Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

30.4.13

SKMM: Sebaran SMS palsu, berniat jahat meningkat


10:06AM Apr 30 2013  
Penyebaran kenyataan berniat jahat dan palsu yang disebarkan melalui SMS dan media sosial meningkat kebelakangan ini, dipercayai ekoran kehangatan kempen pilihan raya yang tinggal tidak sampai seminggu sahaja lagi.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkata, perkara itu disedari hasil pemantauan terhadap aduan yang diterima serta kes-kes yang dirujuk oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kepada mereka.

"SKMM ingin mengingatkan pihak-pihak yang bertanggungjawab dan yang menaja aktiviti sedemikian untuk menghentikan aktiviti tersebut dengan segera atau bersedia untuk menghadapi tindakan undang-undang," kata SKMM.

Dalam kenyataannya hari ini, suruhanjaya itu juga mengingatkan orang ramai agar tidak mudah mempercayai apa yang dibaca dalam talian dan menyemak dahulu kesahihannya sebelum membuat sebarang kesimpulan atau memanjangkan mesej berkenaan.

Menurut SKMM, orang yang menyebarkan maklumat palsu menerusi SMS atau media sosial boleh didakwa bawah Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang jika didapati
bersalah boleh disaman tidak lebih RM50,000 atau dipenjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.

Irwan Serigar letak jawatan dari Padiberas


7:34PM Apr 30 2013  
Padiberas Nasional Bhd hari ini mengumumkan peletakan jawatan pengarah bukan eksekutifnya, Datuk Seri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, syarikat berkata Mohd Irwan telah menyerahkan surat peletakan jawatan berikutan komitmennya sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan.

- Bernama
Khalid Samad disangka Zul Noordin di Klang
 
Pemimpin PAS Selangor Khalid Samad, yang mempertahankan kerusi Shah Alam melangkah masuk ke kedai farmasi di tengah-tengah kota perniagaan masyarakat Cina di Klang, sambil memperkenalkan dirinya sebagai calon.

NONEPemilik kedai berjalan ke kaunter secara hati-hati, sebelum bertanya kepada Khalid sama ada beliau dan orang dalam poster di luar adalah individu yang sama.

Poster itu bertulis "Pilih Zul Noordin" -- musuh politik Khalid daripada BN. Sebahagian daripada Klang termasuk bawah kawasan Parlimen Shah Alam.

Khalid, yang memakai kopiah sama seperti Zulkifli dalam gambar itu segera menafikannya, sebelum ketawa sebentar.

"Ini dacinglah (BN), saya bulan (PAS)," katanya.

Lelaki itu kemudian menghampiri Khalid, tanpa rasa resah, dia menghulur tangan untuk bersalaman.

"azlanOh, you daripada bulan. Saya pasti undi you," katanya yang ternyata menyenangkan hati Khalid.

Ketika ada cakap-cakap tentang kebimbangan masyarakat Cina terhadap parti Islam, sentimen itu bagaimanapun tidak kelihatan semasa majlis turun padan Khalid pada Khamis lalu.

"Ini kalilah," kata lelaki Cina pertengahan umur yang sedang bersarapan di kedai kopi, ketika calon PAS itu memperkenalkan dirinya.

Parlimen Shah Alam mempunyai 14 peratus pengundi India, di samping 69 peratus Melayu dan 15 peratus Cina.

Dalam pilihan raya umum lepas, calon PAS Khalid Samad merampasnya daripada calon Umno Abdul Aziz Shamsuddin dengan majoriti 9,314.

Khalid mendapat 33,356 undi manakala Abdul Aziz mendapat 24,042 undi.

PM yakin 'galah panjangnya' akan tewaskan Mahfuz


 
Datuk Seri Najib Razak menyeru pengundi Pokok Sena, Kedah memilih calon "galah panjangnya" Datuk Shahlan Ismail bagi menumpaskan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar di Parlimen itu.

Perdana menteri kerajaan sementara juga berkata, Shahlan, setiausaha politiknya sendiri, jika terpilih, mudah untuk "menggodamnya" bagi mendapatkan peruntukan kawasan.

"(Dia) galah panjang, nanti dia gode (godam) saya. Minta peruntukkan. Tak apalah, pakat-pakat bagi menang, Insya-Allah kita bawa perubahan kepada Kedah," katanya disambut dengan gelak ketawa hadirin.

Najib berkata demikian sebagai respons kepada ucapan Shahlan di Sekolah Kebangsaan Taman Awana di Pokok Sena sebelum itu yang menyifatkan dirinya "galah panjang" dengan Najib.

Malah, kata Najib, sekiranya ada satu treler surat d;aripada rakyat pun, seperti diumpamakan Shahlan sebelum itu, BN akan tetap melayannya.

"Tadi Datuk Shahlan kata ada satu treler surat. Tak kira satu treler, lori atau traktor, tak jadi masalah, kita boleh membela rakyat," kata Najib.

Pada pilihan raya umum lalu, Mahfuz menewaskan calon BN Datuk Abdul Rahman Ibrahim dengan majoriti 5,731 undi.
'Saya sudah ada idea untuk Kedah'
Mahfuz mendapat 29,687 undi, manakala Abdul Rahman yang merupakan penyandang sebelum itu memperoleh 23,956 undi.

Najib juga hari ini menjelaskan kewajaran tindakannya memilih orang kanan sendiri untuk bertanding di Pokok Sena.

"Pastikan sokong calon-calon BN. Pilih calon-calon yang baik, (seperti) Datuk Shahlan.

"Saya tidak boleh bercakap pasal adik dia. Adik dia tersasar. Abangnya baik," katanya merujuk kepada Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution, adik kepada Shahlan,

Saifuddin kali ini bertanding di parlimen Kulim-Bandar Baharu, menggantikan penyandang Datuk Zulkifli Noordin yang berpaling tadah menjadi Bebas serta bertanding di Shah Alam atas tiket BN.

Sementara itu, Najib juga berkata, beliau sudah mempunyai idea untuk membawa perubahan supaya negeri jelapang padi itu menjadi lebih baik.

"Tapi kena bagi menang dulu," kata pengerusi BN itu lagi.

Anggota tentera rasa terasing dari kempen Pakatan


 
Beberapa orang anggota tentera yang ditemui Malaysiakini berpendapat, kempen yang dijalankan oleh bekas pegawai tinggi dalam pasukan tersebut, yang kini menjadi calon Pakatan Rakyat, tidak memberi banyak kesan ke atas mereka.

Anggota berkenaan nampak berminat untuk mengikuti kempen tersebut namun berasa terasing dari aktiviti berkenaan – secara zahirnya akibat kekangan tugas dan dari segi rohaninya pula, golongan ini melihat calon tersebut tidak lagi sezaman dengan mereka.
Pendapat tersebut dikongsi beberapa orang anggota tentera yang ditemui selepas satu majlis perhimpunan bersama Panglima Medan Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim di Port Dickson semalam.

NONESeorang daripadanya, Prebet Bahrin Rizman, 23, yang berpendapat bahawa calon Pakatan itu mungkin hanya boleh mempengaruhi undi golongan bekas tentera yang pernah bertugas sezaman dengan mereka.

Katanya, golongan bekas tentera itu mungkin akan menzahirkan sokongan tersebut kerana memandang tinggi bekas pegawai tersebut.

"Kalau mereka ini masih lagi panglima dalam perkhidmatan, mungkin mereka ini berpengaruh (kepada anggota yang sedang berkhidmat).

"Kami juga sebenarnya kurang tahu tentang isi kempen mereka," kata pelatih Institut Kejuruteraan Tentera Darat itu.

NONESeorang rakan setugasnya, Prebet Arif Mohd, 22, turut menimbulkan mengenai jurang generasi tersebut.

Katanya, beliau dan rakan-rakan yang lain merupakan golongan askar muda yang kebanyakannya mengundi buat pertama kali dalam pilihan raya umum ke-13.

"Kami masih belum pun menyertai perkhidmatan sewaktu mereka (calon Pakatan) bertugas.

"Jadi saya berpendapat kempen mereka tak akan begitu berjaya mempengaruhi tentera yang baru berkhidmat," katanya yang masih mengikuti latihan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda).

Seorang lagi anggota berkenaan, Prebet Syarianah, 24 tahun pula berpendapat bekas pegawai tinggi tersebut berhak untuk menyertai proses pilihan raya sebagai satu amalan negara demokrasi.

NONENamun, tambahnya, kesibukan tugas anggota tentera menyebabkan sebahagian mereka tidak begitu ambil pusing tentang politik Pakatan Rakyat.

"Jadi kempen-kempen mereka itu tidak memberi kesanlah sebenarnya," katanya yang akan mengundi di Wisma Transit di Kuala Lumpur.

Proses pengundian awal untuk golongan anggota tentera dan polis akan bermula hari ini.

Golongan anggota tentera ini sering digambarkan sebagai peti simpanan untuk calon BN dan banyak menyumbang kepada kemenangan calon parti tersebut di kawasan dengan jumlah pengundi pos yang besar sebelum ini.

Namun, sekiranya ucapan panglima medan mereka dijadikan ukuran, anggota berkenaan nampak bebas untuk memilih calon yang disukai mereka.

NONEZulkiple Kassim, dalam ucapannya di majlis berkenaan sebelum itu menggesa agar anggota tentera memikirkan kepentingan negara ketika mengundi.

"Sebagai anggota tentera yang mempunyai tanggung jawab kepada negara, saudara-saudara fikirlah apa yang baik dan apa yang buruk," katanya ketika berucap mewakili menteri pertahanan sementara yang pada awalnya dijadualkan hadir pada majlis tersebut.

Namun, perkembangan melibatkan tokoh politik BN dalam kempen melibatkan anggota pasukan keselamatan ini menunjukkan keadaan sebaliknya.

NONEBekas ketua staf logistik markas Armada Tentera Laut, Laksamana Pertama (B) Datuk Abdul Imran Abd Hamid dalam satu kejadian pada minggu lalu dihalang daripada memasuki kem tentera laut Lumut, yang pernah ditadbirnya selama 37 tahun.

Layanan berbeza ditunjukkan kepada Datuk Seri Kong Cho Ha yang hadir pada satu majlis di kem itu bertemu tentera laut sehari sebelumnya bersama mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

NONEDalam ucapannya kepada kira-kira 2,000 orang anggota tentera laut di majlis tersebut, Mahathir antara lainnya memberi amaran supaya tidak mengundi mengikut emosi bagi mengelakkan negara dianggap sebagai negara Islam yang gagal.

Layanan berbeza itu malah terpaksa dipertahankan oleh Panglima Tan Sri Abdul Aziz Jaafar yang berkata Mahathir dibenarkan masuk kerana bekas perdana menteri itu tidak bercakap mengenai politik.

Abdul Imran pula, menurutnya, pasti akan bercakap mengenai politik, katanya dalam satu laporan Bernama.

Seorang lagi bekas pegawai tinggi tentera yang diketengahkan PKR ialah bekas panglima tentera darat, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein bertanding di kerusi parlimen Johor Bahru menentang penyandang, Datuk Seri Shahrir Samad.

BN: Semuanya hanya dalam kepala Khalid


 
BN Selangor hari ini menolak dakwaan bahawa mereka menerbangkan pengundi luar dari Sabah ke negeri itu, seperti didakwa Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim semalam.

Timbalan pengarah pilihan raya BN negeri Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata, semua itu hanya imaginasi liar dan dakwaan terdesak semata-mata.

NONEBercakap dalam sidang media di Shah Alam hari ini, beliau berkata, pemindaan besar-besaran pengundi memerlukan keupayaan yang besar dan tidak boleh mudah-mudah disembunyikan.

"Ini macam memindahkan tujuh batalion ke Sabah," katanya sambil menjelaskan langkah itu turut memerlukan pengangkutan dan penempatan.

"Adakah kamu nampak perkara sebegini (di Selangor)? Jika tidak ini hanya imaginasi liar dia (Khalid) sahaja."

Khalid yang juga pengerusi Pakatan Rakyat Selangor semalam mendakwa, risikan mereka mendapati Umno telah membawa masuk pengundi luar, khususnya dari Sabah menggunakan pengangkutan udara.

Bagaimanapun, Khalid yang juga menteri besar berkata, kumpulan itu tidak didaratkan di lokasi biasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT) tetapi di "kawasan tertentu".

Setelah 5 tahun, isteri PI Bala pecahkan kesunyian


 
VIDEO | Bahagian 1 | Bahagian 2
Hampir lima tahun selepas meninggalkan negara ini, balu kepada bekas penyiasat persendirian mendiang P Balasubramaniam, A Santamil Selvi, akhirnya memberikan wawancara pertamanya kepada media.

Menurutnya, beliau didorong mengambil langkah itu selepas menerima panggilan telefon individu tidak dikenali yang menawarkan wang dan peluang pendidikan untuk anak-anaknya sebagai pertukaran dengan "bukti" bahawa PKR membayar suaminya untuk membuat kenyataan bersumpah.

NONEIni berlaku setelah baru sahaja terdapat SMS palsu disebarkan bulan lalu yang mendakwa beliau akan mengadakan sidang media bagi mengisytiharkan suaminya dibayar oleh peguam, kata Selvi kepada Malaysiakini dan KiniTV pada Jumaat lalu.

"Selepas Bala meninggal, mereka buat tawaran dan saya tak boleh terimanya. Ini sebabnya saya beri wawancara ini. Sebelum ini, saya tak pernah fikir untuk diwawancara, tetapi saya tak boleh terimanya lagi," katanya merujuk kepada gangguan berterusan itu.

"Ini sebabnya kenapa saya mahu beritahu rakyat apa sebenarnya berlaku pada saya," kata Selvi sambil menegaskan suaminya tidak dikuasai sesiapa pun.

Lima tahun lalu, Selvi juga tidak menyangka apa yang berlaku apabila melihat suaminya muncul di kaca televisyen pada 3 Julai 2008.

Bala, pagi itu, memanggil sidang akhbar di ibu pejabat PKR dan mengumumkan akuan bersumpah pertama yang mengaitkan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dengan pembunuhan warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu

'Nik Aziz pemegang amanah tanah RM4j di KB'


4:41PM Apr 30 2013  
Datuk Nik Aziz Nik Mat bukan pemilik, tetapi hanya pemegang amanah bagi 14 lot tanah 1.76 hektar bernilai RM4 juta yang dipertikaikan Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali, kata Pemuda PAS Kelantan.

Ketua penerangannya Ahmad Fadhi Shaari menjelaskan, kesemua lot rezab Melayu dengan milikan selama-lamanya (perpetuity) itu sebenarnya milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), yang dibeli terus daripada orang perseorangan antara tahun 2006 sehingga 2007.

Bagaimanapun, jelas Ahmad Fadhi, oleh kerana PMBK tidak ditakrifkan sebagai Melayu bawah Seksyen 13A Enakmen Rizab Melayu Kelantan 1930 dan Seksyen 104 Enakmen Tanah Kelantan 1938, perbadanan itu menamakan Nik Aziz selaku pengerusi PMBK sebagai pemegang amanah.

Bagi mengesahkan keputusan itu, kata Ahmad Fadhi lagi, Surat Ikatan Amanah bertarikh 5 November 2007 dimeterai yang mensyaratkan Nik Aziz melepaskan pegangan tanah tersebut pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh PMBK.

"Berasaskan kepada fakta-fakta ini, YAB Tuan Guru (Nik Aziz) bukanlah pemegang pemilik sebenar bagi 14 lot tanah seluas 4.4 ekar (1.76 ekar) sebagaimana yang didakwa oleh calon Bunga Raya (Ibrahim)," kata Ahmad Fadhi.

Utusan: Di balik imej zuhud
Utusan Online hari ini melaporkan, di sebalik imej zuhud, Nik Aziz yang juga mursyidul Am PAS memiliki lot tanah itu yang dikatakan boleh melebihi RM10 juta jika statusnya ditukar daripada pertanian kepada komersial.

Memetik Ibrahim, laman itu juga melaporkan, isteri Nik Aziz, Tuan Sabariah Tuan Ishak turut memiliki 13 lot tanah sekitar jajahan Kota Bharu dianggarkan bernilai jutaan ringgit, termasuk dua lot tanah di Pulau Melaka yang dipajakkan 40 tahun kepada Petronas Dagangan Berhad bagi membina stesen minyak.

NONEKesemua tanah atas nama Nik Abdul Aziz itu didakwa didaftarkan selepas 1990 ketika beliau memegang jawatan menteri besar.

Sambil mengaku terkejut, Ibrahim mempersoalkan bagaimana tanah itu diperoleh ketika Nik Aziz bertugas sebagai penjawat awam dan ketua kerajaan.

Ibrahim berkata, pendedahannya bukan bertujuan memfitnah kerana berkemungkinan tanah itu dimiliki menerusi cara yang betul dan sah tetapi hanya mempersoalkan dari aspek moral.

Beliau juga mencabar anak anak menteri besar Nik Abduh yang menentangnya di Parlimen Pasir Mas dalam pilihan raya umum kali ini memperjelas bagaimana bapanya memiliki tanah itu.

Pekebun capai RM4,000 sebulan pada 2020

Pekebun capai RM4,000 sebulan pada 2020
7:50PM Apr 30 2013  
Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) mensasarkan purata pendapatan pesertanya yang terlibat dalam aktiviti penanaman getah akan meningkat kepada RM4,000 sebulan menjelang 2020.

Pengerusi Risda Tan Sri Dr Rahim Tamby Chik berkata sasaran itu diyakini dapat dicapai jika peserta mengikut strategi yang disusun Risda bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran getah.

Beliau berkata antara kaedah yang diberi tumpuan ialah berdisiplin dalam menguruskan kebun getah.

datuk t charged 240611 rahim thamby chik"Kami juga menjalankan kajian bagi mengeluarkan benih bermutu yang mampu mengeluarkan getah dalam kuantiti banyak serta berkualiti," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas majlis Penyampaian Bantuan Khas Kejatuhan Harga Getah (BKKH) peringkat negeri di pejabat RISDA Pahang di Kuantan hari ini.

Seramai 500 daripada 22,272 pekebun kecil di Pahang hadir menerima bantuan itu. Turut hadir Pengarah Risda negeri Md Tahir Othman.

Dalam pada itu Rahim berharap bantuan insentif itu dapat mengurangkan beban kewangan pekebun kecil berikutan kejatuhan harga getah yang memberi kesan kepada mereka.

- Bernama

Gadis X, Y dakwa dicabul dalam program Najib


 
Dua mahasiswa 19 tahun dari Kolej Universiti Selatan mendakwa mereka dicabul secara seksual oleh beberapa orang penyokong BN semasa majlis yang dihadiri perdana menteri kerajaan sementara Datuk Seri Najib Razak semalam.

Enggan nama mereka disebut, kedua-dua mahasiswa itu, hadir dengan dua lagi rakannya bagi menceritakan kembali peristiwa itu kepada Malaysiakini ketika ditemui di Johor Bahru hari ini.

NONENajib hadir ke kolej itu di Skudai, Johor bagi merasmikan majlis pecah tanah untuk kampus barunya manakala dua gadis itu ditugaskan sebagai wanita pengiring bagi menyerahkan pen supaya perdana menteri dapat menandatangani plak.

"Majlis itu diadakan atas sebuah platform di padang. Kami pakai cheongsam.

"Bersama pelajar lain yang memakai pakaian tradisional masyarakat masing-masing, kami mengiring Najib ke dewan universiti selepas majlis pecah tanah itu," cerita gadis pertama, yang mahu dikenali sebagai 'X'.
NONE
Bagaimanapun, selepas Najib dan jurugambar media naik ke pentas, sekumpulan penyokong terdiri daripada lelaki muda berpakaian biru BN juga terasak ke pentas.

Katanya, beliau dan rakannya - yang kami rujuk sebagai 'Y', juga berada di atas pentas tetapi tertolak daripada Najib oleh penyokong yang mengelilinginya.

Penyokong-penyokong yang kasar itu kemudian bersama-sama memasuki kampus, dengan Najib menaiki motosikal mereka.

"Tempat itu sungguh padat. Kami malah tak dapat dekati Perdana Menteri untuk menyerahkan pen kepadanya, jadi kami serahkan kepada pembantunya.

"Kemudian ada seseorang sentuh punggung saya. Saya beritahu dia (Y) 'seseorang sedang sentuh saya'...," katanya. [Baca berita penuh]
Dalam perkembangan berkaitan, Presiden kolej itu Thock Kiah Wah secara terbuka meminta maaf atas kejadian semalam, termasuk insiden gadis yang didakwa dicabul.

Permohonan maaf itu dibuat selepas 200 mahasiswa berkumpul dan menyatakan bantahan mereka, serta berkali-kali menuntut Thock meminta maaf.

"Semalam saya sudah minta maaf (secara peribadi kepada siswa itu). Hari ini saya minta maaf kepada semua orang. Hari ini saya minta maaf lagi," katanya.

Rafidah: Jangan beri Kamilia undi simpati


7:57PM Apr 30 2013  
Anggota Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Rafidah Aziz mengingatkan pengundi terutama wanita supaya tidak memberikan undi simpati khususnya kepada calon bebas yang bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Beliau berkata tindakan itu akan menyebabkan Barisan Nasional (BN) kehilangan undi dan seterusnya menjejaskan agenda yang dirancang kerajaan untuk negara dan rakyat.

NONE"Mungkin calon bebas ini tidak boleh menang tetapi undi simpati itu walaupun sedikit akan sebabkan BN kehilangan undi dan ini merosakkan parti," katanya kepada Bernama selepas menghadiri majlis Kasih Yayasan Wanita Malaysia Melaka di Melaka.

Sebagai contoh di Parlimen Kuala Kangsar katanya pengundi wanita tidak seharusnya memberikan undi simpati kepada bekas Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim yang dipecat parti kerana bertanding sebagai calon bebas.

"Tindakan beliau (Kamilia) itu merupakan satu pengkhianatan kepada parti semata-mata untuk memenuhi cita-cita peribadi," katanya.

Justeru katanya pengundi perlu jelas dan rasional dengan membuat pilihan yang tepat tanpa dipengaruhi emosi.

- Bernama

Khalid lebih diterima berbanding Anwar, Najib


 
Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berada di kedudukan lebih tinggi daripada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada aspek penerimaan umum, menurut sebuah kajian.

azlanMenurut kajian Universiti Selangor (Unisel), kepimpinan Khalid dihormati oleh 63 peratus daripada 1,015 responden di seluruh Selangor.

Manakala Anwar hanya mendapat 58.4 peratus dan Najib sebanyak 51.2 peratus.

Dapatan kajian juga mendapati inisiatif air percuma 20 meter padu sebulan pula sangat popular dengan 91 peratus responden menyokongnya

Musa Hassan nafi anggotai Majlis Keselamatan Pakatan


7:28PM Apr 30 2013  
Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini menafikan dakwaan pakatan rakyat beliau menyertai parti itu, dan menganggotai Majlis Penasihat Keselamatan Pakatan Rakyat (MPKPR).

NONEMusa menegaskan beliau hanya memberi nasihat keselamatan dari semasa ke semasa apabila diminta oleh parti itu atas kapasitinya berdasarkan pengalaman beliau dalam bidang keselamatan.

"Saya hanya diminta untuk beri nasihat keselamatan, jika diperlukan, dan bukan terlibat secara rasmi dalam majlis keselamatan mereka," katanya kepada Bernama.

Semalam media melaporkan Musa menyertai MPKPR sebagai penasihat berikutan beberapa insiden keganasan politik sejak kebelakangan ini.

Pakatan rakyat melancar MPKPR pada 31 Mac lepas.

- Bernama

Najib, Anwar riuhkan pekan sunyi Saratok


 
Pekan sunyi Saratok - kira-kira 60 kilometer dari Sarikei - tiba-tiba berubah dengan kemunculan dua pemimpin penting negara yang bermusuh secara politik, iaitu Datuk Seri Najib Razak (bawah) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONEKedua-dua mereka hadir untuk merancakkan lagi pertarungan antara William Mawan Ikon di pihak BN - yang juga calon pilihan - dengan Ali Biju, calon dan ayam tambatan baru PKR Sarawak.

Ali yang tidak berapa dikenali dalam arena politik Sarawak sebelum ini mencuri tumpuan apabila tidak disangka-sangka mengejutkan Timbalan Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Peter Nyarok Entrie.

Peter yang sudah lama menguasai Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian, dalam pilihan raya negeri 2011 itu tewas di tangan Ali.

Kali ini, Ali akan berdepan dengan Mawan sebagai presiden SPDP sendiri dan gergasi politik Sarawak di kerusi Parlimen Saratok, yang tidak dipertahankan penyandangnya Jelaing Mersat.

NONEBagi PKR, pertaruhannya bagi memastikan Ali sebagai Bumiputera pertama Sarawak yang bakal memasuki parlimen dengan mengalahkan tokoh Dayak. Justeru, tidak aneh jika Najib dipanggil untuk memperkasakan BN negeri.

Anwar (atas) pula telah turun di Kabong pada Jumaat lalu di mana beliau bercakap tentang dakwaan rasuah di Sarawak yang menjadi batu penghalang kepada pembangunan negeri.

"Inilah kali pertama dalam sejarah kita mempunyai peluang untuk mengalahkan BN dan menggantikan mereka sebagai kerajaan persekutuan," ucap Anwar.

JAIS pantau masjid dari ceramah politik


7:15PM Apr 30 2013  
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menyusun anggota seragamnya daripada pelbagai bahagian bagi membuat pemantauan berterusan di majlis dan surau dalam negeri itu daripada terlibat dalam aktiviti berunsur politik, termasuk ceramah.

azlan Pengarah jabatan itu Marzuki Hussin berkata, pihaknya juga menasihati seluruh anggota jawatankuasa masjid dan surau di Selangor supaya tidak membenarkan perkara itu, selari dengan titah Sultan Selangor yang melarangnya.

Beliau juga berkata, bahagian penguatkuasaan JAIS juga sudah membuka bilik gerakan yang akan beroperasi antara jam 7 petang hingga 10 malam bermula semalam bagi memudahkan orang ramai membuat aduan.

Selain itu, menurut Marzuki, pihak yang memiliki maklumat atau ingin membuat aduan juga boleh menghubungi terus jabatan itu melalui telefon.

Dakwat kekal... tidak kekal


 
Hanya beberapa jam selepas dakwat kekal digunakan pertama kali di Malaysia, sudah pun ada aduan bahawa ia sebenarnya boleh ditanggalkan.

Perkara itu sama sekali bertentangan dengan jaminan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa dakwat itu akan kekal sekurang-kurangnya tujuh hari selepas dicalit dengan berus.

NONESeorang askar yang terlibat dalam undi awal pagi tadi berkata, beliau sudah membuang banyak dakwat hanya menggunakan air - hanya enam jam kemudiannya.

"Dah tinggal 30 peratus saja, itu pun tak basuh pakai sabun Fab. Standard dia macam dakwat stamp pad. Tak kuat mana.

"Atas kuku boleh hilang seratus peratus. Cuma celah-celah kuku susah sikit. Atas kulit rasanya boleh hilang kalau dibasuh gunakan sabun yang agak kuat," kata askar itu melalui SMS.

Beliau inginkan indentitinya dirahsiakan.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusog ketika dihubungi meminta perkara itu diserahkan kepada polis untuk menyiasatnya kerana laporan polis sudah dibuat.

"Menurut percubaan oleh SPR, ia tidak dapat ditanggalkan (menggunakan sabun, pencair atau sanitiser tangan) dan masih boleh dikesan," jelasnya.
  • Tahir Talib Laporan Polis Palsu Berkenaan Dakwat Kekal
    April 30, 2013 
     
    Calon Ahli Parlimen Batu dari PKR, Tian Chua telah membuat satu laparan polis yang dipercayai mengandungi maklumat mengenai dakwat kekal yang digunakan oleh SPR. Menurut Tian Chua: 
     
    Satu la
    poran polis telah dibuat pada 30/4/13 jam 1250 JINJANG report 9246/13
    Pada 30/4/13 jam l/kurang 1250 saya CHUA TIAN CHANG no.kp 63122841025 ingin melaporkan salah laku SPR dalam pembekalan dakwat kekal yg digunakan untuk pengundian awal PRU 13 yg berlangsung pada 30/4/13. 
     
    Pada pagi ini setelah membuat lawatan dipusat pengundian awal di kem BATU CANTOMEN dan TAMAN KOPERASI POLIS saya dapati kesemua pengundi telah dicalit di jari telunjuk dengan dakwat kekal yg berwarna unggu. Pada mulanya saya berpuas hati dengan proses ini kerana ianya dijalankan seperti yg dijanji oleh SPR . Pada jam 10:30 saya dihubungi oleh salah seorang ATM yg mendakwa dakwat kekal boleh ditanggalkan.
     
    Saya bertemu dengan pegawai ATM tersebut di satu lokasi di SENTUL. Beliau memohon identiti beliau dirahsiakan untuk melindungi keselamatan beliau. Anggota tersebut menunjukkan di hadapan saya dengan membasuh jari yg dicalitkan dakwat kekal itu dengan instant hand sanitizer luxor dan dakwat itu dapati telah hilang. Ini adalah perkara yang sangat mengejutkan kerana tujuan dakwat kekal adalah untuk mengelakkan pengundi membuang undi berulang kali. Dengan dakwat kekal yg boleh ditanggalkan bermaksud proses ini tidak telus dan ada kemungkinan penyelewengan akan berlaku.

29.4.13

Yob undang padah!

Oleh Syed Riduan Ahmad dan Azizan Hashim 
Yob undang padah! Suasana tegang antara penyokong Perak dan Johor DT selepas perlawanan di Stadium TLDM, Lumut, malam kelmarin.
Tindakan penyokong serbu ke dalam padang jadi perhatian FAM

Kuala Lumpur: Kemenangan bergaya ke atas Johor Darul Takzim (DT) 3-0 di Stadium TLDM, Lumut malam kelmarin mungkin terpaksa dibayar dengan harga mahal oleh Perak gara-gara tindakan penyokong mereka menyerbu masuk ke dalam padang bagi meraikan gol bersama pemain import, Paolo Rangel.

Ini kerana tindakan yang boleh mengancam keselamatan itu mungkin menyebabkan Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) dikenakan denda atau larangan beraksi di depan penyokong sendiri oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Kita sedang menuju era bola sepak profesional, jadi selain pengurusan liga, peminat juga perlu bersikap ke arah itu,” Datuk Taufek Abdul Razak, Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM

Namun, Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufek Abdul Razak enggan mengulas kerana masih belum mendapat laporan insiden itu, sebaliknya menasihatkan penyokong jangan berterusan menghukum persatuan sendiri dengan melakukan perbuatan yang boleh menyebabkan kelab atau negeri didenda.

Menurutnya, FAM seboleh-bolehnya tidak mahu menyusahkan persatuan negeri dengan denda atau larangan bermain di depan penyokong, tetapi jika berlaku insiden yang boleh mengancam keselamatan, badan induk itu terpaksa bertindak tegas.

“Kita sedang menuju era bola sepak profesional, jadi selain pengurusan liga, peminat juga perlu bersikap ke arah itu,” kata Taufek ketika dihubungi semalam.

“Sekarang ini masih ada beberapa lagi kes yang belum dibicarakan, dan semalam (kelmarin) saya diberitahu ada insiden lagi dalam saingan Liga Super (penyokong Perak menyerbu masuk padang),” katanya.

Menurut Taufek antara kes yang belum dibicarakan ialah insiden pergaduhan antara pemain Selangor dan FELDA United di Stadium Shah Alam 13 April lalu serta perlawanan suku akhir Piala FA antara Sarawak dan Kelantan yang terhenti kira-kira 20 minit akibat gangguan penyokong di Stadium Negeri, Kuching. “Semua kes akan dibicarakan selepas Pilihan Raya Umum nanti.”

Tanggung akibat

Sementara itu, Presiden PAFA, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin kesal dengan tindakan segelintir penyokong dan mengakui pihaknya kini perlu menanggung akibat dengan tindakan liar mereka itu.

“Kami tidak menjangka insiden itu akan berlaku kerana sebelum ini penyokong Perak tidak pernah bertindak liar. Kelab penyokong perlu mengawal tingkah laku mereka supaya tidak terlalu emosional. Saya faham perasaan penyokong yang terlalu gembira, namun atas alasan apapun mereka tidak sepatutnya menyerbu masuk ke dalam padang,” katanya.

Katanya, PAFA sudah mengambil langkah sewajarnya untuk mengadakan kawalan di sekeliling stadium semasa perlawanan itu tetapi tidak mampu menghalang tindakan penyokong.

“Kami kini hanya menunggu surat dari FAM mengenai insiden itu dan terpaksa akur dengan keputusan badan induk itu,” katanya.

Dalam kejadian itu, segelintir penyokong di penjuru kiri bertentangan dengan tempat duduk utama stadium melompat pagar paras pinggang dan menyerbu masuk ke dalam padang kerana terlalu teruja dengan jaringan kedua Rangel pada minit ke-66.

Sebelum itu, pemain import baru berkenaan turut meledak pada minit 12 dan 88.

Tiga remaja baling bom petrol diburu



Cetak
Ipoh: Polis masih lagi memburu tiga remaja yang disyaki terbabit membaling dua bom petrol ke arah Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri Jelapang di sini, dua hari lalu.

Jurucakap media Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Kontinjen Polis Perak, Superintenden Maszely Minhad, berkata setakat ini, polis belum membuat tangkapan.
Tampil membantu

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya tampil atau menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Bercakap kepada pemberita, di sini, semalam, Maszely juga memberitahu polis menerima 14 laporan berkaitan dengan kesalahan pilihan raya semalam.

“Sebanyak 137 ceramah dijalankan di seluruh Perak semalam dan 14 daripadanya didapati tidak mempunyai permit,” katanya. - BERNAMA

28.4.13

SPR Sudah Rancang Untuk Memenangkan BN?


Seorang penjawat awam PGA dari kem PGA Galing Kuantan telah upload gambar sesi staf staf PGA sedang mengundi POS di Kem Galing Kuantan, Pahang.



Menurut tinjauan gua ke wall FB dia.. beliau ni pro BN.. lihat jer lah aktiviti berbasikal di sekitar Putrajaya...maka SAH lah info ni benar.

Semalam pengerusi SPR menafikan Undi POS atau undi awal telah dilakukan.. tetapi BUKTI menunjukkan sebaliknya.

Kegilaan apakah ini meskipun difahamkan tarikh pengundian awal sepatutnya ialah pada 30 April 2013 (lima hari sebelum tarikh undi awam).Berikut mesej yang dihantar oleh beliau:

Salam admin, minta jasa baik admin ambil berat apa yang saya ingin sampaikan ni.. Hari ni telah bermula undi pos bagi anggota PGA,di sini saya nak bagitau beberapa perkara

1) Undi pos sepatutnya bermula 3 hari awal dari undi awam tapi skrg ni baru berapa hari bulan?

2) Undi tanpa ada pemerhati dari SPR,hanya kantung undi sahaja yang ada

3) Kertas undi ada no siri

4) Sebelum pangkah undi, terdapat borang yang sudah tertera nama pengundi beserta no ic dan no siri yang sama dengan kertas undi

5) Borang tersebut dimasukkan bersama kertas undi ke dalam sampul sebelum digam dan dimasukkan ke kantung undi

6) Undi tak rahsia langsung, siap ada no siri, kawan-kawan ada kiri kanan, bersepah2 undi.. Suasana macam funfair!!

Jika begini lah caranya. SPR telah melangar SOP iaitu..

Tidak menjemput wakil calon BN,PR dan juga wakil calon bebas yang sepatutnya menghantar pemerhati.

Nampaknya SPR sedang merancang memastikan BN menang,, bagaimanalah rakyat dan negara ingin berubah menjadi negara yang lebih baik..aksyik mempertahankan perompak berleluasa... sedih.. -kingofgoblok

Nik Aziz Huru-harakan Masjid Putrajaya

Sebaik saja selesai solat Jumaat di Masjid Besi, Putrajaya hari ini 26hb April 2013 hampir semua jemaah bila mendapat tahu akan kehadiran Mursyidul Am PAS TGNA dan calon PAS/PR Dato' Hj Husam Musa berada sama dalam masjid berkenaan, terus menyerbu kearah kedua pemimpin ini untuk bersalaman.

Satu suasana yang cukup menyentuh kalbu dan mengharukan sekali.

Sayugia diingat, majoriti jemaah adalah kakaitangan kerajaan yang bertugas di Putrajaya.

Apakah reaksi spontan jujur lagi ikhlas para warga Putrajaya terhadap TGNA dan Husam Musa menandakan tidak mustahil calon PAS/PR Parlimen P100 Putrajaya, Dato' Hj Husam Musa, akan memenangi parlimen ini?

Jawapannya ialah....Ins'y Allah, harapan cukup cerah sekali. -omakkau