangsa Maju) yang meminta penjelasan Menteri Kewangan sama ada berlakunya penyalahgunaan pinjaman mudah berjumlah RM250 juta kepada Agroscience Sdn Bhd pada 2003.

NFC ialah projek "Lembah Daging" di Gemas, Negeri Sembilan untuk meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan penggantungan negara kepada pengimportan daging dari luar negara.

NONENajib berkata syarikat NFC telahpun membangunkan Pusat Fidlot Nasional dan kini mengeluarkan produk daging tempatan yang berkualiti tinggi pada tahap komersil.

Produk pengeluaran NFC dijual di pasar raya seperti Jaya Jusco, Giant, Carrefour, Cold Storage, pasar segar, kilang pemprosesan daging, restoran dan pasar runcit di seluruh negara.

NFC kini menjalankan peningkatan kapasiti pengeluaran fidlot dari 6,000 ekor lembu kepada 12,000 ekor lembu manakala kapasiti penyembelihan di pusat penyembelihan kepada 200 ekor lembu sehari dan pembangunan itu dijangka siap pada awal tahun depan, katanya.

- Bernama

Projek lembu: PM, menteri berbohong, dakwa PKR

Hazlan Zakaria
1:13PM Nov 8, 2011

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berbohong kepada Dewan Rakyat berhubung kenyataan mereka mengenai pinjaman mudah yang diberikan kepada Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), dakwa PKR.

NONEMenurut pengarah strategik PKR, Rafizi Ramli, keseluruhan pinjaman mudah dan pemberian geran berjumlah lebih RM256 juta telah dikeluarkan oleh syarikat penternakan lembu yang dimiliki oleh suami dan anak-anak seorang menteri kabinet itu.


"Keseluruhan jumlah dana tersebut sebenarnya telah disalurkan sepenuhnya ke dalam akaun NFC menjelang 31 Mac 2009. Rekod kewangan NFC menunjukkan pinjaman pertama sejumlah RM130 juta telah diambil dalam tahun 2008.

pakatan rakyat convoy visit national feedlot corporation 031111 abbatoir"Manakala pada 31 Mac 2009, NFC telah mengambil pinjaman kedua berjumlah RM220 juta yang terus dimasukkan ke akaun Maybank milik NFC dan 6 Mei 2009 NFC memindahkan wang dari pinjaman ini berjumlah RM116 juta ke dalam akaun deposit tetap milik NFC di Public Bank Berhad," kata Rafizi.

Turut serta pada sidang media itu, Setiausaha PKR Saifuddin Nasution yang juga Ahli Parlimen Machang.

Sertakan dokumen

Sambil mengedarkan dokumen daripada Suruhanjaya Syarikat dan penyata akaun untuk menyokong dakwaannya, Rafizi berkata bahawa maklumat transaksi dalam dokumen berkenaan dengan jelas menunjukkan bahawa keseluruhan jumlah telah dikeluarkan.

NONENoh pada sidang Dewan Rakyat minggu lalu berkata bahawa hanya sebahagian daripada pinjaman mudah telah dibayar manakala projek itu tidak gagal sebagaimana yang didakwa oleh PKR.

Katanya lagi, tidak ada percanggahan kepentingan dalam keluarga menteri kabinet itu yang mendapat geran kerajaan melalui saluran yang betul.

Najib pula pada 1 November lalu melalui awapan bertulis kepada Dewan Rakyat memaklumkan bahawa setakat 31 Julai hanya RM181.9 juta daripada geran dan pinjaman berjumlah RM250 juta telah disalurkan kepada NFC.

Kedua-dua kenyataan tersebut menjelaskan bahawa bayaran pinjaman itu belum dibayar sepenuhnya.

azlan"Kedua-dua kenyataan ini adalah tidak benar dan menyelewengkan transaksi sebenar yang melibatkan kerajaan Malaysia melalui Kementarian Pertanian dan Industri Asas Tani dan NFC yanf dimiliki serta diurus oleh keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil.

"Berasaskan kepada fakta-fakta yang diperolehi, saya menyeru Perdana Menteri dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta Datuk Shahrizat Jalil tampil ke hadapan menjelaskan secara terperinci sama ada telah berlaku sebarang penyelewengan wang rakyat sepanjang Projek Fidlot Kebangsaan ini dilaksanakan," kata Saifuddin pula.

Keluarga menteri melancong dengan dana NFC

1:47PM Nov 8, 2011

Suami dan anak-anak seorang menteri kabinet, pemegang saham serta ahli lembaga projek kontroversi oleh National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) dilaporkan melancong ke luar negara atas dana syarikat itu.

Pengarah strategik PKR Rafizi Ramli berkata, akaun teraudit syarikat projek ternakan lembu itu menunjukkan mereka membelanjakan lebih daripada RM800,000 untuk lawatan ke luar negara itu.

Parti pembangkang itu mendakwa bahawa pendedahan berkenaan adalah hanya satu daripada perkara bermasalah yang menggunakan wang rakyat yang ditimbulkan oleh mereka.

Bung Moktar mahu Shahrizat letak jawatan

Kow Gah Chie
9:32PM Nov 14, 2011

Timbalan Pengerusi Majlis Ahli Parlimen BN (BNBBC) Datuk Bung Moktar Radin hari ini memberitahu Dewan Rakyat bahawa menteri kabinet yang bertanggungjawab dalam Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) patut meletakkan jawatan.

Perkara itu disebut sekali lalu ketika membahaskan ucapan penggulungan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Chor Har berkaitan Rang Undang-undang Perbekalan 2012.

bung mokhtar parliament 080708 01Bung Moktar (kiri) membuat saranan itu ketika ahli parlimen BN membahaskan isu rundingan pertukaran saham antara syarikat penerbangan tambang murah AirAsia dengan Malaysia Airlines.

"Pendirian saya cukup jelas, macam isu Fidlot, saya memang setuju ini bukan kerja Umno, ini kerja perseorangan. Pada saya orang ini harus bertanggungjawab.

"Kalau saya pada tempat ini, saya letak jawatan, menyusahkan. Dia punya kerja semua musnah. Mana tidak betul, kita kena betulkan.

"Walaupun dia menteri Umno, siapa dia, dia bersalah, letak jawatan lebih baik daripada jadi liabiliti keapda Umno dan Barisan. Kita tegas, sebab kita memerintah negara ini dengan adil," katanya.

Ahli parlimen Kinabatangan yang lantang itu, bagaimanapun tidak menyatakan nama menteri berkenaan di dalam dewan.

Namun, ketika dihubungi Malaysiakini lewat petang tadi, Bung Moktar mengesahkan bahawa beliau merujuk kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

"Dia patut bertanggungjawab dan menghadapi akibatnya," kata Bung Moktar.

Projek lembu: NGO pula cabar Shahrizat berundur

1:21PM Nov 20, 2011

Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) mencabar Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meletakkan jawatan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, berikutan dakwaan penyelewengan wang rakyat oleh projek ternakan lembu, National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) yang dimiliki, suaminya.

Dalam satu kenyataan media, presiden KMPP, Rahmad Isahak berkata, kepercayaan rakyat terhadap Shahrizat yang juga ketua wanita Umno telah hilang akibat dakwaan tersebut dan beliau kini tiada pilihan lain selain meletakkan jawatan.

NONE"Sebagai seorang insan yang dilahirkan di Pulau Pinang beliau juga perlu membersihkan imejnya khususnya kepada orang Melayu di sini.

"Oleh yang demikian pihak KMPP dengan ini dalam situasi tanpa prasangka mencabar beliau supaya meletakkan jawatan sebagai menteri kerajaan pusat disebabkan beliau tidak layak dan telah kehilangan kepercayaan rakyat," katanya.

Sambil menyifatkan skandal tersebut sebagai satu lagi episod malang melanda negara, Rahmad juga menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan pendirian dan mengambil tindakan tegas jika dakwaan tersebut benar.

NONE"Perkara berbangkit di sini yang menjadi 'crux of the case' tentang kewujudan yang nyata ke atas pembelian kondominium bertempat di One Menerung, Bangsar yang dikatakan pembelian hartanah berkenaan adalah bagi mendapatkan pulangan pelaburan memandangkan projek lembu Feedlot oleh NFC mengalami kelewatan operasi.

"Perlu diingat bahawa modus operandi syarikat NFC untuk mendapatkan pinjaman modal berkenaan adalah bagi tujuan industri penternakan dan bukannya pelaburan hartanah. Secara tidak langsung telah wujud situasi penyelewengan dan pecah amanah yang melampaui keraguan munasabah," kata Rahmad.

Tak boleh nafi lagi

Menurut beliau, walau apapun spekulasi yang timbul Shahrizat tidak boleh menafikan bahawa dia tidak mempunyai pengetahuan tentang kewujudan NFC. Begitu juga soal pinjaman modal oleh pihak kerajaan dan pembelian kondominium mewah berkenaan.

"Penafian beliau secara total bakal mengundang padah kepada parti pemerintah dan seterusnya mendatangkan liabiliti yang tidak berharga kepada negara kita.

"Orang-orang Melayu khususnya sedang menilai situasi ini secara serius," katanya.

azlanPakatan Rakyat awal bulan lalu mendakwa kerajaan persekutuan menyalurkan pinjaman mudah sebanyak RM250 juta kepada syarikat NFC berkenaan bagi tujuan industri penternakan lembu.

Bagaimanapun ia didakwa tidak berjaya mencapai sasaran pengeluaran malah Laporan Ketua Audit Negara 2010 juga menyebut projek berkenaan dalam keadaan 'kucar-kacir'.

Sebelum ini desakan sama, yang menuntut Shahrizat meletak jawatan, turut disuarakan oleh ahli parlimen BN sendiri iaitu Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan).

bung mokhtar parliament 080708 01Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Ahli Parlimen BN (BNBBC) mendakwa tindakan menteri itu berkaitan Fidlot telah menyusahkan Umno Barisan Nasional.

"Kalau saya pada tempat ini, saya letak jawatan, menyusahkan. Dia punya kerja semua musnah. Mana tidak betul, kita kena betulkan.

"Walaupun dia menteri Umno, siapa dia, dia bersalah, letak jawatan lebih baik daripada jadi liabiliti kepada Umno dan Barisan. Kita tegas, sebab kita memerintah negara ini dengan adil," kata Bung.

PKR: Keluarga Shahrizat 'guna' dana biayai umrah

2:55PM Nov 21, 2011

PKR hari ini mendedahkan lebih banyak berhubung apa yang didakwa mereka sebagai penyelewengan dalam pinjaman mudah RM250 juta yang diberikan kerajaan kepada projek penternakan lembu, Perbadanan Fidlot Kebangsaan.

NONEKali ini, setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata bahawa NFC memperuntukan RM31,580 bagi ketua pegawai operasinya, Datuk Mohamad Salleh Ismail dan anaknya, Wan Shahinur Izran menunaikan ibadah umrah.

“(Sebelum ini) kita dah dedahkan tentang pembelian kondo mewah, lawatan keluar negara,... dan kali ini berkenaan dengan bayaran pakej umrah Salleh dan anaknya pun sekali,” katanya.

“Sampai bila nak dihentikan, lepas ni nak belanja apa pula?” soal Saifuddin yang juga ahli parlimen Machang.

NONEBeliau juga pada sidang akhbar di lobi parlimen itu mendakwa dana awam itu juga disalurkan kepada dua syarikat yang mana Mohamad Salleh mempunyai kepentingan.

Mohamad Salleh adalah suami kepada Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Menteri Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Dalam bidasan terbarunya itu, Saifuddin berkata PKR mempunyai bukti kukuh bahawa arahan untuk mengerjakan umrah pada tahun 2010 itu dikeluarkan oleh pejabat Mohamad Salleh, sendiri.

"Ia (dana awam itu) juga digunakan untuk menubuhkan Biofuture Global (M) Sdn Bhd dan Meatworks Singapore Pte Ltd," katanya.

Sehubungan ini, Saifuddin menggesa polis dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menyiasat transaksi dan urusniaga NFC dengan tumpuan diberikan kepada aktiviti perniagaan dengan National Meat and Livestocks Corporation (NMLC) dan Real Food Company (RFC) serta dua syarikat dari Singapura itu.

azlanSebelum ini, PKR juga mendedahkan NFC turut menggunakan wang RM250 juta itu membeli dua buah kondominium mewah, One Menerong di Bangsar (atas, kanan) bernilai RM13.8 juta.

Hadir sama ialah Ketua Wanita PKR yang juga ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Straregi PKR, Mohd Rafizi Ramli.

Khalid: Tiada unsur pecah amanah dalam isu NFC

12:16PM Dis 1, 2011

Tiada unsur pecah amanah atau penyelewengan dalam isu dana Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) dan pembelian sebuah kondominium mewah di ibu negara, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata siasatan masih dijalankan sambil memberi jaminan proses itu akan dilakukan secara telus tanpa melindungi mana-mana pihak.

NONE"Siasatan polis setakat ini mendapati tiada elemen pecah amanah. Namun, kita masih menyiasat secara keseluruhannya kes ini termasuk ke mana wang atau dana NFC dibelanjakan.

"Kita sudah panggil 74 individu untuk diambil keterangan setakat ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Rondaan Bersama Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia di bawah Strategi Gelombang Biru Kebangsaan di Taman Bukit Rahman Putra di ibunegara hari ini.

Turut hadir Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Zulkifli Zainal Abidin, Ahli Exco Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Robert Phang, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Salleh Md Rashid.

Dalam perkembangan lain, Khalid berkata siasatan masih diteruskan berhubung penahanan 13 individu termasuk warga Filipina dan Indonesia di Tawau, Sabah baru-baru ini, yang disyaki cuba menghidupkan kegiatan militan di negeri berkenaan.

"Mereka masih disiasat, sebab itulah kita tahan mereka mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana siasatan perlukan masa untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kegiatan dan rangkaian mereka.

"Kita mempunyai asas dan bukti yang kukuh untuk menahan mereka mengikut akta itu kerana membabitkan isu keselamatan negara dan rakyat," katanya.

- Bernama

NFC akan terus junamkan indeks rasuah, kata PAS

Jimadie Shah Othman
1:49PM Dis 2, 2011

Siasatan awal polis yang merumuskan bahawa tiada unsur pecah amanah dalam isu projek lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) akan terus menjunamkan indeks rasuah Malaysia di mata dunia, dakwa PAS.

NONEAhli Parlimen Kuala Selangor Dr Zulkefly Ahmad berkata, tindakan sebegitu bukan caranya untuk membaikpulih kedudukan berkenaan.

"Kalau begini caranya, kita akan terus merudum. Ketika kerajaan bercakap tentang demokrasi terbaik, masih ada yang dilindungi," katanya.

Bercakap pada sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini, beliau berkata pengumuman timbalan ketua polis negara tentang hasil siasatan projek sensasi itu memberikan kejutan besar kepada mereka.

Hadir sama dalam sidang media itu timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu.

Menurut laporan Tranparency International semalam, skor Malaysia jatuh lagi kepada 4.3 pada tahun ini.

Sementara itu, Mohamad ketika diajukan soalan yang sama, menyifatkan kenyataan yang dibuat Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar itu, sebagai "pelik".

"Ini kenyataan yang pelik. Saya hendak dengar SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) buat kenyataan yang sama," katanya ringkas.

NONESuruhanjaya itu sebelum ini dilaporkan mendapat aduan yang sama tetapi menyerahkannya kepada polis kerana mendapati kes itu bukan bawah bidangkuasanya.

Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata tiada unsur pecah amanah atau penyelewengan dalam isu dana NFC dengan pembelian kondominium mewah di ibu negara.

Khalid dilaporkan berkata siasatan polis setakat ini mendapati tiada elemen pecah amanah.

Namun, katanya, pihak polis masih menyiasat secara keseluruhannya kes ini termasuk ke mana wang atau dana NFC dibelanjakan.

Menurutnya, 74 individu telah sudah panggil untuk diambil keterangan setakat ini.

PKR sedia debat isu NFC dengan Khairy di PWTC

6:19PM Dis 8, 2011

PKR tetap bertegas untuk berdebat dengan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berhubung isu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), malah bersetuju ia diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) - bangunan ibupejabat Umno.

orange book forum klscah 250111 rafizi ramliDalam kenyataannya hari ini, pengarah strategik PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata beliau mencadangkan PWTC kerana ia pemilihan tempat
itu untuk memberi keselesaan dan ketenangan kepada Khairy apabila dilangsungkan di ibupejabat Umno sendiri.

Mohd Rafizi berkata cadangan tempat debat tersebut telah dikemukakan secara rasmi kepada Khairy hari ini, sebagai menjawab surat ketua Pemuda Umno itu yang bertarikh 6 Disember, yang memaklumkan Khairy tidak dapat menerima jemputan berdebat mengenai isu pada 12 Disember 2011.

Ini kerana, kata Mohd Rafizi, majlis debat itu "bertembung dengan program" Khairy yang lain.

"Saya berterima kasih kerana beliau akhirnya menjawab jemputan debat yang dibuat pada 18 November 2011, saya kesal kerana beliau mengambil masa tiga minggu untuk memaklumkan perkara tersebut seolah-olah beliau cuba melengah-lengahkan debat ini yang telah pun dipersetujui beliau," kata Mohd Rafizi.

Sehubungan itu, Rafizi meminta Khairy memilih satu tarikh yang sesuai dan menegaskan sudi meluangkan masa dan tarikh dalam tahun 2011 dan 2012 untuk memastikan debat tersebut diadakan.

"Sekiranya setelah kesemua kelonggaran ini beliau masih berdolak-dalih dan tidak memberikan satu tarikh menjelang 12 tengahari 12 Disember 2011, saya menyimpulkan beliau tidak berani untuk berdebat dalam hal ini," kata Rafizi.

NONEJika ini berlaku, kata Rafizi, pihaknya akan meneruskan debat membongkar dakwaan penyelewengan NFC pada 19 Disember ini dan mengalu-alukan penyertaan Khairy, jika beliau berubah fikiran menjelang tarikh tersebut.

"Sebagai pemimpin Umno yang paling lantang mempertahankan NFC, wajarlah saudara Khairy meluangkan sedikit masa untuk menerangkan kepada rakyat beberapa keputusan pelaburan yang dibuat NFC yang menimbulkan kemarahan rakyat, termasuklah penjelasan beliau sebelum itu bahawa pembelian dua kondominium mewah adalah pelaburan bijak yang dibuat NFC.

"Saya menunggu jawapan dari Saudara Khairy dan yakin beliau tidak akan menghampakan harapan rakyat," kata Rafizi lagi.

Khairy pada 16 November lalu dilaporkan menerima cabaran Mohd Rafizi atas alasan beliau secara prinsipnya sentiasa bersedia berdebat dengan sesiapa pun.

PAS: Rampas kondo NFC, kereta dan tanah

8:04PM Dis 8, 2011

Kerajaan Persekutuan digesa merampas aset termasuk kondominium, kereta mewah dan tanah di Putrajaya yang "tiada kaitan" dengan perniagaan Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).

NONENaib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata, tindakan tersebut sekurang-kurangnya boleh membantu kerajaan "mendapat semula sebahagian wang yang telah diluluskan tetapi telah digunakan untuk tujuan yang tidak bersangkutan".

"Dalam keadaan seperti ini, kerajaan seharusnya bertindak cepat untuk menyelamatkan semaksimum mungkin jumlah wang yang telah diluluskan itu.

"RM250 juta wang rakyat ternyata sebahagiannya telah digunakan di luar skop pemberian/pinjaman ini diluluskan... Ia dengan itu, juga adalah satu pecah amanah," katanya dalam satu kenyataan.

Husam yang juga exco kerajaan negeri Kelantan, turut menggesa aset yang diletakkan atas nama persendirian atau syarikat persendirian oleh NFC juga harus segera diarahkan untuk diserahkan kepada kerajaan.

Husam turut menempelak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwanya berdiam diri "seakan menunjukkan skandal sebesar ini tidak menjadi keutamaan kepada beliau".

Bahkan tegasnya laporan ketua audit negara dan pendedahan ekoran dari itu sepatutnya sudah cukup untuk Najib bertindak terhadap semua pihak terlibat.

NFC: Jangan bebankan Umno, kata Syed Ali

4:21PM Dis 13, 2011

Kontroversi melibatkan syarikat projek penternakan lembu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) tidak wajar dibiarkan membebankan Umno, kata Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee.

Mengingatkan Pengerusi Eksekutif NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail supaya tidak membebankan Umno dengan isu syarikat itu, beliau berkata sikap berdiam diri dan enggan tampil menjawab segala tuduhan yang dilemparkan pembangkang terutama menerusi laman-laman blog, boleh mengelirukan rakyat.

NONEKatanya, kalau benar tiada penyelewengan, buatlah penjelasan terbuka secara terperinci dan kalau salah, ambillah tanggungjawab kerana wang terlibat adalah hak rakyat.

"Hari ini orang bercakap NFC itu ada kaitan dengan Umno, parti dituduh lindungi penyelewengan dan sebagainya, tentulah tidak adil kerana Umno tiada kaitan dengannya.

"Kita di bawah (peringkat cawangan dan bahagian) diserang dengan macam-macam tuduhan pasal NFC, malah ada yang kata Umno bela lembu untuk kepentingan Shahrizat (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil), apa yang kita nak jawab dan siapa yang perlu bertanggungjawab?" katanya dalam entri terbaru laman blog Umnocheras.blogspot.com.

Oleh itu, katanya, jalan terbaik ialah Mohamad Salleh perlu berterus-terang manakala isteri beliau pula, Shahrizat perlu segera melepaskan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat.

Paling sedih, katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi sasaran pembangkang apabila dilemparkan tuduhan kononnya melindungi keluarga Shahrizat.

azlan"Mengapa pula Umno, Najib dan Muhyiddin yang jadi sasaran, takkan kerana isu NFC dan Shahrizat pula pegang jawatan Ketua Wanita Umno, mereka berdua dipaksa memikul biawak hidup, tentulah tidak adil dan kejam persepsi sedemikian," katanya.

Beliau berkata itulah kaitan yang sedang hebat disebarkan pembangkang dalam usaha mereka menjatuhkan kerajaan BN.

Syed Ali mengulas desakan Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Mohd Puad Zarkashi terhadap Mohamad Salleh agar lebih agresif menjawab tuduhan terbaru mengenai projek NFC bagi mengelak rakyat berterusan menyalahkan kerajaan.

azlanPuad berkata tuduhan terbaru berhubung pembelian tanah di Putrajaya, menerima elaun RM100,000 dan memberi elaun RM40,000 kepada anak sendiri serta pembelian kereta mewah, yang kesemuanya menggunakan dana syarikat, perlu dijawab segera bagi mengelakkan kekeliruan selain turut memberi kesan negatif terhadap kerajaan.

Antara yang turut bersuara meminta Shahrizat meletak jawatan ekoran isu ini ialah ahli parlimen Kinabatangan, Sabah, Datuk Bung Moktar Radin, ahli parlimen Kalabakan Datuk Abdul Ghafur Salleh dan timbalan setiausaha Pemuda MCA Loh Chew Jun.

Dr M: Shahrizat harus tahu bila nak berundur


Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Menteri Perbangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Jalil yang bergelut dengan kontroversi Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), harus tahu bila seseorang itu patut berundur.

NONEBercakap dalam sidang media selepas melancarkan memoirnya "A Doctor in the House" versi e-book, Dr Mahathir berkata adalah lebih baik berhenti daripada dihalau.

Dengan memberi contoh persaraannya, Dr Mahathir berkata beliau mengambil keputusan untuk berhenti tanpa perlu menunggu orang lain memintanya berbuat demikian.

"Bila saya nak berenti saya tak tanya siapa pun, saya fikir elok saya berhenti, saya berhenti".

"Saya harap orang lain pun macam itu, tak payah nak tunggu sampai orang halau saya.

NONE"Kalau kita berasa perlu berhenti kerana parti, kita berhenti, kalau ingin sumbang, kita bertanding," tegas Dr Mahathir lagi.

Ditanya sama ada Sharizat perlu mengetahui batasnya, Dr Mahathir berkata: "Ya, ukur baju badan masing-masing".

Pemimpin Pemuda MCA juga mahu Shahrizat undur


Selepas dibidas secara terbuka oleh beberapa pemimpin Umno, parti komponen BN, MCA akhirnya berani bersuara mendesak Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil supaya berundur selepas terpalit dengan kontroversi projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) milik suaminya.

NONE"Shahrizat telah ditolak oleh pengundi pada pilihan raya umum lalu. Kali ini, beliau terbabit pula dalam isu NFC, dengan ini, tidak ada sebab untuk beliau bertanding sekali lagi," kata timbalan setiausaha Pemuda MCA, Loh Chew Jun dalam satu kenyataan hari ini.

Pada pilihan raya umum 2008, Shahrizat gagal mempertahankan kerusi parlimen beliau di Lembah Pantai. Ketua Wanita Umno itu tumbang di tangan naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar.

Beliau bagaimanapun, kemudiannya dilantik sebagai senator dan diangkat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Loh juga berkata, kegagalan Shahrizat memberi penjelasan berhubung pembabitan suaminya dalam projek NFC boleh mengakibatkan 'kerusi selamat' BN bertukar menjadi 'kerusi berbahaya' jika pembangkang mengeksploitasi dan mensensasikan isu itu di seluruh negara.

azlanJusteru, beliau juga mahu Shahrizat memberi penjelasan mengenai semua dakwaan yang berkaitan, termasuk tuduhan berlakunya penyelewengan dana pinjaman mudah yang diberikan kepada NFC.

Kata Loh, adalah malang jika usaha-usaha semua parti komponen BN untuk mendapatkan semula kepercayaan rakyat selepas 'tsunami politik' pada tahun 2008 digerhanakan oleh masalah peribadi Shahrizat.

Sebelum ini, pelbagai pihak meningkatkan tekanan pada Shahrizat supaya berundur tetapi kepimpinan tertinggi Umno masih belum membuat pendirian rasmi mengenai perkara itu.

azlanAntara mereka yang secara terbuka mendesak Shahrizat supaya melepaskan jawatannya, adalah ahli parlimen Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Salleh dan ahli parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin.

Skandal NFC membabitkan sejumlah RM250 juta dana awam yang diberikan kepada syarikat milik suami Shahrizat bagi tujuan menjalankan projek penternakan lembu pada tahun 2008.

Bagaimanapun Laporan Ketua Audit Negara 2010 merumuskan projek itu berdada dalam keadaan kucar kacir.

Berikutan itu, PKR membuat pendedahan demi pendedahan yang mendakwa berlaku penyelewengan terhadap dana berkenaan.

NONEAntara pendedahan mereka, dana itu antara lain digunakan untuk tujuan berikut:

  • Membeli dua unit kondominium mewah 'One Menerong' (RM13.8 juta)
  • Membiayai Umrah atas nama suami dan anak lelaki (RM31,580)
  • Perbelanjaan peribadi (RM26,400)
  • Membeli Mercedes Benz CLS350 (RM534,622)
  • Membeli dua lot tanah di Putrajaya (RM3.36 juta)
  • Percutian mewah (RM455,423)

24.10.11

Silicon Wiper dan Wiper kereta biasa




Pertanyaan Yang diajukan..
wanbu as salam bro... nak mintak bantuan sikit wiper mane yg terbaik untuk dipilih biasa ker yg silikon? aq baru tuko yg biasa tp ada bunyi lg la?
Jawapan Kami..
Thanks pada wanbu bertanya... Maaf agak lambat saya balas…

Sebagaimana Korang tahu musim hujan, Benda penting sekali mesti kena ada wiper kereta.. Wiper adalah hal yang sangat penting digunakan untuk menyapu air hujan yang menghalangi pandangan. Dan boleh mendatangkan bahaya semasa memandu disebabkan penglihatan yang tidak jelas
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Silicon wiper VS Wiper getah?

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Pada masa sekarang terdapat 2 jenis wiper iaitu pengilap menggunakan jenis bingkai besi dan jenis soft wiper yang menggunakan getah Silikon sepenuhnya

Wiper kereta biasa ( getah )
- Mudah koyak, retak,reput atau melekat pada cermin
- Getah cepat keras sudah tidak elastis fleksibel lagi untuk menyapu air dari cermin kereta
- Masih ada garis-garis air tertinggal bila wipe.
- Perlu ditukar setiap 6 bulan sekali
- Mencalarkan cermin kereta
- Penglihatan yang tidak jelas dan kabur
- Time wiper nak sapu je bunyi bising semasa diguna macam kasar sangat permukaan wiper tu dengan cermin.
- kalau hujan wiping tersangkut-sangkut atau terketar ketar
_______________________________



Silicon wiper
- Silicon wiper ni mesra alam Lebih tahan lama berbanding pengelap getah (biasa)
- Silicon wiper dikatakan bagus sebab blade dia tak kan jadi keras macam wiper getah bila dah lama pakai.
- Silicon wiper tak kan mencalarkan cermin kereta kerana dia jenis solf wiper berbanding wiper biasa dalam dia ada besi..
- Mengelap dengan lebih berkesan dan dapat di'wipe' dengan lebih rata cermin kereta anda
- Ianya tidak mudah koyak, retak,reput atau melekat pada cermin depan
- Selalunya Silikon wiper ni dibuat penuh Tanpa tulang (Boneless Full Silicone) Mudah lentur dan ikut lengkungan cermin kereta anda
- Sapuan air lebih dapat baik dan rata
- Kalau hujan lebat, cermin kat depan tak kabur sangat macam wiper biasa..
- Tidak dipengaruhi oleh minyak, hujan, panas
- lebih smooth dan lancar pergerakan wiper tu.
- Kos efisien kerana tidak perlu kerap ditukar.


Sebenarnya sekarang kat kereta aku pakai Wiper Silicone Cap Brand PIAA.. Harga RM 50.00 Sepasang beli kat kedai Aksesori kereta kat tempat aku.. Tapi bukan original kot.. kalau yang original tu memang mahal dekat RM 200 lebih gak harganya... Alahai bukan orang tau pun original ke tak... Dah dekat 2 tahun lebih masih ok lagi.. Kondisi masih menyapu air hujan dengan baik, cun dan tip top lagi beb... rasanya memang tak rugi aku beli..


Pergi ajer kedai aksesori... Sekarang Silicon wiper dah macam-macam jenis brand.. Yang pasti kualiti wiper depend pada brand gak..Contohnya Dura-edge, BOSCH, HKS, Maxblade dan macam-macam lagi lah....ada yang mahal dari RM 250 sepasang (original lah) ...dan ada yg murah ( jenis cap ayam ) boleh dapat RM 20- RM 40 pun ada...kat pasar malam ada jual ...
_______________________________
Tip-tip Penjagaan Wiper Kereta
Sebenarnya tak kisahlah samaada nak Wiper getah biasa atau Silikon Wiper.. kalau kita menitik beratkan penjagaan wiper kereta, ianya boleh digunakan dalam jangkamasa lebih lama menjangkau usia lebih 1 tahun penggunaan sekiranya dijaga dengan baik.

1. Tegakkan/ diangkat bilah wiper bila parking diangkat terutama sekali dalam keadaan cuaca panas. Ini kerana apabila wiper tersebut terus diletakkan diatas cermin tadi tindak balas suhu mengakibatkan bilah getah tersebut rosak dan menjadi tidak rata.
2. Pastikan tangki pencuci cermin diisi air dan sedikit cecair pencuci (Wiper fluid) agar bila kita mengelap cermin menggunakan wiper lebih licin dan tidak merosakkan bilah dan cermin kereta anda.
3. Selalunya cecair pencuci cermin biasanya didatangkan dengan bahan kalis air (water repellent) yang membantu pemanduan agar lebih jelas dalam keadaan hujan lebat. Tetapi.... Pastikan penggunaan cecair pencuci (Wiper fluid) tidak memberi kesan kepada permukaan cermin. Tetapi saya difahamkan ada gak jenis cecair pencuci (Wiper fluid) mengandungi peluntur ini boleh bertindak balas (side effect ) dengan getah atau silicon bilah wiper dan menyebabkan ianya menjadi cepat keras.
4.Bersihkan bilah pengelap sekerap yang boleh sebaik-baiknya dalam seminggu sekali. Gunakan kain basah dan bersihkan dari hujung ke hujung, wiper yang kotor biasanya akan meninggalkan kotoran berwarna hitam pada kain tadi. Atau jirus air lap pakai tisu pun jadi laaaa... Bila mana kita terus gunakan wiper waktu hujan, dikuatiri akan habuk atas ketulan pasir yang melekat pada getah wiper akan merosakkan permukaan screen dan mungkin juga boleh merosakkan getah wiper tu.
_______________________________
Tip-tip Penjagaan Cermin Kereta
Sebenarnya walaupun kita dah tukar wiper Cermin kereta.... kalau kita tak pernah cuci atau ada gak yang tidak pernah dijaga pun tetap akan menjadi kelam, kusam dan kasar seterusnya boleh menjejaskan pandangan dan pemanduan.... Cermin yang tidak dijaga boleh merosakkan wiper dan menyebabkan wiper perlu kerap diganti.

1. Penjagaan screen (cermin kereta) cuci dengan sabun kemudian bilas dengan air bersih dan lap / tenyeh dengan kertas surat khabar, then bahagian dalam pulak...pakai kertas tisu dapur yang serap minyak tuh....memang cermin bersih dan clear sekali....Kalau rajin buat leh hilang watermark atas cermin tuh......

2. Masalah cermin kereta selalunya ade kesan karat tak hilang ada tanda bulat-bulat kat cermin,cermin tu rasa kasar.. Cari waxco compounder Benda ni pekat,tuang kat span pastu lap.Tapi eloknya basahkan skit span tu lapkan atas cermin supaya senang hilang water mark tu. baru le bersih cermin tu..Pakai sebotol pun tak habis...
_______________________________
Adengan Tak mau di lihat ???


Peerrghhh... Sedih betul.. kesian aku melihatnya... Kalau tetiba motor wiper kereta korang tetiba rosak boleh guna tip ni dimasa darurat.....
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks