Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

24.7.13

Seniwati veteran Umi Kalthum meninggal dunia


1:58PM Jul 24 2013  
Seniwati veteran Datin Umi Kalthum, 81, meninggal dunia di rumahnya di Taman Ukay Prima Saujana Melawati hari ini.
  
Anak keempat Allahyarham, Noorkumalasari, 57, berkata ibunya tidak bergerak ketika dikejutkan untuk bangun bersahur kira-kira 4.30 pagi ini.
  
"Mak tidak ada penyakit dan beliau masih cergas walaupun sudah mencecah 81 tahun. Kali terakhir saya menemuinya dua hari lepas ketika menghantar sambal ikan bilis, dan kami berborak seperti biasa," katanya kepada Bernama.
  
Noorkumalasari berkata jenazah Allahyarham akan dimandikan di Masjid

Al-Mardhiyah, Taman Melawati sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Klang Gate, Hulu Klang dekat Kuala Lumpur sebelum solat Zuhur.
  
Allahyarham meninggalkan lapan orang anak, empat lelaki dan empat perempuan, 22 orang cucu dan seorang cicit hasil perkahwinannya dengan pelakon Allahyarham S.Roomai Noor.
  
Semasa hayatnya Umi Kalthum atau nama sebenarnya Patimah Bahudin berlakon dalam lebih 20 buah filem antaranya Bawang Putih Bawang Merah, Raden Mas, Laila Majnun, Menanti Hari Esok dan Syukur 21.
  
Sementara itu seniwati Rosnani Jamil, 77, rakan seangkatannya dalam bidang seni berkata beliau terkilan kerana hajatnya untuk berbuka puasa dengan Allahyarham yang dirancang pada 3 Ogos depan tidak kesampaian.
  
"Kami rancang nak jumpa pada majlis buka puasa anjuran Persatuan Kebajikan Artis Veteran di bangunan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), tetapi Allah terlebih dahulu menjemputnya, saya reda," katanya.
  
Seniman Datuk Aziz Satar, 88, pula berkata beliau mengenali Allahyarham di Singapura pada 1956.
  
"Hubungan kami sebagai kawan tak pernah putus. Allahyarham seorang yang suka ketawa dan saya selalu mengusiknya bila kami berjumpa," katanya.

- Bernama

'Kalau Rafizi jantan, ulang dakwaan di luar dewan'


12:36PM Jul 24 2013  
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Aziz Yusof mencabar ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli mengulangi tuduhan bahawa beliau dan timbalannya mempunyai kaitan rapat dengan pembekal dakwat kekal pada pilihan raya umum lalu, di luar Dewan Rakyat.

NONEAziz (kiri) berkata, tuduhan tersebut fitnah dan dakwaan serius terhadap mereka, keluarga dan suruhanjaya itu sendiri dan mereka juga mahu membersihkan nama mereka daripada dibabitkan dengan pembekal dakwat kekal itu.

Beliau juga berkata cabaran mengulangi kenyataannya itu dibuat kerana Rafizi hanya menyebut "kepimpinan SPR" dan tidak menyebut nama kedua-dua pemimpin SPR itu di luar dewan dan sekali gus berbeza dengan apa yang dinyatakan dalam Dewan Rakyat.

"Kami buat keputusan untuk mencabar YB Rafizi, supaya mengulangi di luar dewan sebagaimana yang beliau sebut di dalam parlimen yang melibatkan nama kami, yang menuduh kami ada hubungan rapat atau mengenali rapat dengan pembekal dakwat pada PRU13," katanya

"Kami berharap dalam tempoh satu minggu bermula hari ini, kalau dia betul-betul anak jantan, ulang dakwaan itu di luar dewan.

"Apabila kami mendapat kenyataan itu, kami akan berbincang dengan peguam-peguam kami untuk mengambil tindakan selanjutnya," kata Abdul Aziz dalam sidang media di Kuala Besut hari ini.

'Sudah tentu calon BN undi BN'
Rafizi sebelum ini mendakwa Aziz dan Wan Ahmad mempunyai hubungan rapat dengan pembekal dakwat kekal yang digunakan semasa pilihan raya.

Beliau juga mengulangi dakwaan itu di lobi Dewan Rakyat bahawa kepimpinan SPR mempunyai kaitan dengan pembekal dakwat kekal pilihan raya, setelah diminta berbuat demikian oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

NONEEkoran itu, beliau terlepas daripada dirujuk ke jawatankuasa hak dan kebebasan, yang diusulkan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (BN-Kepala Batas).

Ditanya berhubung tindakan calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman hari ini yang menunjukkan kertas undinya (atas) kepada media sebelum memasukkan ke dalam tong undi, Abdul Aziz:

"Beliau tidak sepatutnya buat demikian. Setiap undi adalah rahsia. Undi adalah rahsia. Sudah tentu dia sebagai calon BN, dia pangkah (BN). Itu bukan rahsia sama sekali. Mustahil dia sebagai calon, dia pangkah orang lain."

Mengulas berhubung penajaan minyak petrol secara percuma oleh Dewan Pemuda PAS Pusat kepada penunggang motosikal berusia 21 tahun semalam sama ada boleh diterima dalam peraturan pilihan raya, Abdul Aziz berkata beliau tidak tahu menahu mengenai program Dewan itu dan pihaknya juga tidak menerima laporan rasmi mengenainya.

Penilaian serius dakwat kekal
Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang turut serta dalam sidang media itu kemudiannya mencelah dan berkata pihaknya perlu mengesahkan sama ada perkara itu benar berlaku sebelum memberikan ulasan.

"Kita perlu sahkan sama ada terdapat baucer yang diberikan, sama ada ia ada kaitan dengan pilihan raya (kecil) ini.

"Mungkin ada sesuatu yang kami tidak tahu. Kami tidak mengetahui sama ada ia ada kaitan dengan pilihan raya. Yang kedua, buat laporan polis, supaya mereka membuat penyiasatan," katanya.

NONEMengulas penggunaan dakwat kekal itu akan digunakan pada pilihan raya umum akan datang, Abdul Aziz berkata pihaknya akan membuat "penilaian serius" berdasarkan pengalaman penggunaannya ketika pilihan raya umum lalu dan pilihan raya kecil DUN itu.

"Kami akan membuat penilaian serius berhubung penggunaan dakwat kekal berdasarkan pengalaman pilihan raya umum lalu dan kecil Kuala Besut, sama ada untuk diteruskan penggunaan atau menggunakan metod lain.

"Kita tidak ada pengalaman menggunakan dakwat kekal sejak 12 kali pilihan raya. Pilihan raya umum ke-13 adalah kali pertama dan ini kali kedua. Pengalaman mengajar kita," katanya.

Bagaimanapun, pihaknya tidak menetapkan tarikh akhir untuk menjalankan penilaian itu bagi memastikan kajian dibuat secara lebih berhati-hati.

S'gor umum bonus sebulan gaji untuk k'tangan awam


2:31PM Jul 24 2013  
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengumumkan pemberian bonus sebulan gaji untuk kakitangan awam di Selangor.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, keputusan itu dipersetuju oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini.

"Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM30 juta untuk pemberian bonus kepada 21,776 kakitangan tetap, kontrak dan sambilan yang akan diberikan selewat-lewatnya pada hujung bulan ini," katanya.

Abdul Khalid berkata, sekiranya kerajaan pusat mengumumkan pemberian bonus sebulan setengah gaji kepada kakitangan awam, maka kerajaan Selangor akan menambah lagi setengah bulan gaji kepada kakitangan awam di negeri ini.

"Saya berharap bonus ini dapat meringankan tanggungan warga kerja kerajaan negeri bagi menghadapi persiapan Hari Raya.

"Kita berharap kakitangan awam berbelanja dengan berhemah dan memperuntukkan sebahagian bonus ini untuk simpanan untuk kegunaan pada masa depan," tegas menteri besar.

Najib umum bantuan RM500 untuk penjawat awam


 
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 sebagai persiapan hari raya  kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54.

Perdana Menteri turut mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 660,000 pesara kerajaan bagi menghargai jasa bakti mereka.

Katanya pembayaran bagi bantuan khas itu akan dibuat pada 31 Julai ini.

Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan itu masing-masing membabitkan peruntukan kewangan RM670 juta dan RM165 juta, katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Di samping bayaran bantuan khas itu, penjawat awam menikmati dua Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) pada tahun ini, katanya.

"Pertama, kenaikan gaji tahunan biasa dan kedua adalah pemberian faedah pemindahan gaji yang diawalkan bersamaan dengan amaun 1KGT mengikut gred gaji masing-masing yang akan diterima esok, sebagaimana yang diumumkan oleh saya dalam Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-13," katanya.

Najib berkata langkah itu berikutan kajian penambahbaikan skim perkhidmatan dan pembetulan struktur gaji yang akan diselesaikan pada Disember ini dalam Sistem Saraan Transformatif.

Katanya, pembayaran KGT ini melibatkan peruntukan kewangan RM1.3 bilion bagi 1.4 juta penjawat awam bagi tempoh enam bulan atau RM3.9 bilion untuk setahun.

"Faedah ini akan diperoleh sepanjang tempoh perkhidmatan. Mereka juga akan menerima faedah pencen yang lebih tinggi berikutan kenaikan dua KGT pada tahun ini," katanya.

Najib berkata kerajaan memperuntukkan RM4.7 bilion bagi pembayaran KGT dan Bayaran Bantuan Khas Kerajaan bagi penjawat awam dan pesara bagi membantu meringankan beban kewangan bagi persiapan hari raya.

- Bernama

Tak rasmi: BN kekal kerusi, majoriti 4,000 tersasar



8:14PM Jul 24 2013  
Keputusan tidak rasmi untuk pilihan raya kecil DUN Kuala Besut mula diperolehi malam ini melalui sumber BN dan PAS.

azlanKeputusan awal menunjukkan BN mengekalkan kawasan DUN berkenaan.

Kem BN berkumpul di satu hotel empat bintang, Demong Resot dengan diketuai timbalan pengerusi parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kumpulan penyokong PAS pula berhimpun di Kampung Baharu.

Pilihan raya itu menyaksikan pertembungan calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dan calon PAS Endot@Azlan Yusof
LANGSUNG9.02pm: AJK pusat PAS Dr Dzulkefly Ahmad berkata parti itu sedar bahawa BN mendahului dalam pilihan raya umum lagi dengan majoriti 2,434 undi.

Namun, BN hanya berjaya meraih tambahan kira-kira 200 undi walau mengumumkan peruntukan RM477 juta semasa kempen tersebut, katanya.

"Kami berpuas hati dan reda, meskipun disogokkan dengan begitu hebat dan juga mereka mengharapkan menang 4,000 undi, tetapi kami berjaya mengagalkan mereka," kata Dzulkefly.

"Kami tahu sukar (untuk capai) menang tapi tidak mustahil dan kami menerima kekalahan. Kami melancar serangan bersungguh-sungguh namun pelbagai sebab (kekalahan) ini," katanya.

Tambahnya, PAS juga tidak melihat bahawa strategi mereka untuk membentuk jumlah kerusi yang sama banyak di DUN Terengganu itu merupakan satu kesilapan.

"Kami tidak menganggap agenda 16:16 satu yang silap, kerana kami telah menjelaskan sejelas-jelasnya, cuma ada rakyat yang faham dan percaya, tetapi tidak boleh memberi undi. Jika dihitung dengan sogokan, ugutan dan sebagainya.

"Kami juga berdepan dengan pengundian (pada hari bekerja), menyebabkan pengundi luar dan penyokong kami tidak dapat balik.

8.50pm:
Tak rasmi - BN menang dengan 2,650 majoriti.
8.30pm: ANALISIS - PAS membuka gelanggang dengan menimbulkan isu besar termasuk isu tanah dan juga strategi untuk mencapai jumlah kerusi sama banyak dengan BN - 16:16.PAS kemudiannya berubah arah dengan menganjurkan program seperti karnival mesra rakyat, cabutan bertuah dan juga pemberian petrol percuma kepada penunggang motosikal.

Pertambahan jumlah majoriti undi BN yang tidak begitu signifikan itu juga menunujukkan bahawa PAS masih dapat mengekalkan pengaruh dari penyokongnya walau tewas.
8.25pm: Setiausaha agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menulis ucapan tahniah kepada parti atas kemenangan di DUN Kuala Besut.

"Tahniah BN, kita menang dengan majoriti lebih baik walau jumlah keluar mengundi 79 peratus, kita menang kesemua pusat daerah mengundi.
"Terima kasih rakyat Kuala Besut (kerana) undi BN," katanya.
8pm: Sumber PAS menyebut, BN mendahului dengan hampir 2,600 undi.
BN pada awal kempen mensasarkan untuk meraih sehingga 4,000 undi majoriti.
PAS - 5,283 undi
BN - 7,882 undi
Majoriti - 2,599 undi
Rosak - 93 undi

22.7.13

Awas, 'Semut' pantau gerak-geri anda!

12:22PM Jul 20 2013  
 Menamakan diri mereka sebagai Semut - 'Sensible and Ethical Malaysians United Troopers' (tentera siber yang beretika), kumpulan sukarelawan ini memantau laman media sosial bagi mengesan kenyataan yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat.

"Sukarelawan ini akan menyalurkan maklumat termasuk 'screenshot'. Kemudian kita akan teliti maklumat itu dan buat laporan polis bagi membolehkan pihak berkuasa menyiasat," kata penyelaras Semut, Huan Cheng Guan kepada Bernama.
  
Katanya kebanyakan sukarelawan adalah pengamal media sosial yang menentang mereka yang menjadikan laman sosial termasuk Facebook sebagai saluran menghina atau menyentuh sensitiviti orang lain.
  
"Apa yang sukarelawan ini mahu ialah masyarakat menjadikan media sosial sebagai saluran interaksi yang positif untuk membina persahabatan dan rangkaian kerja, bukan mengutuk, menghina atau mengeluarkan kenyataan tidak sensitif sehingga menyakiti hati orang lain," katanya.
  
Huan berkata ramai pengamal media sosial tidak faham mereka harus bertanggungjawab terhadap komen yang mereka keluarkan pada laman sosial sendiri atau milik orang lain.
  
"Benar anda boleh paparkan apa sahaja pada laman FB (Facebook), akan tetapi anda juga harus faham anda bertanggungjawab pada komen itu. Cara terbaik untuk mengelak daripada berdepan masalah ialah berhati-hati dengan kenyataan yang anda tulis," katanya.
  
Setakat ini Semut membuat dua laporan polis terhadap dua pengguna Facebook yang dikatakan mengeluarkan komen sensitif mengenai Yang di-Pertuan Agong dan Nabi Muhammad.
  
"Walaupun kami tidak dapat kenal pasti identiti mereka, kami berharap dengan laporan polis dan penyaluran maklumat itu, pihak berkuasa dapat menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya," katanya.
  
Huan juga menjelaskan Semut tidak bertujuan menyaingi kuasa pihak seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau polis kerana peranan Semut hanya untuk menyalurkan maklumat.
  
Ditanya sama ada sukarelawan itu dibayar oleh pihak tertentu, Huan berkata: "Kami sukarelawan dan tidak dibayar oleh sesiapa. Kami lakukan ini kerana kami tidak mahu ada yang terus menggunakan laman sosial sebagai platform untuk menghina orang lain, agama mereka dan juga raja kita."
  
Beliau turut menyangkal kaitan kumpulan itu dengan parti politik tertentu sekalipun beliau sendiri pernah menjadi naib presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) yang berpangkalan di Pulau Pinang, selepas keluar daripada Gerakan pada 2009.
  
Huan yang merupakan naib presiden Gerakan ketika keluar parti itu, berkata: "Saya bertanding menentang Barisan Nasional dan pakatan pada pilihan raya umum. Saya bertanding menentang kedua-duanya bagi kerusi Parlimen Batu Kawan dan Dewan Undangan Negeri Machang Bubok, jadi bagaimana saya boleh dikaitkan dengan mereka?"

- Bernama

K Besut: 1 kes pelik, bakar bendera kedua-dua parti


10:21AM Jul 22 2013  
Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut sehingga kini tercatat sebagai pilihan raya kecil paling tenang dengan hanya empat kes dilaporkan setakat ini, kata Menteri Dalam Negeri
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Daripada laporan itu, satu daripadanya dianggap 'laporan yang pelik' iaitu melibatkan kejadian membakar bendera kedua-dua parti bertanding.

"Ertinya ia bukan disebabkan pihak lawan tetapi mungkin ada pihak lain yang sengaja mahu membuat provokasi.

"Jadi saya harap trend tenteram ini akan berlanjutan sehingga selepas hari mengundi di mana polis akan sentiasa memantau dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua," katanya selepas mendengar taklimat keselamatan di Markas Taktikal Polis (Martek) di Kuala Besut semalam.

Ahmad Zahid berkata selain kerjasama parti-parti bertanding, keadaan tenang itu terhasil menerusi kesiapsiagaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melibatkan penugasan 2,789 pegawai dan anggota dari seluruh negara sepanjang tempoh pilihan raya kecil itu.

Katanya sebanyak RM10.4 juta diperuntukkan PDRM bagi memastikan ketenteraman sepanjang pilihan raya kecil itu.

Ditanya apakah kos itu boleh dianggap tinggi bagi sebuah pilihan raya kecil, Ahmad Zahid berkata ia adalah kos yang sederhana sepertimana yang diperuntukkan pada mana-mana pilihan raya kecil.

Pilihan raya kecil pada 24 Julai itu menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dengan Endot@Azlan Yusof dari PAS.

- Bernama

Anwar: Dunia akan perhati kita jika PAS menang


 
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kemenangan calon PAS Azlan Yusof bakal mengubah landskap politik Terengganu dan dianggap luar biasa dalam sejarah negeri itu.

Katanya lagi, dunia akan memberi perhatian mengenai perjalanan politik di Terengganu jika PAS berjaya membawa tema 16:16 pada pilihan raya kecil 24 Julai ini.

"Percayalah, menang ia akan mengubah politik Terengganu. Seluruh negeri akan menjadi tumpuan. Seluruh kerajaan akan memberi perhatian kepada perkara ini.

"Dunia akan memberikan perhatian selepas menang dalam pilihan raya kecil," katanya dalam ceramahnya sempena kempen pilihan raya kecil DUN itu di Kampung Tok Saboh malam tadi.

Anwar berkata beliau akan bertemu Perdana Menteri Turki Racep Tayyib Erdogan selepas sambutan Hari Raya Aidil Fitri dan akan menceritakan kepada pemimpin Islam itu, jika PAS berjaya mencapai kemenangan.

"Saya nak cerita, kalau menang PAS di Kuala Besut, akan membawa perubahan peta politik Terengganu dan dengan sendirinya berubah dengan rakyat memberi perhatian tentang kedudukan politik tanah air.

"Oleh itu, jangan menganggap pilihan raya ini suatu perkara yang kecil," katanya di hadapan kira-kira 1,000 orang.

P'raya semula T'ganu rakyat untung

Sementara itu, Anwar mengingatkan penyokong Pakatan Rakyat agar menguatkan semangat supaya tidak dibeli atau termakan "fitnah" pihak lawan.

Beliau menyeru semua pihak dan jentera agar mengambil iktibar daripada jumlah kecil tentera Islam dalam peperangan Badar yang mengalahkan tentera kafir yang ramai dalam bulan Ramadan.

Beliau juga mengingatkan jentera dan penyokong supaya tidak berasa kecil berdepan dengan Umno yang dilengkapi dengan jentera lengkap termasuk media massa.

Anwar yang juga ketua pembangkang memberi amaran, Umno turut bertungkus lumus untuk mempertahankan Kuala Besut kerana kekalahan akan mengubah peta politik negara.

"Ia (menjadi) gugatan kepada kekuatan Umno dan pemimpin yang lain.

"Kemungkinan akan diadakan pilihan raya semula. Kalau ada, rakyat untung. Kedai-kedai pun untung. Kuala Besut pun untung," katanya.

Biskop: Dwistandard tangani hina agama tak bermoral


 
Biskop Paul Tan berkata, pendekatan dwistandard dalam kes penghinaan agama sama sekali tidak bermoral dan menghina proses keadilan.

Dua penulis blog sebelum ini diheret ke mahkamah atas tuduhan menghina Islam.

Ketika hukuman pantas dikenakan dalam kes itu, ketua keuskupan Johor dan Melaka itu menyelar kurang tindakan apabila melibatkan pelecahan terhadap kepercayaan agama lain.

Tan membangkitkan kontroversi melibatkan presiden kumpulan pendesak Melayu Datuk Ibrahim Ali dan timbalannya Datuk Zulkifli Noordin.

Kedua-duanya menimbulkan kegusaran kepada biskop itu apabila Ibrahim mengajak membakar Bible yang menggunakan kalimah Allah dan Zulkifli kerana memperkecilkan kepercayaan Hindu.

"Walaupun kita membenci tindakan memburuk-burukkan sebarang kepercayaan agama, kerajaan harus menunjukkan bahawa mereka bekerja tanpa rasa takut dan memilih bulu dalam bertindak terhadap pelaku kes itu," kata Tan.

4 didakwa culik, tinggal mahkamah dengan takbir


3:21PM Jul 22 2013  
Empat suspek didakwa petang ini berkaitan penculikan pekerja kafeteria siber Ng Mun Tatt yang mendakwa turut dikasari, dibogelkan dan diconteng badannya dengan perkataan "saya hina Islam".

Keempat-empat mereka akan didakwa di Mahkamah Majistret bawah Akta Culik 1961.

NONEDua lagi suspek masih bebas.

Menurut peguam negara, suspek  akan  dituduh di Mahkamah Majistret Shah Alam  atas kesalahan tersebut.

Kes itu kemudiannya akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam kemudian hari, menurut Gani lagi.

Empat yang didakwa - Mohamad Asri Mohamad Jamili, 22, Mohd Mazli Sazeli, 26, Zulkarnain Abdul Rahman, 29 dan Agus Hariyanto Mahmod Hosen, 27.

Mereka didakwa bawah Seksyen 3, Aka Culik 1961 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati.

Mengadu cedera
Seksyen 3 berkaitan perculkan, penahanan salah atau pengurungan salah untuk mendapatkan wang tebusan.

Suspek yang bergari dibaawa ke mahkamah pada jam 2.20pm.

Semasan prosiding, peguam suspek memberitahu majistret Nurul Shahida Zainal bahawa anak guamnya mengadu mendapat kecederaan semasa tahanan.

NONEEkoran itu, majistret mengarahkan dua suspek itu menjalani pemeriksaan perubatan.

Ketika meninggalkan mahkamah, suspek, sambil bergenang air mata sempat melaungkan: "Allahu Akhbar".

Ng (kanan), 21, dalam sidang media di Klang sebelum ini berkata, penculik mengasari, menconteng perkataan "saya hina Islam" di badannya dan memeras wang daripada abang iparnya.

Beliau menafikan penculikannya berkaitan dengan tindakan Alvin Tan dan Vivian Lee - penulis blog seks yang didakwa menghina Islam.

Zaid: Bantahan Anwar remeh, aneh, menyedihkan


 
Bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim mengalu-alukan langkah pejabat peguam negara melantik Peguam kanan Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah untuk mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan kes Liwat II.

Zaid yang suatu masa lalu pernah menjadi pemilik firma guaman terbesar di negara ini menolak bantahan Anwar terhadap pelantikan itu dan menyifatkannya sebagai "remeh", "aneh" dan "menyedihkan".

NONE"Pejabat peguam negara jarang melaksanakan peyumberan luar (outsource). Tetapi ini permulaan yang baik. Di negara lain, menjadi perkara normal untuk pihak pendakwaan mengajikan peguam terbaik untuk menguruskan perkara tertentu.

"Saya berpendapat pejabat peguam negara terlaku ramai... Terlalu ramai orang lakukan pelbagai perkara, tidak mudah untuk mencari peguam terbaik untuk bertugas untuk kamu.

"Saya tidak mempertahankan Shafee (gambar atas), saya hanya ketengahkan fakta," katanya kepada Malaysiakini.

Mahkamah Rayuan Putrajaya pagi tadi menangguhkan prosiding rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Penal tiga hakim Ramly Ali, Tengku Maimun Tuan Mat dan Mohd Zawawi Salleh membuat keputusan itu kerana peguam utama Anwar, Karpal Singh, tidak sihat dan dimasukkan ke hospital.

Anwar ketika ditemui di luar mahkamah menyoal sama ada peguam negara kekurangan sumber sehingga terpaksa memilih Shafee untuk mewakili pihak pendakwaan.

21.7.13

PAS: Dana mana tampung 'sogokan' RM377j BN


 
PAS hari ini berkata jumlah keseluruhan peruntukan kerajaan persekutuan dan negeri kepada penduduk di Kuala Besut setakat semalam mencecahkan RM377.45 juta dalam bentuk projek pembangunan sempena kempen pilihan raya kecil DUN itu.

Jumlah itu diperolehi daripada pengumuman yang dibuat kepimpinan negara dan negeri Terengganu dan ia dilaporkan dalam media arus perdana dan alternatif.

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Dr Hatta Ramli berkata peruntukkan yang didakwanya berbentuk "janji dan sogokan" itu mengesahkan lagi dakwaan mereka berhubung isu yang dibangkitkan oleh mereka sebelum ini sepanjang kempen pilihan raya.

Sebagai contoh projek mendalamkan Sungai Besut yang diluluskan sebanyak RM250 juta dan penambahbaikan empangan di Pengkalan Nangka berjumlah RM35juta.

"Jika pilihan raya kecil ini tidak ada, tidak adalah apa-apa yang akan berlaku dan berterusan akan dikesampingan di Kuala Besut.

"Perancangan ad-hoc dan penyelesaian krisis seperti ini ternyata bukanlah melalui peruntukan belanjawan yang dibuat oleh kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan," katanya dalam sidang media pagi ini.

Sehubungan itu, Dr Hatta mempersoalkan dari sumber mana yang digunakan oleh BN yang mengumumkan peruntukan tersebut kepada rakyat di Kuala Besut sempena kempen pilihan raya kecil itu.

"Adakah perbelanjaan daripada kerajaan persekutuan, atau menggunakan dana khusus atau daripada royalti rakyat Terengganu?" katanya sambil menambah beliau tidak sempat membuat perbandingan sama ada jumlah tersebut adalah tertinggi berbanding pilihan raya kecil yang lain.

"Jelas serangan kita mereka tidak dalam membalasnya tetapi 'membalasnya' (dengan peruntukan) untuk rakyat. Sebab itu kita mahu 16:16 untuk supaya mereka tidak boleh membuat sesuka hati," katanya.

Dr Hatta yang juga ahli parlimen Kuala Krai berkata adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk mendedahkan 'kelemahan' pentadbiran sehingga apa yang mereka dedahkan mendapat reaksi daripada kerajaan pusat atau negeri.

Dalam sidang media juga, Dr Hatta turut mengedarkan senarai "peruntukan dan habuan" yang dilaporkan oleh media arus perdana termasuk menaiktaraf Masjid Haji Ishal, Kampung Dengir sebanyak RM343,000; projek pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Peroi, Tok Saboh RM28 juta.

Bercakap selepas sidang media itu, Dr Dzulkefli mendakwa peruntukan itu menunjukkan BN terdesak untuk meraih sokongan, dan mahu menutup kelemahan calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman yang didakwanya "ada kaitan" dengan masalah yang berlaku.

"Dan isu empangan, isu muara sungai cetek, semuanya ada kaitan dengan calon. Di mana katanya cemerlang. Mana kerja buat dia. Mereka mahu cover-up segala kelemahan calon sebab dia jurutera daerah. Jangan lari daripada perkara ini," katanya.

Lagi kes ibu tinggal anak dalam kereta


12:53PM Jul 21 2013  
Tidak sampai sehari selepas seorang kanak-kanak lemas dalam kereta ibunya di Subang Jaya, Selangor, seorang lagi budak hampir menerima nasib sama di Kota Kinabalu, malam kelmarin.

Bagaimanapun, kali ini, kanak-kanak perempuan enam tahun itu berjaya diselamatkan orang ramai selepas melihatnya tidur seorang diri dalam kereta berkunci dan enjin hidup oleh ibunya yang keluar membeli-belah, lapor Berita Harian.

Menurut saksi, dalam kejadian dekat Telipok, Kota Kinabalu itu, orang ramai mengejutkan kanak-kanak itu dengan menggoyangkan kereta sebelum dia terjaga setengah jam kemudian dan membuka pintu.

Wanita dalam lingkungan usia 20-an dilapor memberitahu orang ramai, dia meninggalkan anaknya dalam kereta kerana tidak sihat.

Khamis lalu, Nawal Iris Samsudin, tiga tahun, ditemui lemas dalam kereta yang ditinggalkan ibunya di perkarangan sekolahnya di USJ4, Subang Jaya etika tergesa-gesa menghadiri mesyuarat

20.7.13

SPR masih fikir sama ada mahu saman Rafizi


 
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata, ia masih memikirkan sama ada akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berhubung dakwaan berkaitan dengan pembekal dakwat kekal untuk pilihan raya umum ke-13.

"Tak apalah jika (Rafizi) mahu mengatakannya pada bulan puasa, biarlah dia menghadapi akibatnya.

ec wan ahmad wan omar in kaula besut"Kita tidak ada masa untuk melayan orang yang menabur fitnah," kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan
Omar dalam sidang akhbar di Gong Kedak Pangkalan Tentera Udara hari ini selepas memantau proses pengundian awal.

Beliau diminta mengulas dakwaan Rafizi di Parlimen bahawa beliau dan penerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mempunyai hubungan rapat dengan pembekal dakwat kekal bagi pilihan raya umum lepas, di mana ramai pengundi kemudian mengadu ia boleh dibasuh dengan mudah.

Rafizi kemudian mengulangi tuduhan di luar Parlimen, di mana dia tidak dilindungi oleh imuniti parlimen daripada tindakan undang-undang.

Wan Omar berkata, tuduhan tersebut tidak benar sama sekali dan menganggapnya sebagai satu fitnah dan pembohongan.

Katanya, beliau dan Abdul Aziz tidak mengendalikan perolehan itu secara langsung, tetapi sebaliknya, tugas itu diamanahkan kepada urusetia dan Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Baria.

Katanya, mereka mematuhi sepenuhnya arahan perbendaharaan dan setiap pegawai bertanggungjawab.

Hadi: Ambillah jawatan MB, kami nak Kuala Besut



Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyokong pandangan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa supaya pemimpin BN kekal menjadi menteri besar jika parti Islam itu menang dalam pilihan raya kecil DUN Kuala Besut 24 Julai ini.

Abdu Hadi yang juga ahli Parlimen Marang berkata parti itu mahukan kedudukan kerusi seri 16:16 bagi membolehkan mereka menegur pentadbiran negeri sedia ada jika melakukan kesilapan.

"Tak apa, beri kita 16 kerusi, biar dia jadi MB. Tak apa kamu ambil jadi menteri besar. Kita nak 16 kerusi. Apa faedah dia kita ada 16 kerusi (dan) kita tidak menjadi menteri besar? Faedahnya, kita boleh tegur dia.

"Benda yang tidak betul, tidak boleh, kita bangkang... Kita seri, dia tidak boleh buat benda yang tidak betul. Benda yang betul kita sokong, benda yang tidak betul kita bangkang dengan 16 sama.

"Faedahnya, kita mempunyai satu kekuatan untuk membetulkan kerajaan Terengganu," katanya dalam ceramahnya di Kampung Nail, Kuala Besut malam tadi.

Husam dilapor berkata kerajaan BN Terengganu masih boleh dikekalkan dan PAS tidak akan membentuk kerajaan baru di negeri itu sekalipun menang dalam pilihan raya kecil itu dengan kedudukan 16:16 di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sementara seorang lagi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub percaya PAS dapat memperoleh kedudukan sebagai menteri besar Terengganu jika DUN mencapai anggota 16:16 antara Pakatan Rakyat dan BN.

Abdul Hadi juga mengajak pengundi khususnya yang bekerja nelayan supaya "belajar daripada orang terpelajar" yang memberi kemenangan kepada PAS di empat parlimen di Terengganu.

Menegaskan beliau tidak berniat menghina kumpulan itu, ahli parlimen Marang itu menggesa pengundi Kuala Besut mengambil "peluang kedua" dalam pilihan raya kecil itu demi membuat perubahan, dengan mengundi calon PAS Azlan Yusof.

"Kita sedar, orang kerana sibuk ke laut, sibuk dengan kerja, kita tidak baca internet, tak baca media baru.  Sebab itu kita tidak boleh buat perubahan... Kita maaflah mereka, sebab tak dapat maklumat," katanya.

15.7.13

PAS yakin dapat MB jika situasi 16:16 di T'ganu


5:41AM Jul 16 2013  
Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub percaya PAS dapat memperoleh kedudukan sebagai menteri besar Terengganu jika Dewan Undangan Negeri (DUN) mencapai anggota 16:16 antara Pakatan Rakyat dan BN.

Katanya, jika itu berlaku, PAS akan dapat menyelesaikan masalah tanah di negeri Pantai Timur itu.

NONE"Jika kita dapat capai 16:16, Insya-Allah jika ia benar-benar berlaku, PAS akan menjadi menteri besar dan menyelesaikan masalah tanah di negeri ini," katanya dalam ceramah di Seberang Barat Luar, Kuala Besut malam tadi.

Menurut bekas anggota Parlimen Kubang Kerian itu, PAS ketika memimpin Terengganu pada 1999 berjaya menyelesaikan 75 peratus masalah itu.

BN sekarang mempunyai penguasaan 17 kerusi DUN di Terengganu manakala Pakatan pula 15 kerusi.

Jika PAS berjaya merampas kerusi itu, jumlah kedua-dua pihak akan sama banyak, yang kemungkinan besar mewujudkan keadaan DUN 'tergantung'.

Pakar undang-undang berpendapat, jika itu berlaku, ia bergantung kepada sultan Terengganu untuk menentukan menteri besar atau membubarkan DUN supaya pilihan raya semula dapat dilangsungkan.

'Bayangkan PAS tak masuk pilihan raya'

Sementara itu, Salahuddin juga menegaskan, parti Islam itu akan terus mengambil bahagian dalam proses pilihan raya walaupun berhadapan situasi padang tidak sama rata.

NONEKatanya, ia "sumbangan besar demi negara" daripada aspek keselamatan negara kerana mereka tidak mahu Malaysia menjadi sebuah lagi negara Amerika Latin yang rakyatnya menggulingkan kerajaan bukan melalui proses pilihan raya.

"Pasukan keselamatan patut berterima kasih kepada PAS...

"Boleh kamu bayangkan, apa yang akan berlaku sekiranya PAS memutuskan tidak mengambil bahagian dalam proses pilihan raya," katanya sambil menambah parti itu mempunyai 1.3 juga anggota di seluruh negara.

14.7.13

Polis: Jangan sebar khabar angin kes pergaduhan


 
Polis Selangor hari ini memberi amaran kepada semua pihak supaya tidak menyebar khabar angin dan maklumat palsu menerusi media sosial berhubung insiden pergaduhan di daerah Klang Utara, dalam minggu ini.
Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk A Thaiveegan berkata pergaduhan yang berlaku pada 10 Julai dan awal pagi ini bukan disebabkan rusuhan kaum sebaliknya berpunca daripada salah faham dan rasa tidak puas hati individu terlibat.

"Insiden berkenaan bukan rusuhan dan tidak berkaitan antara satu sama lain. Jadi saya beri amaran kepada sesiapa yang sebarkan maklumat palsu sehingga membimbangkan masyarakat kita akan ambil tindakan tegas dengan menahan mereka," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara.

Hadir sama pada sidang media itu ialah Ketua MIC Bahagian Kapar, T Ganesan;  Ketua Pemuda MIC Selangor Shanker Raj Ayanger; dan anggota Jawatankuasa Umno Bahagian Kapar, Abdul Rahim Shaharudin.

Mereka menafikan maklumat palsu tersebut.

Menurut Thaiveegan, pihak yang didapati menyebarkan maklumat palsu melalui SMS dan Facebook akan dirujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Pesalah boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, iaitu denda RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.

Beliau berkata mana-mana pihak yang mempunyai maklumat atau sebarang kemusykilan perlu berhubung terus dengan pihak polis bagi mengelakkan wujudnya rasa bimbang atau takut.

Abdul Rahim meminta orang ramai supaya tidak bimbang berikutan pihak polis sentiasa menjalankan tindakan pencegahan di kawasan terlibat.

Dalam kejadian pada 10 Julai lepas, polis menahan tiga lelaki selepas terlibat dalam kejadian serangan ke atas sekumpulan lelaki di kawasan Flat Rebana, Bandar Baru Bukit Raja di sini menyebabkan dua lelaki berumur lingkungan 20-an cedera parah di kepala serta beberapa anggota badan.

Kejadian itu berpunca daripada salah faham susulan satu kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kereta pada Rabu lepas.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi ini pula, tiga lelaki yang sedang minum cedera selepas diserang sekumpulan 10 lelaki bermotosikal yang bersenjatakan kayu besbol dan parang di kawasan perumahan Taman Ismail, Sungai Pinang di Klang.

Kejadian dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati salah seorang suspek terhadap seorang daripada mangsa yang bertindak membakar motosikal miliknya pada Februari lepas.

Ekoran insiden itu, dua lelaki berumur 24 dan 32 tahun ditahan pihak polis di Batu 1, Jalan Kapar, Sungai Pinang kira-kira dua jam selepas kejadian.

Ketiga-tiga mangsa berumur 20-an dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang untuk mendapatkan rawatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 dan 148 Kanun Keseksaan.

- Bernama

NGO: Perbuatan Alvin, Vivian melampau


 
Pengerusi Social Care Foundation Tan Sri Robert Phang Miow menyifatkan tindakan pasangan Tan Jye Yee (Alvin), 25 dan Vivian Lee, 24, yang memuat naik gambar hidangan dan kapsyen yang menyentuh sensitiviti umat Islam di laman sosial Facebook kelmarin, adalah melampau.

Phang yang ditemui di Balai Polis Jalan Tun Razak, hari ini, berkata tindakan itu telah menyinggung perasaan ramai umat Islam yang kini sedang menjalankan ibadah puasa.

"Ia bukan perkara yang sihat. Kita patut menghentikan tindakan ini dan tidak membiarkan ia berlaku," katanya.

Pasangan itu yang pernah mencetuskan kontroversi video lucah mereka di Singapura sebelum ini, telah memuat naik gambar sedang menikmati hidangan bak kut teh di Facebook, Jumaat lalu sambil menulis kapsyen "Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh (sup tulang babi)...wangi, enak dan menyelerakan, serta meletakkan logo halal pada gambar berkenaan.

Robert Phang Miow ditemui selepas membuat laporan polis berhubung tindakan Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong dikatakan mempertikai titah Sultan Johor melantik Datuk Tee Siew Kiong sebagai anggota Exco kerajaan negeri.

- Bernama

13.7.13

PERKASA, JATI mahu pejabat Vatican M'sia ditutup


5:25PM Jul 12 2013  
Dua NGO Melayu yang lantang hari ini menggesa perdana menteri agar menutup pejabat wakil Vatican di Malaysia jika beliau tidak menarik balik kenyataannya tentang kalimah Allah dalam masa seminggu.

NGO Jalur Tiga (JATI) dan kumpulan pendesak Melayu PERKASA berpendapat, Ketua Biskop Joseph Marino tidak wajar menyokong pendirian gereja Katolik Malaysia dan usaha Persekutuan Kristian Malaysia dalam isu itu.

"NGO Islam Melayu seluruhnya meminta duta Vatican itu menarik balik kenyataan itu.

"Ini kerana ia dibuat seorang diplomat yang menyalahgunakan imuniti yang diberikannya dengan menyentuh hal-hal dalam negara kita, hal-hal yang fundamental dalam Perlembagaan, dan menyentuh hal yang majoriti rakyat Islam Malaysia tidak mahu kalimah Allah itu digunakan oleh orang Kristian dan dalam Bible bahasa Melayu.

"Kalau dia tak tarik dalam masa tujuh hari, kita akan adakan satu perwakilan untuk bertemu kerajaan bagi meminta perdana menteri melalui Wisma Putra untuk menutup pejabat Vatican City itu dan meminta duta yang baru dilantik sebulan setengah itu dibawa pulang ke Vatican City," kata Presiden JATI Datuk Dr Hassan Ali mewakili kedua-dua NGO.

Beliau berkata demikian sewaktu ditemui selepas sidang media bersama PERKASA di Kuala Lumpur petang ini.

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali pula ketika dihubungi Malaysiakini berkata, NGO pimpinannya menyokong dan berkongsi pendirian dengan Hassan dan JATI.

Marino semalam dilaporkan menyifatkan pendirian kumpulan Kristian di negara ini sebagai "logik dan boleh diterima" walaupun menyedari ia adalah urusan dalaman Malaysia.

Pelajar Kedah diinasihat tak terlibat perhimpunan di Mesir


9:56AM Jul 13 2013  
Kerajaan Negeri Kedah akan memindahkan seramai 897 pelajar tajaannya di Mesir ke tempat selamat jika pergolakan di negara itu  mengancam keselamatan mereka.
  
Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata kerajaan negeri juga menimbang untuk membawa mereka pulang jika keadaan memerlukan.
  
"Pada masa ini kita tidak bercadang membawa pulang pelajar-pelajar tersebut kerana membabitkan kos jutaan ringgit selain mereka boleh meneruskan pengajian apabila keadaan pulih.
  
"Kerajaan negeri bagaimanapun akan berbincang dengan kerajaan pusat mengenai tindakan yang wajar bagi menjamin keselamatan mereka," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada Guru Al-Quran Sukarela dan Bidan Kampung pada majlis berbuka puasa di Kampung Pida Tiga, Tunjang dekat sini, malam tadi.
  
Mukhriz nasihatkan pelajar di Mesir agar tidak terlibat dalam sebarang perhimpunan dan menjauhi kawasan huru hara dan rusuhan.

- Bernama

Keadaan Azizan lebih baik - Mukhriz


5:33PM Jul 13 2013  
Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Mahathir hari ini menziarah Tan Sri Azizan Abdul Razak di Hospital Pulau Pinang (HPP) di George Town.

Beliau yang diiringi Setiausaha Politiknya Datuk Azimi Daim tiba kira-kira  12.55 tengah hari dan meluangkan masa kira-kira 20 minit melihat keadaan bekas menteri besar Kedah itu di Unit Rawatan Rapi.
  
Mukhriz kemudiannya memberitahu pemberita bahawa Azizan kelihatan semakin pulih dan keadaannya adalah stabil.
  
"Kali ini saya datang melawat beliau, beliau sedar dan kenal saya dan cuba nak bercakap, walaupun suaranya tak berapa nak keluar.
  
"Saya rasa ini satu keadaan ataupun perkembangan yang jauh lebih baik daripada waktu saya datang lebih sebulan lepas. Alhamdulillah, nampak keadaannya lebih elok dari dulu," katanya.
  
Mukhriz berkata beliau turut memberitahu Azizan bahawa pihaknya meneruskan tradisi beliau dengan mengadakan kuliah setiap Sabtu di Seri Mentaloon, iaitu kediaman rasmi menteri besar.
  
"Itu yang saya nak laporkan tadi. Tapi oleh kerana suara beliau tak berapa nak keluar...yang saya dapat faham, beliau ucapkan terima kasih atas kunjungan saya hari ini," katanya.
  
Sementara itu isteri Azizan, Puan Sri Faekah Sheikh Hamzah berkata suaminya berhasrat untuk mengadakan kenduri bagi kakitangan HPP.
  
"Beliau minta untuk sedekah kenduri lembu bagi pihak hospital. Bulan puasa beliau selalu buat kenduri, jadi beliau minta untuk buat kenduri untuk hospital," katanya.
  
Faekah berkata keadaan suaminya kini bertambah baik, bagaimanapun proses pemulihan mengambil masa lama dan katanya Azizan menggunakan cara bertulis untuk berkomunikasi.
  
Azizan, 73, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Limau menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya akibat komplikasi penyakit kencing manis awal Mei lepas.
  
Beliau dipindahkan ke HPP pada 8 Mei dari Kedah Medical Centre selepas dirawat kerana jangkitan kuman pada kakinya, dua hari sebelum itu.

- Bernama

12.7.13

Ops Sayang: 13 rakyat asing ditahan

BUKIT MERTAJAM - Tiga belas rakyat asing termasuk empat wanita dan seorang kanak-kanak ditahan dalam 'Ops Sayang' di sekitar tapak pembinaan dan premis hiburan di sini.

Ketua Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Pulau Pinang Basri Othman berkata mereka yang ditahan itu terdiri daripada tujuh rakyat Indonesia dan masing-masing tiga rakyat Vietnam dan Myanmar.

"Kesemua warga asing berusia antara setahun enam bulan dan 40 tahun itu ditahan kerana tiada dokumen perjalanan diri dan tinggal lebih masa," katanya kepada pemberita selepas Ops Sayang yang bermula 6 petang semalam hingga awal pagi ini.

Beliau berkata dalam operasi pertama petang semalam, Jabatan Imigresen Pulau Pinang menahan dua wanita dan seorang pondan rakyat Vietnam yang bekerja di premis urut dan spa di Jalan Raja Uda.

Turut diserbu dua premis yang menjalankan aktiviti perjudian komputer di Taman Pelangi dan dalam serbuan pada 9.15 malam itu pihaknya menahan seorang lelaki serta seorang wanita Indonesia dipercayai penjaga premis itu.

"Berdasarkan serbuan itu, kami dapati premis yang pernah diserbu beberapa kali sebelum ini menyediakan perkhidmatan perjudian Internet dan cabutan bertuah kepada pelanggannya serta menjadi tumpuan warga asing yang tinggal di kawasan flat berhampiran," katanya.

Basri berkata dalam serbuan di tapak pembinaan di Kampung Teluk di sini pada pukul 1 pagi, pihaknya menahan lima rakyat Indonesia termasuk seorang wanita dan anaknya serta tiga warga Myanmar.

"Wanita berkenaan menyusukan anak kecilnya sebagai umpan agar kanak-kanak itu tidak menangis ketika bersembunyi di ruang sempit bahagian belakang rumah kongsinya manakala beberapa lelaki lain bersembunyi di bawah lantai rumah kongsi mereka," katanya. - Bernama

11.7.13

3 atlet Sukma didakwa rogol pegawai pengiring


3:12PM Jul 11 2013
Tiga atlet bola baling lelaki Sukan Malaysia (SUKMA) 2013 hari ini masing-masing mengaku tidak bersalah di tiga Mahkamah Sesyen di Petaling Jaya atas pertuduhan merogol seorang pegawai pengiring pasukan bola baling itu, Khamis lepas.  
  
Megat Farzeril Faiz Megat Razali, 19, Mohammad Shaizzad Md Shafie, 19, dan Adib Adha Ismail, 18, masing-masing memohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan tiga hakim iaitu Yasmin Abdul Razak, Abu Bakar Manat dan Rozina Ayob.
  
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa merogol wanita berusia 20 tahun itu di sebuah bilik di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, antara jam 4 pagi hingga 4.10 pagi, 4 Julai lepas.
  
Megat Farzeril Faiz didakwa merogol wanita itu pukul 4 pagi, Mohammad Shaizzad pula pada jam 4.05 pagi dan Adib Adha pula 4.10 pagi.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.
  
Mahkamah membenarkan kesemua tertuduh masing-masing diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu Adib Adha dan Mohammad Shaizzad perlu melapor diri di balai polis berdekatan sebulan sekali.

Mereka juga diperintahkan supaya tidak menganggu mangsa dan saksi pendakwaan sehingga kes selesai. Mahkamah menetapkan 20 Ogos untuk sebutan kes itu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Tan Gin Jian tidak menawarkan sebarang jaminan bagi kesemua tertuduh dengan alasan kes itu berprofil tinggi kerana dikhuatiri semua tertuduh akan mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan yang terdiri daripada rakan tertuduh sendiri.
   
Beliau juga memohon supaya ketiga-tiga kes itu dibicarakan bersama.
   
Mahkamah membenarkan permohonan itu dan memerintahkan kes itu dibicarakan di hadapan Hakim Abu Bakar.
   
Peguam Stephanie Wong, yang mewakili Adib Adha memohon jaminan RM5,000 berserta syarat tambahan dikenakan terhadap anak guamnya iaitu melaporkan diri di balai polis berdekatan selain akan memastikan dia tidak mengganggu mangsa dan siasatan polis.
   
Peguam Datuk Suraj Singh, yang mewakili Megat Farzeril dan Mohammad Shaizzad, memohon supaya kedua-dua anak guamnya dibenarkan diikat jamin selain memberi jaminan mereka tidak akan mengganggu mangsa.
   
Suraj berkata Megat Farzeril yang membantu ibunya berniaga hanya berpendapatan RM800 sebulan dan dia perlu menanggung empat beradik manakala Mohammad Shaizzad masih menuntut di sebuah kolej tempatan.
   
Peguam pemerhati Ranjit Singh yang bertindak bagi pihak mangsa, memohon kepada mahkamah agar mengeluarkan perintah larangan kepada pihak media supaya tidak mendedahkan sebarang nama dan identiti mangsa.
   
Suraj yang menyokong permohonan Ranjit, berkata: "Media juga harus diberi amaran supaya tidak membuat penilaian dalam kes ini sehingga mahkamah membuat keputusan".
   
Mahkamah membenarkan permohonan itu.
   
Sebelum prosiding bermula, ketiga-tiga tertuduh kelihatan menangis sambil memeluk ahli keluarga masing-masing yang hadir di mahkamah.
- Bernama