Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

12.6.13

Muhdalena didapati hidap kemurungan psikosis


 
Muhdalena Ahmad yang dituduh mengamuk bersama seorang lelaki dengan bersenjatakan pedang samurai di luar kompleks Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya tahun lepas, didiagnos mengalami kemurungan psikosis.

Peguam M Visvanathan yang mewakilinya memberitahu Mahkamah Sesyen di Putrajaya hari ini bahawa beliau menerima sijil perubatan bagi Muhdalena yang dikeluarkan pegawai perubatan Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental, Hospital Putrajaya, yang menyatakan Muhdalena didiagnos mengalami "gangguan kemurungan dan psikosis teruk".

Kata peguam itu sijil perubatan berkenaan meliputi tempoh 11 Jun hingga 11 Julai.

Visvanathan berkata doktor mengesahkan Muhdalena tidak sihat untuk hadir di mahkamah.

Beliau kemudian memohon mahkamah menangguhkan perbicaran kes wanita itu yang sepatutnya diadakan hari ini dan esok.

Pihak pendakwaan, yang diketuai timbalan pendakwa raya Kalmizah Salleh, tidak membantah permohonan penangguhan itu.

Hakim Mohamed Kamil Nizam kemudian meluluskan permohonan Visvanathan dan menetapkan 29 Julai sebagai tarikh untuk meneruskan perbicaraan.

Muhdalena, 28, dan Khalil Afendi Abd Hamid, 47, dilaporkan mengamuk di luar kompleks JPM dengan bersenjatakan pedang samurai sebelum mereka ditembak dan Khalil meninggal dunia kemudiannya akibat kecederaan.

Muhdalena dikenakan pertuduhan pada 16 Julai tahun lepas di Hospital Putrajaya Hospital ketika dia ditempatkan di situ untuk menerima rawatan kerana kecederaan pada paha kanannya.

Wanita ini menghadapi empat pertuduhan mengikut Kanun Keseksaan, Akta Bahan-bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958, dan Akta Tempat Larangan dan Kawasan Larangan 1959.

Dia dituduh melakukan ugutan jenayah terhadap Kpl Ridzuan Megat Ahmad di Kompleks 'B' Jabatan Perdana Menteri pada 9 Julai 2012 dan memiliki sebilah parang di tempat dan pada tarikh yang sama.

Muhdalena juga dituduh mengingkari perintah Ridzuan supaya meletakkan senjatanya dan mematuhi nasihat seorang menteri supaya mendapatkan pas atau permit sebelum memasuki premis berkenaan.

-Bernama

Tiada ulasan: