Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

20.6.13

Anwar: Najib tak pernah bangkit isu k'jaan perpaduan


 
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak menerima sebarang cadangan rasmi daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membentuk “kerajaan perpaduan”.

Bagaimanapun, beliau tidak menafikan bahawa cadangan untuk membentuk kerajaan dari kalangan pemimpin BN dan Pakatan Rakyat itu telah dibincangkan oleh pihak tertentu dalam lingkungan politik.

"Saya menafikan mendengar daripada Datuk Seri Najib mengenai sebarang cadangan spesifik (berhubung kerajaan perpaduan).

"Sudah pasti banyak orang mengutarakan pandangan mereka... Saya dengar, (tapi) daripada Datuk Najib tak ada.

"Mari kita berpegang kepada fakta. Tidak ada secara rasmi atau wakil rasmi (daripada BN).

"Saya tidak fikir dalam suasana politik, khabar angin (dan) perbincangan dalam ruang awam dijadikan sebagai isu," katanya dalam sidang media petang ini.

Sementara Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub dalam sidang media yang sama, turut menafikan bahawa PAS berbincang perkara yang sama dengan pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah.

"Pada peringkat ini, langsung tidak ada. Kami berpegang dengan (prinsip) Pakatan. Sebarang keputusan dibuat bawah Pakatan Rakyat, itu jelas," kata Salahuddin.

Tiada ulasan: