Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

15.5.13

Isu MB: Azmin bebas tindakan parti

ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD
14 Mei 2013
Azmin Ali
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali 
 
PETALING JAYA – PKR tidak akan mengenakan sebarang tindakan disiplin terhadap Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali walaupun telah membuat kritikan terbuka terhadap pucuk pimpinan parti.

Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya menganggap isu itu selesai setelah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengangkat sumpah hari ini.

"Ini cuma hal dalaman PKR, tidak babitkan keperluan untuk dibincangkan dalam Majlis Presiden kerana organisasi terbabit hanya membincangkan isu-isu polisi asas sahaja.

"Isu Azmin itu kita anggap selesai setelah Khalid angkat sumpah.

“Proses seterusnya adalah menunggu pemilihan exco kerajaan negeri Selangor daripada wakil ketiga-tiga kompenan parti," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini.

Beliau berkata, isu melibatkan jawatan menteri besar itu tidak dianggap sebagai isu besar sehingga perlu diambil tindakan.

Bagaimanapun, ketika ditanya berhubung wujudnya laporan bahawa isu Azmin itu telah dibawa ke jawatankuasa disiplin, beliau menafikan perkara itu.

"Tidak ada, mesyuarat lepas  turut dihadiri pengerusi jawatankuasa disiplin tidak ada perkara berkenaan diputuskan.

"Kalau ada kita tunggu mesyuarat biro politik esok kerana semua kes seperti itu biasanya ada di atas meja saya tetapi tidak ada,"katanya.

Sementara itu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Balik Pulau kesal dengan kenyataan Azmin yang mengkritik presiden PKR kononnya wujud dasar nepotisme dalam parti.

Ketuanya, Mohd Faizal Ab Rahman berkata, kritikan Azmin secara terbuka itu melanggar disiplin parti dan perlu diambil tindakan.

Minggu lalu, Azmin dalam sidang medianya menyatakan kekecewaan beliau terhadap pimpinan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail yang tidak mengamalkan konsesus dalam membuat keputusan.

Azmin juga melahirkan rasa ketidakpuasan hatinya itu di dalam lamam mikro tweeter miliknya sehingga banyak khabar angin tersebar kononnya beliau akan meninggalkan PKR.

Tiada ulasan: