Paling penting keputusan rasmi yang diumumkan SPR itu harus diterima dan dihormati semua pihak. Ia adalah keputusan pengundi dan mandat sah yang diberikan pengundi kepada gabungan parti politik pilihan untuk membentuk kerajaan negeri dan Pusat. Tiada pihak yang sepatutnya mempertikaikan pilihan dibuat rakyat, apatah lagi mengadakan demonstrasi atau perkara lain yang boleh menjejaskan ketenteraman awam. Pembentukan kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat untuk tempoh mandat baharu perlu berlangsung dengan lancar dan aman. Sebarang kekacauan hanya akan memberi kesan buruk kepada seluruh rakyat dan negara. Kita harus sedar bahawa dunia sedang memerhati kita, begitu juga pelabur yang merancang menanam modal di negara ini. Sebarang isyarat negatif yang membayangkan ketidakstabilan politik akan memberi kesan buruk kepada ekonomi negara. Justeru, kita harus menolak sebarang hasutan untuk mengganggu gugat hasil proses demokrasi yang telus. Sebarang sambutan untuk meraikan kemenangan juga perlu dilakukan secara berhemah, jangan melampau sehingga mengguris hati pihak yang kalah. Peristiwa hitam 44 tahun lalu perlu dijadikan iktibar supaya Malaysia tidak lagi terjerumus dalam persengketaan kaum. Tanggungjawab kita sebagai rakyat untuk memilih kerajaan sudah disempurnakan. Kini masanya untuk kita semua menyokong kerajaan yang dipilih demi kepentingan Malaysia dan rakyat seluruhnya.
Tiada pihak yang sepatutnya mempertikaikan pilihan dibuat rakyat, apatah lagi mengadakan demonstrasi atau perkara lain yang boleh menjejaskan ketenteraman awam. Pembentukan kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat untuk tempoh mandat baharu perlu berlangsung dengan lancar dan aman.
BH
RangBul@n:
Sayangnya dalam banyak Blog & Twitter ramai penyokong BN nampaknya tiada sikap sedar diri sering mengguris hati pihak yang kalah. Sampai ramai pelayar internet tak sanggup nak klik laman web yang pro kerajaan BN ini. 56 tahun sentiasa meraih kemenangan mereka ini makin lupa diri & ego tak bertempat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan